Skip to main content

Cawangan Pengurusan Risiko Dan Survelan Klinikal

Mesyuarat Semakan Semula Wound Care Manual Bil.2/2023

Kesinambungan daripada Mesyuarat Semakan Semula Wound Care Manual bil.1/2023, mesyuarat bilangan ke dua telah diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 13 dan 14hb Mac 2023. Pembentangan pelbagai topik telah diadakan oleh wakil-wakil perkhidmatan yang berkaitan. Selain konsep asas dan pelbagai kaedah penjagaan luka, topik analgesia in wound care …

Mesyuarat Koordinasi TWG – National Antimicrobial Resistance Committee (NARC)

Antimicrobial Resistance telah dikenalpasti sebagai salah satu daripada 10 ancaman kesihatan awam terbesar di peringkat global. Malaysia telah menjalankan pelbagai inisitiatif bagi mengekang peningkatan AMR. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Koordinasi TWG di bawah National Antimicrobial Resistance Committee (NARC) telah dijalankan pada 10.3 2023 secara hibrid bertempat di Blok E1. Empat …

5th Global Ministerial Summit on Patient Safety

Pada 23 hingga 24 Februari 2023: YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia mewakili YB Menteri Kesihatan Malaysia bersama wakil Unit Keselamatan Pesakit, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menghadiri pesidangan “5th Global Ministerial Summit on Patient Safety” di Monteux, Switzerland. Persidangan …

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Safe Surgery Saves Lives Bil. 1/2023

23 Februari 2023, Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Safe Surgery Saves Lives Bil. 1/2023 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat 4, Aras 1, Blok E1, KKM. Mesyuarat ini adalah yang pertama bagi sesi lantikan 2023-2025 yang dipengerusikan oleh Dr Azmi Alias, Pakar Perunding Kanan Neurosurgeri, Hospital Kuala Lumpur. Pakar-Pakar Perunding wakil dari pelbagai …

High-Level Conference on Universal Health Coverage in an Era of Antimicrobial Resistance and Pandemics di Tokyo, Jepun

Pada 21 hingga 22 Februari 2023, Dr Noor Amelia Abd Rasid selaku wakil sekretariat Program Antimicrobial Resistance (AMR) telah menghadiri High-Level Conference on Universal Health Coverage in an Era of Antimicrobial Resistance and Pandemics di Tokyo, Jepun. Konferen ini di anjurkan oleh Asia Europe Foundation, Ministry of Foreign Affairs Japan …

Malaysia One Health University Network (MyOHUN) National One Health Workforce-Next Generation (OHW-NG) Strategic Planning Meeting 2023

Wakil Program AMR Kebangsaan telah menghadiri Malaysia One Health University Network (MyOHUN) National One Health Workforce-Next Generation (OHW-NG) Strategic Planning Meeting 2023 pada 19 hingga 21 Februari 2023 di Holiday Inn, Melaka. Mesyuarat ini membincangkan dan merancang aktiviti One Health Workforce-Next Generation (OHW-NG) yang akan dianjurkan bagi tahun ini. Sebagai …

Bengkel Root Cause Analysis Pusat Perubatan Universiti Malaya

16 Februari 2023 (Khamis),Unit Keselamatan Pesakit, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan telah dijemput oleh Jabatan Perkembangan dan Amalan Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya sebagai penceramah bagi Bengkel Root Cause Analysis (RCA). Root Cause Analysis merupakan kaedah siasatan yang digunakan bagi siasatan kes Keselamatan Pesakit bagi tujuan penambahbaikan sistem kesihatan. Bengkel ini …

Bengkel Pemerkukuhan Survelan Penjagaan Luka Peringkat Negeri Kelantan

Unit Kawalan Infeksi, 15hb Feb 2023. Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dengan kerjasama Unit Kawalan Infeksi, CKPP telah menjalankan Bengkel Pemerkukuhan Survelan Penjagaan Luka Peringkat Negeri Kelantan di Pusat Latihan Tumpat. Bengkel ini dihadiri oleh wakil Pasukan Penjagaan Luka hospital-hospital di negeri Kelantan, bertujuan untuk membincangkan pencapaian tahun tahun sebelumnya dan …

Mesyuarat bersama Penyelaras Program Keselamatan Pesakit Negeri

7 Februari 2023, Mesyuarat bersama Penyelaras Program Keselamatan Pesakit Negeri telah berlangsung di Auditorium Hospital Cyberjaya. Mesyuarat ini bertujuan bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan keselamatan pesakit dan langkah-langkah penambahbaikan program. Pelan tindakan bagi tahun 2023 telah dibentangkan oleh Ketua Unit Keselamatan Pesakit, Dr Zaleha Md Nor. Manakala penerangan carta alir …

Bengkel Survelan Penjagaan Luka Peringkat Negeri Pahang

30hb Jan 2023. Hospital Tuanku Ampuan Afzan dengan kerjasama Unit Kawalan Infeksi, CKPP telah berjaya menganjurkan Bengkel Survelan Penjagaan Luka Peringkat Negeri Pahang di Bilik Nilam Pusat Rawatan Harian HTAA. Bengkel yang dihadiri oleh wakil Pasukan Penjagaan Luka hospital-hospital di negeri Pahang ini bertujuan untuk membentangkan pencapaian penjagaan luka tahun …