Saiz Teks: A- A A+

| Pilihan Bahasa : English | Bahasa Melayu   |

PERATURAN - PERATURAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI (PINDAAN) 2024 DAN GARIS MASA PELAKSANAAN PENDAFTARAN PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI (PT&K) DALAM TEMPOH PERALIHAN YANG DILANJUTKAN

 

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PERATURAN-PERATURAN PT&K (PINDAAN) 2024 [P.U. (A) 68 / 2024] TELAH DISIARKAN DI LAMAN WEB RASMI JABATAN PEGUAM NEGARA PADA 27 FEBRUARI 2024 (KLIK DI SINI). DENGAN INI, PERENGGAN 4(2)(B) DAN SUBPERATURAN 4(3) PERATURAN-PERATURAN PT&K YANG BERKAITAN DENGAN PENDAFTARAN PENGAMAL PT&K MELALUI KAEDAH KEPERLUAN PENGALAMAN AKAN BERKUATKUASA SEHINGGA 28 FEBRUARI 2025. PELANJUTAN TEMPOH PERALIHAN INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MEMASTIKAN BAHAWA PENGAMAL TERBABIT DAPAT MEMENUHI KEPERLUAN YANG DITETAPKAN SEBELUM DIDAFTARKAN DENGAN MAJLIS PT&K DALAM BIDANG AMALAN DIIKTIRAF YANG BERKAITAN.

 

MAJLIS PT&K YANG BERSIDANG PADA 19 FEBRUARI 2024 TELAH MENETAPKAN SATU GARIS MASA PELAKSANAAN PENDAFTARAN PENGAMAL PT&K DALAM TEMPOH PERALIHAN YANG DILANJUTKAN, SEPERTI BERIKUT:

 

A) FASA PERTAMA: 1 MAC 2024 SEHINGGA 31 OGOS 2024

  1. PERMOHONAN PENDAFTARAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH KEPERLUAN PENGALAMAN MASIH BOLEH DIKEMUKAKAN DALAM TEMPOH INI.
  2. TEMPOH YANG DIBERIKAN UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN TERSEBUT ADALAH SELAMA ENAM (6) BULAN SAHAJA KERANA SETELAH PERMOHONAN DISARING, SEGOLONGAN PENGAMAL PT&K PERLU MENGHADIRI KURSUS PEMBANGUNAN KAPASITI (KPK) ATAU MODUL PEMBANGUNAN KAPASITI (MPK) DALAM TEMPOH PERALIHAN YANG DILANJUTKAN SAHAJA.
  3. TIADA PERMOHONAN PENDAFTARAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH KEPERLUAN PENGALAMAN AKAN DITERIMA ATAU DIPROSES SELEPAS TEMPOH INI.
  4. DALAM TEMPOH INI JUGA, PERMOHONAN TENAGA PENGAJAR DAN PUSAT LATIHAN KPK DAN MPK MASIH AKAN DITERIMA DAN DIPROSES.
  5. TIADA PERMOHONAN TENAGA PENGAJAR DAN PUSAT LATIHAN KPK DAN MPK AKAN DITERIMA ATAU DIPROSES SELEPAS TEMPOH INI.

 

B) FASA KEDUA: 1 SEPTEMBER 2024 SEHINGGA 28 FEBRUARI 2025

  1. 6 BULAN TERAKHIR PELANJUTAN TEMPOH PERALIHAN ADALAH DIKHUSUSKAN UNTUK MEMASTIKAN GOLONGAN PENGAMAL YANG DIKENALPASTI DAPAT MENGHADIRI KPK ATAU MPK SEKIRANYA DIARAHKAN UNTUK BERBUAT DEMIKIAN OLEH CAWANGAN MAJLS PT&K (CMPTK) SETELAH PERMOHONAN PENDAFTARAN TELAH DISARING.
  2. PENGAMAL BERKAITAN PERLU HADIR DENGAN JAYANYA DI KPK / MPK DALAM TEMPOH INI
  3. PUSAT LATIHAN YANG MENGANJURKAN KURSUS KPK / MPK PERLU MEMASTIKAN BAHAWA SESI TERAKHIR KURSUS TERSEBUT BERAKHIR SELEWAT-LEWATNYA PADA 31 JANUARI 2025 UNTUK MEMBERI MASA KEPADA PIHAK CMPTK UNTUK MEMUKTAMADKAN URUSAN PEMPROSESAN PERMOHONAN PENGAMAL TERBABIT.

 

PENGAMAL PT&K YANG INGIN MEMOHON UNTUK BERDAFTAR DENGAN MAJLIS PT&K DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH KELAYAKAN YANG DIIKTIRAF BOLEH BERBUAT DEMIKIAN SEPANJANG TEMPOH PERALIHAN YANG DILANJUTKAN.