VISI
Menjadi Pusat Kecemerlangan bagi Aktiviti Peningkatan Kualiti dan Pengurusan Risiko.
MISI
- Menerapkan sikap yang positif dan komitmen terhadap penambahbaikan kualiti untuk semua kakitangan penjagaan kesihatan di samping menggunakan pelbagai initiatif kualiti sebagai alat pengukur bagi meningkatkan tahap perkhidmatan penjagaan kesihatan.
- Menyediakan latihan dan kemahiran bagi kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi lain (mengikut pelawaan) untuk menjalankan aktiviti kualiti, serta melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan.
- Membangunkan sistem yang sesuai dan berkesan serta diterima pakai dan peka bagi memantau dan menilai kualiti penjagaan kesihatan.
- Mengenalpasti kekurangan atau penambahbaikan yang perlu dilaksanakan di dalam kualiti penjagaan kesihatan dan mencari langkah penambahbaikan demi perkhidmatan yang baik dan efisien