Saiz Teks: A- A A+

| Pilihan Bahasa : English | Bahasa Melayu   |

Cawangan Amalan Perubatan Tradisional & Komplementari

 

Pengenalan Cawangan Amalan Perubatan Tradisional & Komplementari

Cawangan Amalan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) adalah salah satu daripada 6 cawangan di bawah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Cawangan ini terdiri daripada dua unit iaitu Unit Pembangunan Amalan dan Unit Penialian Amalan

 

Fungsi setiap unit Cawangan Amalan PT&K adalah seperti berikut:

1. Unit Pembangunan Amalan

  • Membangunkan dan menyemak semula garis panduan amalan PT&K ditawarkan di fasiliti KKM berdasarkan evidence dan value-based practice
  • Merancang, menyelia dan mengendalikan aktiviti berkaitan penyelidikan/kolaborasi penyelidikan PT&K di fasiliti KKM
  • Merancang dan menyelaras permohonan penilaian teknologi kesihatan bagi isu berkaitan PT&K

 

2. Unit Penilaian Amalan

  • Menjalankan aktiviti penilaian amalan PT&K di Malaysia untuk pengiktirafan di bawah Akta 775.
  • Menyelaras aktiviti penilaian kertas cadangan berkaitan amalan PT&K
  • Merancang aktiviti pemberian khidmat nasihat berkaitan amalan PT&K
  • Merancang aktiviti kolaborasi penyelidikan dengan agensi kerajaan luar KKM / agensi bukan kerajaan (NGO) dan swasta
 
Penafian: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Bantuan
Paparan Terbaik Menggunakan Google Chrome Dengan Resolusi 1280 x 960.

  KEMASKINI TERAKHIR : 12 FEBRUARI 2025