Skip to main content

Cawangan Pengurusan Risiko Dan Survelan Klinikal

Bengkel Management of CRE in Health Care Setting Zon Tengah

Carbapenem-resistant Enterobacteriaceae (CRE) merupakan sejenis Multidrug resistant organism (MDRO) yang dikenal pasti sebagai ancaman kesihatan global yang memerlukan kerjasama pelbagai pihak dan stakeholder untuk mengawal penularannya. Pada 26hb Jan 2023, bertempat di Hospital Cyberjaya, Bengkel Management of CRE in Health Care Setting Zon Tengah telah dijalankan dan dihadiri oleh wakil …

Mesyuarat Jawatankuasa Penjagaan Luka Kebangsaan Bil.1/2023

18hb dan 19hb Jan 2023 Hospital Cyberjaya : Mesyuarat Jawatankuasa Penjagaan Luka Kebangsaan Bil.1/2023 telah diadakan bagi membincangkan isu-isu perkhidmatan penjagaan luka serta pelaksanaan strategi yang telah dibuat pada penghujung tahun lalu. Mesyuarat ini diikuti dengan perbincangan penganjuran 6th National Wound Care Conference yang bakal diadakan pada bulan Jun 2023. …

Sesi dialog dan ‘Walkabout’ bagi membincangkan ‘Healthcare Environmental Hygiene’ di Hospital Umum Sarawak

12/01/2023 Sarawak : Unit Kawalan Infeksi dan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan dijemput oleh Hospital Umum Sarawak (HUS) ke sesi dialog dan walkabout bagi membincangkan Healthcare Environmental Hygiene di HUS. Sesi dialog dipengerusikan oleh Pengarah HUS, Dr Ngian dan dihadiri oleh wakil Kejuruteraan KKM, JKN, HUS, wakil Kawalan Infeksi KKM dan HUS …

MESYUARAT PERJUMPAAN BERSAMA SURVEYOR AKREDITASI HOSPITAL & INSTITUSI PERUBATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) BIL. 1/2023

11 Januari 2023 Putrajaya : Mesyuarat Perjumpaan Bersama Surveyor Akreditasi Hospital & Institusi Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah diadakan pada 11 Januari 2023 di Bilik Mesyuarat Ibnu al-Razi Blok E1 (BM4). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, YBrs. Dr Mohd Azman bin Yacob. Hadir bersama Timbalan Pengarah …

Lawatan Penyeliaan bagi Program Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Di Hospital Slim River

17-18 Ogos 2022: Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan telah mengadakan lawatan penyeliaan bagi Program Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Di Hospital Slim River. Lawatan ini bertujuan untuk memantau pelaksanaan aktiviti OSH di hospital. Terima kasih Dr Sivanandarajah Satgunam (Pengarah Hospital) , Dr Nor …

Taklimat Garispanduan POMR 2022

Pada 13-14hb Jun, satu Taklimat Garispanduan POMR 2022 telah dijalankan oleh Unit Audit Klinikal, CKPP bersama 112 orang koordinator POMR daripada 60 buah hospital (Semenanjung Malaysia) telah diadakan di Auditorium KDN, Putrajaya. Sesi dimulakan dengan pembentangan Garis Panduan POMR 2022 yang baru dikemaskini bagi mengukuhkan pengetahuan berhubung pelaporan POMR di …

World Hand Hygiene Day 2022

Pada 9hb Jun 2022, YBhg Dato’ Dr Asmayani Khalib, TKPK telah merasmikan majlis sambutan World Hand Hygiene Day 2022 Peringkat Kebangsaan & Seminar Pencegahan dan Kawalan Infeksi di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah. Program ini dianjurkan oleh Unit Kawalan Infeksi, Bahagian Perkembangan Perubatan KKM dengan kerjasama JKN Sabah dan …