Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

UNIT KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN

PENGENALAN

Pekerjaan seseorang adalah salah satu komponen utama yang menentukan tahap kesihatan individu. Tambahan pula, pekerja yang sihat dan bermotivasi boleh memberikan impak terhadap perkhidmatan yang lebih produktif dan efektif. Oleh yang demikian, adalah menjadi satu kewajipan kepada majikan untuk menyokong keselamatan dan kesihatan pekerjanya selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, di Program Perubatan diwujudkan bagi memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat dan sihat dalam kalangan petugas kesihatan di hospital dan institusi perubatan serta warga kerja Blok E1, Putrajaya Kementerian Kesihatan Malaysia.

OBJEKTIF

Untuk menjaga keselamatan, kesihatan dan kebajikan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di hospital & institusi perubatan KKM selaras dengan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP) 1994.

FUNGSI

  • Merangka polisi/dasar, pekeliling serta garis panduan serta merancang strategi dan pelan tindakan berkenaan keselamatan pekerjaan & kesihatan pekerjaan untuk diedarkan kepada seluruh negeri sebagai panduan untuk melancarkan aktiviti program.

 

  • Merancang dan memantau aktiviti promosi dan latihan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan di IPKKM-Blok E1, hospital & institusi perubatan KKM.

 

  • Merangka, memantau aktiviti survelan dan membuat penganalisaan penemuan berkaitan keselamatan & kesihatan pekerjaan di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (Blok E1), hospital & institusi perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia seluruh negara.

 

  • Memantau & menyelia program kesihatan pekerjaan di hospital & institusi perubatan KKM seperti program KOSPEN WOW, program saringan TB dalam kalangan anggota KKM, program imunisasi Hepatitis B, program Sharp Injury Surveillance, Radiation Protection Program dan sebagainya.

 

  • Sebagai sekretariat bagi Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan di Tempat Kerja (JKK) IPKKM – Blok E1 sebagai mematuhi tuntutan Akta KKP 1994.

DOKUMEN UNIT KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN