UNIT NILAI & ETIKA PERUBATAN
PENGENALAN
Secara amnya, aduan adalah berkaitan dengan persepsi negatif orang ramai terhadap individu atau institusi. Kini, aduan digunakan sebagai alat untuk mengukur tahap kualiti produk atau perkhidmatan yang disediakan. Lebih penting lagi, aduan boleh berguna dalam mengenal pasti ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan.
Di Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, pengurusan aduan berada di bawah bidang kuasa Unit Kawalan Infeksi sejak tahun 2004. Dengan pengembangan aktiviti yang dijalankan oleh Unit Kawalan Infeksi, seiring dengan peningkatan bilangan dan kerumitan aduan terutamanya yang melibatkan kes medico-legal, pada tahun 2007 satu unit khusus yang dikenali sebagai Unit Nilai dan Etika Perubatan telah ditubuhkan.
FUNGSI
Fungsi utama Unit ini adalah untuk memantau dan mengkaji secara sistematik semua aduan terhadap hospital Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan penjagaan pesakit dan menyemak laporan siasatan berkaitan. Aduan lain berkenaan pengurusan gaji atau kenaikan pangkat kakitangan, kemudahan hospital atau kes medico-legal ditangani oleh unit atau bahagian masing-masing. Unit ini turut memantau pencapaian Piagam Pelanggan Teras KKM berkaitan penghasilan laporan perubatan hospital KKM.
DOKUMEN BERKAITAN UNIT NILAI & ETIKA PERUBATAN
UNIT NILAI DAN ETIKA PERUBATAN
| Download | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| GARIS PANDUAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN PSQ-18 EDISI 1/2023 (UPDATE 2024) | 1.10 MB | 2215 | Download |
UNIT NILAI DAN ETIKA PERUBATAN
UNIT NILAI DAN ETIKA PERUBATAN
| Download | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Soal Selidik Kepuasan Pelanggan Bagi Hospital / Institusi KKM | 163.40 KB | 1583 | Download |