Saiz Teks: A- A A+

| Pilihan Bahasa : English | Bahasa Melayu   |

Peringatan Untuk Melengkapkan Proses Pendaftaran Pengamal

Untuk makluman, tempoh peralihan telah berakhir pada 28 Februari 2025 dan penguatkuasaan penuh Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) 2016 telah bermula pada 1 Mac 2025. Pengamal-pegamal PT&K yang didapati mengamal tanpa Perakuan Pengamal berdaftar dan Perakuan Pengamalan Pengamal Berdaftar yang sah boleh dikenakan tindakan undang-undang mulai 1 Mac 2025 kelak. Oleh itu:

1) Pengamal yang masih belum mengemukakan permohonan pendaftaran diseru supaya membuat permohonan anda dengan segera.


2) Pengamal yang telah mendapat kelulusan pendaftaran daripada pihak Majlis PT&K dan telah menerima surat pemakluman daripada Cawangan Majlis PT&K atau telah mendapat pemakluman kelulusan melalui sistem semakan dalam talian daripada laman web Bahagian ini dipohon untuk mengemukakan permohonan Perakuan Pengamalan Pengamal Berdaftar dengan kadar segera bagi melengkapkan proses pendaftaran anda.


3) Bagi pengamal yang telah mengemukakan permohonan perakuan pengamalan pengamal berdaftar namun masih belum menerima perakuan tersebut, pihak kami sedang berusaha untuk memproses permohonan yang tertunggak dalam masa terdekat.