PEMAKLUMAN KESALAHAN DIKESAN DALAM PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN / PEMBAHARUAN PERAKUAN PENGAMALAN PENGAMAL BERDAFTAR
Cawangan Majlis PT&K (CMPTK) mendapati terdapat kesalahan dalam permohonan yang dikemukakan oleh pihak pengamal seperti berikut:
1) Isu berkenaan permohonan pendaftaran pengamal berdaftar:
a) Permohonan daripada pemohon yang mengamal dalam bidang amalan yang tidak diiktiraf.
Contoh: Pengamal Naturopati membuat permohonan bagi sublapangan Perubatan Tradisional India, Yoga & Naturopati
b) Pemohon mengemukakan permohonan baharu sedangkan hanya ingin membuat penambahan subbidang Perubatan Tradisional Melayu (PTM). Bagi permohonan penambahan subbidang PTM, pemohon hanya perlu mengemukakan kelayakan yang diiktiraf bagi subbidang yang ingin ditambah berserta surat rasmi yang ditulis sendiri oleh pengamal. Tiada bayaran dikenakan untuk tujuan tersebut pada ketika ini.
2) Isu berkenaan permohonan perakuan pengamalan pengamal berdaftar:
a) Pemohon membuat permohonan perakuan pengamalan pengamal berdaftar sebelum mendapat kelulusan pendaftaran dari pihak Majlis PT&K; dan
b) Pemohon membuat permohonan perakuan pengamalan pengamal berdaftar (Borang I) sedangkan perlu menghantar permohonan pembaharuan perakuan pengamalan pengamal berdaftar (Borang J), atau sebaliknya.
Pihak CMPTK tidak akan bertanggungjawab sekiranya kesalahan tersebut menyebabkan kelewatan dalam proses permohonan tersebut. Pihak CMPTK juga tidak akan mengembalikan pembayaran yang telah dibuat sekiranya permohonan tersebut telah diproses. Oleh itu, pemohon adalah dinasihatkan untuk lebih teliti dalam menghantar permohonan yang berkaitan.
