
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI
IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL MySTEP
TAHUN 2023
Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan segera bagi jawatan seperti berikut :
|
JAWATAN |
PERSONEL MySTEP |
|
KEKOSONGAN |
SATU (1) |
|
GAJI |
RM2,100.00 SEBULAN |
|
TEMPOH KONTRAK |
01 FEBRUARI 2023 HINGGA 31 DISEMBER 2023 |
|
KEMUDAHAN |
CUTI REHAT, CUTI SAKIT, CARUMAN KWSP DAN CARUMAN PERKESO |
|
PENEMPATAN |
CAWANGAN AMALAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BLOK E, JALAN CENDERASARI 50590 KUALA LUMPUR |
|
PERMOHONAN |
Sila emelkan permohonan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
SYARAT KELAYAKAN:
- Berumur tidak lebih 35 tahun pada tarikh tutup iklan
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana jurusan / bidang kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya.
- Berkebolehan mengendalikan perisian komputer seperti MS Word, MS Powerpoint dan MS Excel.
- Pengalaman lepas dalam aktiviti mengumpul dan mengurus data (seperti data kajian) atau berkebolehan menggunakan aplikasi SPSS merupakan satu kelebihan.
- Berpengalaman dalam mengendalikan mesyuarat dan program.
- Mempunyai kemahiran menulis dan berkomunikasi yang baik, boleh bekerja dalam kumpulan serta bersedia untuk bekerja di luar kawasan sekiranya diarahkan.
CARA MEMOHON:
Calon yang berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut selewat-lewatnya pada 13 Januari 2023 (Jumaat):
- Resume terkini berserta gambar
- Salinan sijil ijazah atau kelayakan setaraf dengannya
- Salinan kad pengenalan
- Sijil Digital Vaksinasi Covid-19
Sila emelkan permohonan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
| Hanya calon yang layak disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temu duga |
