Saiz Teks: A- A A+

| Pilihan Bahasa : English | Bahasa Melayu   |

MISI / VISI / DASAR KUALITI

Misi  

Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari akan memastikan perubatan tradisional dan komplementari adalah selamat dan berkualiti ke arah kesejahteraan rakyat.

 

Visi

Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari beriltizam menjadi peneraju kecemerlangan dalam perubatan tradisional dan komplementari.

 

Objektif BPTK

1. Memastikan amalan PT&K mematuhi perundangan dan peraturan-peraturan sedia ada;
2. Mengoptimakan integrasi perkhidmatan PT&K ke dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan;
3. Memperkasa pengamal dan perkhidmatan PT&K ke arah professionalisme
4. Mewujudkan jalinan kerjasama dan kolaborasi dengan pelbagai sektor untuk perkembangan PT&K.
5. Memperkasa pengetahuan pengguna berkenaan PT&K yang selamat dan berkualiti

 

Dasar Kualiti

Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari bertekad untuk meningkatkan tahap serta kualiti kesihatan rakyat. Kami adalah komited dalam mematuhi keperluan undang-undang, peraturan-peraturan dan memenuhi keperluan pelanggan serta melaksanakan penambahbaikan berterusan bagi memastikan keberkesanan sistem kawalan dan piawaian perubatan tradisional dan komplementari.

 

Objektif Kualiti

 

1.

Memastikan pemantauan unit PT&K Zon Tengah dilaksanakan 2 kali setahun (100%)

2.

Memberikan maklum balas penerimaan permohonan penilaian kertas cadangan berkaitan amalan PT&K diberi dalam masa 24 jam waktu bekerja (100%)

3.

Mengeluarkan maklum balas permohonan pengamal PT&K warga asing dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh dokumen lengkap diterima (100%)

4.

Memberikan maklum balas aduan diberi dalam masa 24 jam waktu bekerja

5.

Mengeluarkan laporan awal siasatan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja

 

Penafian: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Bantuan
Paparan Terbaik Menggunakan Google Chrome Dengan Resolusi 1280 x 960.

  KEMASKINI TERAKHIR : 28 FEBRUARI 2025