PROGRAM BEBAS KESAKITAN
(Pain as 5th Vital Sign dan Hospital Bebas Kesakitan)
OBJEKTIF
Program Bebas Kesakitan (PFP) adalah salah satu Audit Klinikal Kebangsaan yang mana melibatkan dua skop utama iaitu Pain as the 5th Vital Sign (P5VS) dan Hospital Bebas Kesakitan (PFH). Program ini memfokuskan kepada pengurusan kesakitan pesakit bagi memastikan perjalanan pesakit (patient’s journey) dalam mendapatkan rawatan kesihatan di hospital adalah dalam keadaan bebas kesakitan. Ini penting dalam memastikan kepuasan pelanggan dipenuhi dan juga ia adalah merupakan sebahagian daripada “Declaration of Montreal 2010” (di mana Malaysia turut terlibat) yang menyatakan access to pain management is a fundamental human right. PFP ini melibatkan kolaborasi bersama Program Kesihatan Awam, Farmasi dan Pergigian di mana Program Perubatan menjadi sekretariat induk bagi Program ini. Sehingga tahun 2021, sebanyak 30 buah hospital KKM yang telah diiktiraf sebagai Hospital Bebas Kesakitan dan ini termasuk di dalam Pelan Strategik Program Perubatan bagi tahun 2021-2025.
FUNGSI / SKOP
- Memastikan arahan (punca kuasa) berkaitan pelaksanaan dan pemantauan PFP di lapangan disediakan bagi kegunaan anggota di lapangan.
- Menyediakan dan mengemaskini Garis Panduan PFP dari masa ke semasa bagi kegunaan anggota di lapangan.
- Menyediakan bahan latihan berkaitan PFP bagi kegunaan (rujukan dan latihan) anggota di lapangan.
- Memberikan latihan dan mengadakan Roadshow secara berterusan (berkala) bagi mengukuhkan pengetahuan dan menjadi sebagai pendidikan berterusan bagi anggota di lapangan.
- Memberikan teknikal input dan maklum balas berkaitan PFP apabila diperlukan bagi membantu hospital dalam menjalankan PFP di hospital.
- Memastikan lantikan ahli Jawantankuasa Kebangsaan sentiasa dikemaskini.
Menyediakan laporan sebagai sebahagian daripada aktiviti survelan di bawah PFP. - Mengumpul, menyemak, menganalisa dan mendiseminasi data yang diterima dari seluruh Malaysia secara berterusan.
- Memastikan mesyuarat kebangsaan diadakan setiap 3-4 bulan setiap tahun bagi mendapatkan kata putus bagi beberapa isu yang dikenal pasti agar langkah penambahbaikan dapat dilaksanakan.
- Memberikan maklum balas pada pemegang taruh.
Mengadakan konferen / persidangan yang berkaitan PFP setiap 2 tahun. - Menjalankan penyelidikan yang berkaitan PFP.
- Menjalankan dan mengkoordinasi audit PFP dan Hospital Bebas Kesakitan di peringkat kebangsaan bagi pengiktirafan Hospital Bebas Kesakitan.
- Menjalankan kolaborasi bersama NGO dan juga sektor swasta.