COVID-19 MORTALITY REVIEW (COMR)
OBJEKTIF
COMR adalah salah satu Audit Klinikal Kebangsaan yang mana melibatkan semakan setiap kematian yang berlaku yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19. Ia dilaporkan secara harian melalui sistem CPRC Hospital (serta GitHub dan KKMNow) dan kes disemak oleh Jawatankuasa di peringkat kebangsaan secara berkala iaitu setiap 6-8 minggu melalui borang pelaporan kematian yang diterima secara manual. Ia merupakan salah satu aktiviti utama yang memberi input kepada CPRC Kebangsaan dan bahagian-bahagian lain di KKM dalam mengenalpasti isu-isu yang berkaitan dengan kematian COVID-19 agar penambahbaikan yang tepat dan cepat dapat dijalankan bagi mengurangkan morbiditi dan mortaliti di kalangan pesakit COVID-19.
FUNGSI / SKOP
- Memastikan pekeliling dan arahan (punca kuasa) berkaitan pelaporan dan pemantauan COMR di lapangan disediakan bagi kegunaan anggota di lapangan.
- Menyediakan dan mengemaskini Garis Panduan dan Annex COMR.
Memberikan latihan dan mengadakan Roadshow secara berterusan (berkala) bagi mengukuhkan pengetahuan dan menjadi sebagai pendidikan berterusan bagi anggota di lapangan dalam pelaporan COMR. - Memberikan teknikal input dan maklum balas berkaitan COMR apabila diperlukan.
- Memastikan lantikan ahli Jawantankuasa Kebangsaan COMR sentiasa dikemaskini.
- Menyediakan laporan harian, mingguan, bulanan dan tahunan sebagai sebahagian daripada aktiviti survelan di bawah COMR.
- Mengumpul, menyemak, menganalisa dan mendiseminasi data yang diterima dari seluruh Malaysia secara berterusan melalui Github dan KKMNow.
- Memastikan semakan kes diadakan setiap 6-8 minggu setiap tahun dan mesyuarat di peringkat kebangsaan dijalankan bagi perbincangan kes dan juga mendapatkan kata putus bagi beberapa isu yang dikenal pasti agar langkah penambahbaikan dapat dilaksanakan.
- Memberikan maklum balas pada pemegang taruh.
- Menjalankan penyelidikan dan laporan eksekutif yang berkaitan COMR.
- Menjalankan dan mengkoordinasi audit COMR di lapangan.