PEMALSUAN DOKUMEN KELAYAKAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)/ DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (DKM)
Cawangan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari (CMPTK) telah menerima beberapa permohonan pendaftaran pengamal PT&K yang disyaki menggunakan sijil kelayakan SKM/ DKM yang palsu dan pemalsuan ini telah turut disahkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Perkara ini dipandang serius oleh pihak CMPTK. Justeru, audit verifikasi secara rawak akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi tujuan pemantauan dan pengesahan ketulenan dokumen kelayakan tersebut.
Adalah diingatkan bahawa pemalsuan dokumen bagi tujuan menipu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan (Akta 574). Pengamal PT&K yang terlibat dengan pemalsuan dokumen boleh dikenakan tindakan undang-undang serta tindakan tatatertib.
