Hospital Performance Indicator for Accountability (HPIA)

Hospital Performance Indicator for Accountability (HPIA)

PENGENALAN

Hospital Performance Indicator for Accountability (HPIA) merupakan satu bentuk pemantauan kualiti perkhidmatan di hospital-hospital KKM. Sebelum 2013, pemantauan indikator ini dikenali sebagai KPI Pengarah Hospital. Sejajar dengan waktu dan penambahan beberapa elemen penilaian prestasi dan akauntabiliti, maka pada 2014 penjenamaan semula telah dilaksanakan dengan penggunaan nama HPIA yang digunakan sehingga kini.

Pelbagai proses telah dilalui dalam rangka pembentukkan indikator HPIA. Berbagai input daripada pemegang taruh (stakeholder) yang mempunyai hubungan langsung dan tidak langsung dalam perjalanan pengurusan hospital telah diambil kira serta feasibility study turut dilaksanakan sebelum indikator HPIA ini dimuktamadkan.

HPIA ini telah dipantau lebih sedekad dengan pelbagai kemaskini serta penambahbaik telah dilakukan dari semasa ke semasa.

SKOP

Unit Survelan Pencapaian Klinikal (CPSU)

  • Pembangunan indikator secara bersepadu bersama pemegang taruh (stakeholder) dengan melihat dari pelbagai aspek seperti kaedah pengukuran, sasaran dan sebagainya.
  • Penyelarasan pengumpulan dan pembersihan data di peringkat kebangsaan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) melalui Penyelaras Kualiti Negeri (PQN) dan Penyelaras Kualiti Hospital (PQH).
  • Pelaksanaan analisa bagi data-data yang diterima termasuk ketidakcapaian (Shortfall in Quality – SIQ)
  • Pemakluman dan hebahan pencapaian kepada Pengurusan Tertinggi KKM, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), hospital dan pemegang taruh (stakeholder) lain yang berkaitan.