MAKLUMAN GANGGUAN TALIAN TELEFON DI PEJABAT SETIAUSAHA KEPADA PENGARAH BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI, JALAN CENDERASARI, KUALA LUMPUR
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
- Dimaklumkan bahawa sistem talian telefon di Pejabat Setiausaha kepada Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur iaitu 03-26926541 sedang mengalami gangguan / kerosakan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
- Oleh itu, sebarang perkongsian maklumat dan pertanyaan pihak YBhg. Datuk/ Dato’ Indera/ Dato’/ Datin Paduka/ Tuan/ Puan boleh menghubungi di talian 03-22798100 samb: 226 atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan segala kerjasama amatlah dihargai.
