PEMAKLUMAN KAEDAH PENDAFTARAN PENGAMAL PENGUBATAN ISLAM SELEPAS TAMAT TEMPOH PERALIHAN
Susulan daripada Mesyuarat bersama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) semua negeri pada 12 November 2024, satu Kertas Pertimbangan Kaedah Pendaftaran Pengamal Pengubatan Islam Selepas Tamat Tempoh Peralihan telah dibentangkan di Mesyuarat Majlis PT&K pada 7 April 2024.
Anggota Majlis telah bersetuju bahawa:
1. Pendaftaran pengamal pengubatan Islam akan menggunakan 2 kaedah seperti berikut:
(i) Mempunyai kelayakan diiktiraf iaitu DKM 4: Perawatan Ruqyah atau
(ii) Memenuhi keperluan saringan i-Syifa’
2. JAIN dibenarkan untuk mengenakan fi pelaksanaan i-Syifa yang tidak melebihi dari RM100.00 dan fi tersebut adalah berlainan dari fi bagi permohonan pendaftaran kepada Majlis PT&K.
Oleh itu, selepas 1 Jun 2025 semua pengamal yang ingin berdaftar untuk amalan pengubatan Islam melalui kaedah saringan i-Syifa’ perlu membuat permohonan untuk menjalani saringan i-Syifa’ terlebih dahulu di JAIN di mana pengamal bermastautin. Pengamal-pengamal yang telah lulus saringan i-Syifa sahaja dibenarkan untuk memohon untuk berdaftar di bawah Majlis PT&K.
