Unit Akreditasi & Piawaian

UNIT AKREDITASI DAN PIAWAIAN

PENGENALAN

Unit Akreditasi dan Piawaian ditubuhkan di bawah Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan dan diketuai oleh seorang Ketua Unit. Antara rasional penubuhan unit ini adalah untuk memastikan pelaksanaan program akreditasi hospital KKM bersama pembekal luar Malaysian Society for Quality in Health (MSQH). Ini termasuk mewujudkan garis panduan pelaksanaan program akreditasi bagi hospital KKM, melaksanakan latihan akreditasi untuk hospital institusi KKM, pemantauan kontrak latihan dan penilian akreditasi hospital, serta menganalisa laporan penilaian akreditasi hospital.

Unit ini juga bertindak sebagai seketariat teknikal dalam merancang serta menyelaras pelaksanaan SPK MS ISO 9001:2015 Program Perubatan KKM serta memantau pelaksanaan SPK di hospital KKM. Selain itu, unit ini juga bertindak sebagai pemudahcara dan pemberi khidmat nasihat kepada inovator hospital KKM berkenaan pengurusan dan perluasan hasil inovasi,bagi memastikan pembudayaan inovasi di Hospital KKM terus relevan dan praktikal dengan perkhidmatan kesihatan di Malaysia.

 

OBJEKTIF

  1. Merancang, melaksanakan dan memantau aktiviti berkaitan Program Akreditasi Hospital-hospital KKM di seluruh Malaysia termasuk membangunkan dan memantau kontrak rundingan terus penilaian dan latihan akreditasi dari pihak pembekal (MSQH), merancang latihan akreditasi, membuat persediaan dan pelaksanaan penilaian akreditasi Hospital serta menganalisa data-data akreditasi dan isu-isu berbangkit bagi memastikan kesemua hospital-hospital KKM mengikut standard dan spesifikasi demi keselamatan dan permantapan penyampaian perkhidmatan kesihatan.
  2. Merancang, melaksana dan menyelia pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001 Program Perubatan bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan Program Perubatan dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan.
  3. Memantau, melaksanakan latihan kesedaran atau latihan yang berkaitan serta menganalisis status pelaksanaan SPK MS ISO 9001 di Hospital-hospital KKM sebagai satu daya usaha dalam meningkatkan usaha peningkatan kualiti di Hospital-hospital KKM.
  4. Menjadi ‘focal point’ bagi merancang dan mengembangkan aktiviti pembudayaan inovasi di Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP) KKM dan di hospital-hospital KKM pasca Anugerah Inovasi Kebangsaan (KIK) dan Konvensyen KKM.

FUNGSI / SKOP

Pelaksanaan Program Akreditasi Hospital KKM

  1. Memantau kontrak penilaian dan latihan akreditasi pembekal luar dan menyediakan pembaharuan kontrak di antara pihak KKM dan pembekal luar (MSQH).
  2. Merancang perlaksanaan latihan Training on Trainers (TOT) di hospital KKM (mengikut zon) dengan kolaborasi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).
  3. Menyelaras aktiviti permuktamadan perkhidmatan latihan dan penilaian akreditasi hospital KKM oleh pembekal perkhidmatan luaran.
  4. Memproses permohonan yang lengkap waran peruntukan penilaian akreditasi.
    Menyediakan dan mengemaskinikan data-data berkenaan status penilaian akreditasi hospital KKM.
  5. Menganalisa laporan penilaian akreditasi bagi hospital-hospital KKM yang terlibat serta isu-isu yang berkaitan.

Pelaksanaan SPK MS ISO 9001 Program Perubatan

  1. Merancang dan memastikan aktiviti SPK MS ISO 9001 Program Perubatan dilaksanakan seperti yang dirancang.
  2. Merancang dan melaksanakan aktiviti promosi dan memberikan latihan kesedaran SPK MS ISO 9001 kepada anggota-anggota Program Perubatan dan juga di Program lain.
  3. Merancang, melaksanakan serta memantau aktiviti-aktiviti latihan peningkatan kualiti yang berkaitan SPK MS ISO 9001 daripada pembekal luaran.
  4. Merancang, melaksanakan, serta memberikan bengkel / kursus dalaman yang berkaitan komponen-komponen SPK MS ISO 9001 Program Perubatan.
  5. Merancang, melaksanakan serta memantau aktiviti audit dalaman, audit survelan dan audit persijilan semula SPK serta menganalisis pencapaian dan memastikan tindakan penambah-baikan aktiviti SPK MS ISO 9001 Program Perubatan dilaksanakan.
  6. Merancang, melaksanakan serta memantau mesyuarat berkaitan SPK MS ISO 9001 Program Perubatan dan maklumbalas susulan daripada mesyuarat tersebut.
  7. Menganalisis pencapaian dan melaksanakan tindakan penambah-baikan berkaitan dengan SPK MS ISO 9001 Program Perubatan.

Pelaksanaan SPK MS ISO 9001 di Hospital-hospital KKM

  1. Merancang dan melaksanakan aktiviti promosi dan memberikan latihan kesedaran SPK MS ISO 9001 kepada anggota-anggota Hospital-hospital KKM.
  2. Merancang, melaksanakan, serta memberikan bengkel / kursus yang berkaitan komponen-komponen SPK MS ISO 9001 kepada anggota-anggota Hospital KKM.
  3. Menganalisis dan menilai status pelaksanaan SPK ISO 9001 di Hospital – hospital KKM serta memanjangkan isu-isu yang berkaitan dengan ketidakakuran kepada pematuhan kualiti susulan audit kepada pihak-pihak berkepentingan.
  4. Memantau tindakan penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh Hospital-hospital KKM susulan audit.

Pembudayaan inovasi di Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP) KKM dan di hospital-hospital KKM.

  1. Menyelaras, memberi khidmat nasihat serta memantau aktiviti perkongsian hasil inovasi hospital-hospital KKM.
  2. Menyemak dan membuat permohonan kepada Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan berkenaan penilaian produk inovasi hospital KKM.
  3. Membuat pengesyoran terhadap produk-produk hasil inovasi Hospital KKM pasca Anugerah Inovasi Kebangsaan dan Konvensyen KIK KKM serta memastikan pengesyoran pelaksanaan tersebut dijalankan.

STATUS AKREDITASI HOSPITAL & INSTITUSI KKM TERKINI

DOKUMEN UNIT AKREDITASI DAN PIAWAIAN

This file category has no files to display

This file category has no files to display