PERMOHONAN SURAT MAKLUM BALAS UNTUK PENGAMAL DAN PEMBANTU PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI WARGA ASING
Kami merujuk kepada pengumuman YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi melalui kenyataan akhbar bertarikh 31 Mei 2023 mengenai permohonan Pas Penggajian ekspatriat yang akan dilaksanankan sepenuhnya melalui sistem Single Window yang dikenali sebagai Xpats Gateway.
Xpats Gateway yang akan dilancarkan secara rasmi pada 15 Jun 2023, mewakili komitmen Kerajaan untuk mendigitalkan tadbir urus sambil memastikan Malaysia kekal sebagai negara mesra perniagaan yang menyokong matlamat ekonomi dan pelaburannya.
Sehubungan itu bermula 15 Jun 2023, majikan yang ingin menggaji pengamal dan pembantu pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) warga asing boleh memohon Surat Maklum Balas (juga dikenali sebagai Surat Sokongan) untuk Pas Penggajian ekspatriat melalui Xpats Gateway. Xpats Gateway boleh diakses melalui sistem ESD Online di esd.imi.gov.my
Setelah mendapat surat maklum balas, majikan boleh meneruskan permohonan untuk keputusan muktamad oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui sistem ESD Online.
Walau bagaimanapun, pengamal PT&K warga asing perlu memohon kepada Majlis PT&K untuk mendapatkan Perakuan Pengamalan Sementara (PPS) setelah mendapatkan Pas Penggajian daripada JIM.
Sila layari https://esd.imi.gov.my/portal/latest-news/announcement/centralized-platform-for-expats-support-letter-application-from-AA-RB/ untuk maklumat lanjut.
