PEMAKLUMAN BERKENAAN AKTIVITI PENIPUAN OLEH RUNNER / PIHAK KETIGA
AWAS PENIPUAN: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK) mahupun Cawangan Majlis PT&K tidak pernah meminta sebarang bayaran tambahan untuk menggunakan perkhidmatan ‘runner’ bagi proses permohonan Pendaftaran Pengamal PT&K dan Perakuan Pengamalan Pengamal Berdaftar. Orang awam adalah dinasihatkan untuk berhati-hati dan berurusan secara langsung dengan BPTK sekiranya terdapat sebarang keraguan. Segala urusan di antara pemohon dengan ‘runner’ atau pihak ketiga adalah di atas risiko sendiri. Pihak Cawangan Majlis PT&K memandang serius berkenaan aktiviti penipuan yang dilakukan oleh ‘runner’/ pihak ketiga. Mana-mana pengamal PT&K berdaftar yang didapati bersalah melakukan kegiatan penipuan tersebut boleh dikenakan tindakan tatatertib.
|