Saiz Teks: A- A A+

| Pilihan Bahasa : English | Bahasa Melayu   |

PERHATIAN

 

KEMASKINI PEMAKLUMAN BERKENAAN PENYERAHAN DOKUMEN PEMBAYARAN FI

 

  1. Untuk makluman, pihak Pos Malaysia telah memperkenalkan perkhidmatan Kiriman Wang (Money Order) dalam format resit bagi menggantikan Kiriman Wang fizikal yang digunakan di pejabat pos. Oleh yang demikian, selain daripada Wang Tunai dan Bank Draf, pemohon juga boleh mengemukakan Kiriman Wang dalam format resit untuk tujuan berikut:

 

  • Permohonan Untuk Pendaftaran Sebagai Pengamal Berdaftar
  • Permohonan Untuk Perakuan Pengamalan Sementara
  • Permohonan/Pembaharuan Untuk Perakuan Pengamalan Pengamal Berdaftar
  • Permohonan Untuk Pembantu Pengamal PT&K Warga Asing

 

  1. Sila buat tempahan temujanji melalui portal rasmi Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (klik eTemujanji) terlebih dahulu sebelum menyerahkan bayaran Wang Tunai di kaunter pendaftaran.

 

  1. Pembayaran pembayaran fi dalam bentuk Draf Bank atau Kiriman Wang hendaklah dibuat atas nama:

 

PENGARAH BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI

 

(Terjemahan kepada Bahasa Inggeris adalah tidak dibenarkan).

 

  1. Sila pastikan TIADA KESALAHAN PENULISAN/ CETAKAN pada dokumen pembayaran fi yang dikemukakan.

 

  1. KESALAHAN LAZIM adalah seperti berikut:

  (i) Kesalahan ejaan

      - contoh kesalahan: Komplementari dieja Komplimantari

 (ii) Percampuran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

      - contoh kesalahan: Perubatan Tradisional dieja Perubatan Traditional

(iii) Penggunaan simbol atau apa jua singkatan

      - contoh kesalahan: perkataan ‘dan’ digantikan dengan simbol ‘&’

      - contoh kesalahan: perkataan ‘Bahagian’ disingkatkan kepada ‘Bhgn.’

 

  1. Kesalahan pada penulisan tidak boleh diparap atau dihapus dengan apa jua cara termasuk menggunakan cairan pemadam. Oleh itu, pemohon perlu mengemukakan dokumen pembayaran fi baharu sekiranya terdapat kesalahan pada dokumen pembayaran fi tersebut.

 

  1. Sekiranya pihak kami mendapati terdapat kesalahan penulisan pada Draf Bank atau Kiriman Wang yang dikemukakan tuan/puan, proses permohonan tuan/puan akan tergendala sehingga dokumen pembayaran fi yang baharu dikemukakan semula.

 

 

Kemaskini: 17 Februari 2023