CAWANGAN DASAR DAN PERKEMBANGAN
Pengenalan Cawangan Dasar dan Perkembangan
Cawangan Dasar dan Perkembangan adalah salah satu daripada 6 cawangan di bawah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia. Fungsi utama cawangan ini adalah membangunkan dasar dan menerapkan amalan PT&K yang terbukti selamat dan berkesan ke dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan.
Ketua Cawangan Dasar & Perkembangan mengawalselia 2 unit di bawah cawangan ini iaitu Unit Perkembangan dan Unit Dasar dan Hubungan Antarabangsa
Fungsi setiap unit Cawangan Dasar dan Perkembangan adalah seperti berikut:
1. Unit Perkembangan
- Merancang, menetapkan dan memantau aktiviti perkembangan perkhidmatan PT&K ke dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan
2. Unit Dasar dan Hubungan Antarabangsa
- Merancang, menggubal dan menyelaras pelaksanaan dasar dan strategi berkaitan PT&K;
- Merancang dan mengkaji perundangan dan peraturan sedia ada dan baharu berkaitan PT&K
- Merancang dan mengendalikan aktiviti hubungan antarabangsa dan kerjasama strategik berkaitan bidang PT&K
- Menyelaras urusan persidangan Parlimen di peringkat Bahagian
- Merancang, mengendali dan memantau aktiviti-aktiviti Pusat Kolaborasi WHO bagi Perubatan Tradisional, Komplementari dan Integratif
- Merancang dan mengendalikan program lawatan kerja dan mesyuarat yang melibatkan delegasi antarabangsa
- Menyediakan input/ nota percakapan, kenyataan akhbar serta maklum balas media berkaitan pendirian KKM dalam bidang PT&K.