PEMAKLUMAN BERKENAAN PERMOHONAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA/ DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM/DKM) BAGI BIDANG AMALAN DIIKTIRAF PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI (PT&K) MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)
Pihak Cawangan Majlis PT&K sedang menerima banyak pertanyaan berkenaan perkara ini. Setelah merujuk kepada pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), ingin dimaklumkan bahawa sebarang urusan berkenaan permohonan SKM/DKM bagi Bidang Amalan Diiktiraf PT&K melalui kaedah PPT, pihak yang terbabit boleh menghubungi JPK secara terus melalui emel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk bantuan dan maklumat lanjut.
