Saiz Teks: A- A A+

| Pilihan Bahasa : English | Bahasa Melayu   |

 

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SEBAGAI PUSAT LATIHAN DAN TENAGA PENGAJAR MODUL PEMBANGUNAN KAPASITI (MPK) BAGI PERUBATAN TRADISIONAL CINA (PTC - SUBBIDANG AKUPUNKTUR) UNTUK PENGAMAL PERUBATAN BERDAFTAR (PPB) DI BAWAH AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI (PT&K) 2016 [AKTA 775]

 

Akta 775 telah diwartakan pada 10 Mac 2016 dan dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2016. Akta ini mewajibkan semua pengamal PT&K yang ingin mengamal di Malaysia dalam bidang amalan diiktiraf  untuk berdaftar dengan Majlis PT&K yang ditubuhkan di bawah Akta ini. Majlis PT&K telah bersetuju bahawa PPB yang memenuhi syarat tertentu dan ingin berdaftar dengan Majlis dalam tempoh peralihan dalam bidang PTC (Subbidang Akupunktur) untuk menjalani MPK dan lulus komponen penilaian berkaitan.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Garis Panduan Permohonan sebagai Pusat Latihan dan Tenaga Pengajar MPK bagi PTC (Subbidang Akupunktur) telah diluluskan oleh Majlis PT&K bagi tujuan tersebut. Maklumat lanjut berkenaan perkara ini boleh didapati di laman web rasmi Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (KLIK DI SINI).