Unit Keselamatan Pesakit

UNIT KESELAMATAN PESAKIT

PENGENALAN

Keselamatan pesakit merupakan “Pencegahan daripada kemudaratan yang boleh dicegah kepada pesakit semasa menerima perawatan”. Unit Keselamatan Pesakit telah ditubuhkan di Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan sejak tahun 2012 dan berfungsi sebagai pusat rujukan utama Program Keselamatan Pesakit di Malaysia terutamanya  di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia

OBJEKTIF

Bertindak sebagai pusat rujukan utama keselamatan pesakit serta membangunkan strategi dan mengukuhkan program keselamatan pesakit di Malaysia terutamanya bagi hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.

FUNGSI

Fungsi Unit Keselamatan Pesakit adalah:

 

1. Bertindak sebagai Sekretariat Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia.

2. Meningkatkan kesedaran keselamatan pesakit serta memangkin budaya keselamatan pesakit yang positif di Malaysia

3. Merancang dan mewujudkan dasar & program keselamatan pesakit di Malaysia

4. Memantau dan menilai tahap keselamatan pesakit di Malaysia

5. Membantu & memudahkan pelaksanaan Program Keselamatan Pesakit di Malaysia

 

DOKUMEN UNIT KESELAMATAN PESAKIT