PROGRAM MENANG

PROGRAM MENANG

OBJEKTIF

Program MENANG adalah salah program memfokuskan kepada pengurusan kesakitan pesakit bagi kesakitan kronik (Chronic Pain) dalam memastikan perjalanan pesakit (patient’s journey) dalam mendapatkan rawatan kesihatan adalah dalam keadaan kesakitan terkawal. Ini penting dalam memastikan kepuasan pelanggan serta produktiviti pesakit tidak terjejas dan juga ia adalah merupakan sebahagian daripada “Declaration of Montreal 2010” (di mana Malaysia turut terlibat) yang menyatakan access to pain management is a fundamental human right. Pada ketika ini Program ini dijalankan di beberapa buah hospital di malaysia mengikut region. Namun, koordinasi di peringkat kebangsaan ditangguhkan memandangkan kekangan anggota pada ketika ini.

FUNGSI / SKOP

  1. Memastikan pekeliling dan arahan (punca kuasa) berkaitan pelaksanaan dan pemantauan MENANG di lapangan disediakan bagi kegunaan anggota di lapangan.
  2. Menyediakan dan mengemaskini Garis Panduan MENANG bagi kegunaan anggota di lapangan.
  3. Menyediakan bahan latihan berkaitan MENANG bagi kegunaan (rujukan dan latihan) anggota di lapangan.
  4. Survelan bagi Program Menang akan dijalankan sekiranya Program ini dijalankan semula setelah kekangan diatasi.