Notis Kelewatan Proses Kelulusan Permohonan Perakuan
Dimaklumkan bahawa berikutan persaraan YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan yang telah berkuat kuasa pada 1 Mei 2025, semua permohonan yang dikemukakan bagi Permohonan Perakuan Pengamalan Pengamal Berdaftar dan Permohonan Pembaharuan Perakuan Pengamalan Pengamal Berdaftar yang memerlukan tandatangan Ketua Pengarah Kesihatan sebagai Pengerusi Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari (PT&K) akan mengalami kelewatan dalam proses kelulusan.
Semua permohonan yang tertangguh akan diproses selepas pelantikan rasmi Ketua Pengarah Kesihatan yang baharu. Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari amat menghargai kesabaran dan kerjasama semua pengamal PT&K sepanjang tempoh peralihan ini.
Terima kasih.
