Virtual CPD UKKP Hospital & Institusi Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia
Inisiatif penganjuran Virtual CPD yang bermula pada tahun 2022 adalah susulan daripada cadangan dalam Mesyuarat Teknikal Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Hospital dan Institusi Perubatan KKM bertujuan untuk melatih anggota dalam melaksanakan program KKP di hospital masing-masing secara berterusan di samping dapat menyampaikan sebarang maklumat terkini secara terus kepada UKKP di semua hospital dari semasa ke semasa. Sesi CPD akan dijalankan selama 1 jam setiap bulan yang akan dikendalikan oleh UKKP BPP bersama-sama Penasihat Teknikal UKKP KKM dan disertai oleh semua pegawai UKKP hospital dan institusi perubatan KKM.