Saiz Teks: A- A A+

| Pilihan Bahasa : English | Bahasa Melayu   |

PEMINDAHAN KREDIT BAGI PROGRAM PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI (PT&K) INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TEMPATAN DAN LUAR NEGARA

 

Berikut merupakan kriteria pemindahan kredit bagi program PT&K institusi pengajian tempatan dan luar negara yang telah dipersetujui oleh Majlis PT&K pada Mesyuarat Majlis PT&K Bil. 1/2023:

  1. Pemindahan kredit memerlukan setiap subjek dipadankan (subject mapping) secara individual dan keseragaman di dalam kandungan kurikulum dibenarkan sehingga maksimum 80%. Pengecualian 30-40% daripada jumlah tempoh pengajian bagi program profesional dan pengecualian maksimum 50% pemindahan kredit dibenarkan untuk program bukan profesional.
  2. Permohonan pemindahan kredit di antara institusi adalah dipertimbangkan mengikut keperluan (case-by-case basis) untuk memastikan program yang diambil sebelum pemindahan adalah bersesuaian dengan program baru yang ingin diambil. Sekiranya perlu, bukti tambahan berkenaan program yang pernah diambil perlu disertakan selepas pemindahan.
  3. Kriteria pemindahan kredit yang dimuktamadkan adalah seperti berikut:
  1. Pelajar masih didaftarkan di universiti yang sama; dan
  2. Hanya di antara universiti yang diiktiraf seperti yang tersenarai dalam Garis Panduan Pendaftaran PT&K untuk bidang amalan yang diiktiraf masing-masing; dan
  3. Pelajar dari institusi dan program PT&K yang mempunyai taraf akreditasi sementara di Malaysia boleh memohon untuk pemindahan kredit ke institusi dan program PT&K dengan taraf akreditasi penuh dalam bidang amalan diiktiraf berkenaan. Pemindahan kredit kepada institusi dan program PT&K yang mempunyai taraf akreditasi sementara tidak dibenarkan; dan
  4. Pelajar perlu memenuhi kriteria mimimum dan kelayakan kemasukan untuk sesuatu program PT&K selaras dengan keperluan Standard Program PT&K: Edisi Kedua; dan
  5. Jika kandungan kurikulum di antara institusi penerima dan institusi asal mempunyai persamaan 80% dan lebih, pengecualian dibenarkan untuk maksima 30% dari tempoh pengajian keseluruhan; dan
  6. Jika kandungan kurikulum antara institusi penerima dan institusi asal adalah 100%, pemindahan kredit horizontal iaitu di tahap kelayakan yang sama dibenarkan dengan syarat pelajar tersebut melanjutkan pelajaran di institusi penerima untuk sekurang-kurangnya dua tahun; dan
  7. Jumlah tempoh pengajian tidak kurang daripada tempoh yang ditetapkan dalam Standard Program PT&K: Edisi Kedua bagi tahap kelayakan yang diiktiraf untuk tujuan pendaftaran pengamal; dan
  8. Pemindahan kredit horizontal dan vertical dibenarkan.