KPI Pengurusan Tertinggi KKM

KPI Pengurusan Tertinggi KKM

PENGENALAN

Konsep KPI dalam Sektor Awam di Malaysia  telah diperkenalkan pada tahun 2005 melalui Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil. 2/2005. Pada tahun 2008 Kabinet Kerajaan telah bersetuju untuk menggunakan KPI bagi memantau pencapaian Pegawai Tertinggi Kerajaan yang memegang jawatan strategik (Jawatan Utama Sektor Awam, JUSA). Pegawai-pegawai ini seterusnya dikenali sebagai Pegawai Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA).

 

Memandangkan KKM merupakan sebuah kementerian yang unik dan mempunyai struktur organisasi yang kompleks berbanding kebanyakan kementerian lain, JPA telah memberikan dua (02) pos jawatan Tier 1 PPTPA iaitu  Ketua Setiusaha KKM (KSU) dan Ketua Pengarah KKM (KPK).

Unit Survelan Pencapaian Klinikal (CPSU), Bahagian Perkembangan Perubatan telah diberi mandat dan kepercayaan untk menjadi Sekretariat Induk KPI Teknikal KKM yang bertanggungjawab menyelaras penilaian prestasi menggunakan KPI bagi PPTPA di bawah KPK sejak tahun 2009.

SKOP

Unit Survelan Pencapaian Klinikal (CPSU)

  • Pembangunan indikator secara bersepadu bersama kesemua 6 Program di KKM dengan melihat dari pelbagai aspek seperti kaedah pengukuran, sasaran dan sebagainya.
  • Penyelarasan pengumpulan dan pembersihan data di peringkat kebangsaan dengan kerjasama wakil Sekretariat Teknikal KPI Program KKM, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) melalui Penyelaras Kualiti Negeri (PQN) dan Penyelaras Kualiti Hospital (PQH).
  • Pelaksanaan analisa bagi data-data yang diterima termasuk ketidakcapaian (Shortfall in Quality – SIQ)
  • Pengurusan pencapaian PPTPA melalui sistem MyKPI.
  • Pemakluman dan hebahan pencapaian kepada Pengurusan Tertinggi KKM dan pemegang taruh (stakeholder) berkaitan yang lain.