NOTIS PENANGGUHAN SESI TAKLIMAT AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (AKTA 775)
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Susulan dari Wabak Novel Coronavirus (2019-NCoV), pihak penganjur membuat keputusan untuk menangguhkan Sesi Taklimat Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 yang sepatutnya diadakan seperti di bawah ini sebagai langkah pencegahan penularan wabak Novel Coronavirus (2019-NCoV).
| BIL | TARIKH | SESI DITANGGUHKAN | TEMPAT | KETERANGAN LANJUT |
| 1 | 11 FEBRUARI 2020 | BAHASA MELAYU | Auditorium, Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur |
03-22798103 03-22798206 03-22798100 ext 160 |
| 2 | 12 FEBRUARI 2020 | BAHASA MANDARIN | ||
| 3 | 25 FEBRUARI 2020 | BAHASA MANDARIN | Auditorium F, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Pulau Pinang |
04-2555 338 04-2555 398 |
3. Tarikh yang baru akan diumumkan pada laman web Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (tcm.moh.gov.my) kelak. Sila majukan notis ini kepada rakan-rakan anda jika anda telah memohon penyertaan bagi pihak rakan-rakan anda. Segala kesulitan amat dikesali.
Sekian, terima kasih.
Cawangan Inspektorat dan Penguatkuasaan
Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari
