FUNGSI AM
Memastikan rawatan pesakit di hospital-hospital adalah berkualiti tinggi dan selamat dengan menjalankan pelbagai program peningkatan kualiti dan pengurusan risiko.
FUNGSI SPESIFIK
- Mengenalpasti isu kualiti dan keselamatan di dalam perkhidmatan perubatan.
- Menentukan dasar kualiti dan membentuk program yang bersesuaian.
- Memantau pencapaian kualiti perkhidmatan perubatan.
- Menentukan agar tindakan penambahbaikan kualiti dapat dijalankan.
- Pembangunan polisi dan perancangan program.
- Merancang dan melaksanakan pengurusan strategik dalam aspek peningkatan kualiti dan pengurusan risiko.
- Pemantauan dan analisa situasi rawatan pesakit bagi mengenalpasti isu dan kemudaratan kepada pesakit untuk tujuan peningkatan kualiti.
- Surveilan epidemiologi, pencegahan dan pengawalan penyakit/ masalah perawatan pesakit.
- Memastikan pematuhan peraturan, polisi, garispanduan dan etika perubatan berkaitan aspek peningkatan kualiti dan pengurusan risiko.
- Menjalankan penyelidikan berkaitan rawatan pesakit, pengurusan risiko dan keselamatan pesakit dan anggota kesihatan.
- Menjalankan latihan dan survei bagi aktiviti peningkatan kualiti dan pengurusan risiko.
- Menjadi pakar rujuk/SME dan memberi input teknikal kepada pihak pengurusan tertinggi KKM, fasiliti kesihatan dan pemegang taruh yang berkaitan.
- Menjadi Sekretariat Teknikal di peringkat nasional bagi Majlis dan Jawatankuasa Pemandu yang melibatkan peningkatan kualiti dan pengurusan risiko.
- Menjalankan kolaborasi dengan pelbagai pemegang taruh di peringkat antarabangsa dan kebangsaan dalam mengukuhkan program-program keselamatan pesakit, kawalan infeksi dan AMR, surveilan pencapaian klinikal, akreditasi dan standard, audit klinikal, keselamatan & kesihatan pekerjaan dan nilai & etika.
- Menjalankan promosi dan penglibatan pesakit bagi menjamin keselamatan dan kualiti rawatan di fasiliti dapat dipertingkatkan.