Saiz Teks: A- A A+

| Pilihan Bahasa : English | Bahasa Melayu   |

PELAKSANAAN FORMULARI PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI (PT&K) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) SERTA GARIS PANDUAN PENYENARAIAN DAN PENYAHSENARAIAN PRODUK PT&K DI FASILITI KESIHATAN KKM

 

Selaras dengan Dasar Ubat-Ubatan Nasional Malaysia (DUNas) 2022–2026 dan National Traditional and Complementary Medicine Blueprint (Healthcare) 2018-2027, Formulari PT&K KKM dan Garis Panduan Penyenaraian dan Penyahsenaraian Produk PT&K di Fasiliti Kesihatan KKM telah dibangunkan sebagai panduan kepada fasiliti kesihatan.

Formulari PT&K KKM merupakan dokumen rujukan utama bagi anggota KKM dan pengamal PT&K yang mengandungi senarai produk PT&K yang diluluskan untuk kegunaan perkhidmatan PT&K yang ditawarkan di fasiliti kesihatan KKM, berserta maklumat berkaitan aspek preskripsi, pendispensan, kaunseling produk dan perkara-perkara berkaitan. Formulari ini bertujuan untuk menyokong penggunaan produk PT&K yang selamat, berkualiti dan rasional, selaras dengan keperluan perkhidmatan serta pertimbangan klinikal dan ekonomi di fasiliti kesihatan KKM.

Di samping itu, Garis Panduan Penyenaraian dan Penyahsenaraian Produk PT&K di Fasiliti Kesihatan KKM diperkenalkan sebagai panduan bagi proses permohonan penyenaraian, penyahsenaraian atau pindaan maklumat produk dalam Formulari PT&K KKM. Penilaian teknikal terhadap permohonan tersebut akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Teknikal Formulari PT&K KKM untuk dikemukakan bagi pertimbangan dan keputusan Ketua Pengarah Kesihatan.

Formulari dan garis panduan tersebut berkuatkuasa 5 Februari 2026 [Rujukan: Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil. 2/2026 [Nombor rujukan KKM.600-1/4/29 JLD.3(1)]. Sebarang cadangan atau komen boleh dikemukakan kepada pihak Urus Setia melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Formulari PT&K KKM Garis Panduan Penyenaraian dan Penyahsenaraian Produk PT&K di Fasiliti Kesihatan KKM