Cawangan Pemakanan Keluarga

Fungsi Pemakanan Keluarga

SEKTOR PEMAKANAN IBU

PENGENALAN

HER atau Healthy Eating Responsibility for Women memberi fokus kepada pemakanan Wanita umur reproduktif (Women Reproductive Age, WRA) yang berumur di antara 15-49 tahun. Inisiatif HER ini juga dapat membantu WRA meningkatkan status kesihatan dan pemakanan bagi persediaan kehamilan dan seterusnya melahirkan generasi masa hadapan yang lebih sihat.
OBJEKTIF

1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan WRA mengenai kepentingan pengambilan makanan sihat pada      setiap kitaran hidup.
2. Membudayakan amalan pemakanan dan kesedaran kesihatan melalui pemerkasaan kendiri dan sokongan komuniti.

STRATEGI INISIATIF HER

Strategi 1: Memperkukuhkan jaringan sebaran maklumat pemakanan

WRA dengan pengetahuan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat dapat meningkatkan kualiti kenidupan mereka. WRA yang lebih sihat dapat membantu dan memberi kesan positif kepada individu lain di sekeliling mereka untuk melakukan perkara yang sama.

#HERNutrition

Strategi 2: Pemerkasaan kendiri

Saringan kesihatan berkala membantu WRA untuk lebih bersedia dan yakin memasuki fasa kehamilan dengan lebih sihat selain dapat mencegah dan mengawal masalah kesihatan yang timbul dari peringkat awal lagi.

#HERSelfcare

STRATEGI 3: Pemerkasaan komuniti

WRA akan lebih bersemangat dan komited dalam misi kekal sihat melalui sokongan persekitaran kondusif di tempat kerja, institusi pengajian mahupun komuniti setempat yang menerapkan amalan pemakanan sihat dalam kehidupan.

#HER@Work HER@Campus #HER@Community




PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nurul Zaiza Zainuddin
03-88924461

Nur Amalina Muhamad
03-88924477

Semua wanita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang lagi bernutrisi sebaik saja merancang untuk hamil dan diteruskan sepanjang kehamilan agar dapat melahirkan generasi yang sihat. Ini kerana pemakanan sihat sebelum hamil akan membekalkan simpanan nutrisi bagi keperluan pembentukan janin pada awal kehamilan. Justeru itu, setiap wanita yang merancang untuk hamil perlu mengambil berat mengenai pemakanan bagi mengurangkan risiko kesihatan semasa hamil dan seterusnya melahirkan bayi yang sihat.

Sebagai persediaan untuk hamil, wanita perlu mengambil makanan yang seimbang untuk memenuhi keperluan nutrisi badan. Selain itu, amalkan gaya hidup aktif dengan melakukan aktiviti fizikal (senaman atau bersukan), tidak merokok dan menjaga kesihatan mental. Wanita juga disarankan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui lebih lanjut status kesihatan semasa seperti tahap glukosa darah, dan status hemoglobin (Hb) darah. Status Hb ini merupakan petanda penting samada wanita mempunyai masalah anemia yang mempunyai risiko tersendiri apabila hamil.

Semasa hamil, pengambilan makanan yang penuh nutrisi dan mencukupi masih perlu diteruskan disamping mengurangkan pengambilan makanan tinggi gula, tinggi garam dan tinggi lemak.
Infografik: Amalan Pemakanan Semasa Hamil Bagi Kehamilan Yang Sihat
Peningkatan berat badan sepanjang kehamilan perlu dipantau agar memenuhi saranan ditetapkan. Peningkatan berat badan yang tidak mengikuti saranan akan menjejaskan kesihatan kepada ibu dan kandungannya.

Infografik: Saranan Peningkatan Berat Badan Sihat Semasa Hamil
Amalan pemakanan yang lebih spesifik juga perlu diikuti bagi mengatasi anemia semasa hamil seperti mengelakkan pengambilan makanan dan minuman berkafein contohnya teh dan kopi.

Tempoh setahun pertama selepas bersalin merupakan waktu kritikal bagi seorang wanita kerana ia melibatkan perubahan fisiologi badan wanita dan keperluan tenaga yang tinggi. Dalam fasa ini, wanita melalui proses pemulihan dalaman tubuh badan, tempoh berpantang, serta menjaga dan menyusukan bayi. Justeru itu wanita disarankan untuk mengambil makanan yang seimbang dan penuh nutrisi bagi memulihkan kembali kesihatan badan kepada tahap optimum.

Objektif
Tujuan Program Pemakanan Wanita Hamil dilaksanakan adalah untuk memastikan semua wanita mempunyai pengetahuan mengenai amalan pemakanan yang baik sebagai persediaan kehamilan, semasa hamil dan juga selepas bersalin. Selain itu, untuk memastikan masalah malnutrisi seperti anemia atau gangguan kekurangan iodin dapat dicegah dan juga masalah kurang atau berlebihan peningkatan berat badan semasa hamil.

Aktiviti
Di setiap daerah, terdapat Pegawai Pemakanan (nutritionist) Kementerian Kesihatan Malaysia samada di peringkat klinik atau komuniti yang akan memberi pendidikan dan bimbingan kepada masyarakat mengenai kepentingan penjagaan pemakanan bagi kehamilan yang sihat melalui aktiviti berikut:

1. Pemantauan berat badan wanita hamil di klinik kesihatan.
2. Pemberian pil zat besi (hematinik) bagi wanita hamil yang mendapatkan pemeriksaan antenatal di klinik kesihatan kerajaan.
3. Advokasi dan konsultasi pemakanan bagi persediaan kehamilan
4. Advokasi dan konsultasi pemakanan semasa hamil
5. Advokasi dan konsultasi pencegahan anemia dalam kalangan wanita hamil.
6. Advokasi dan konsultasi pengurusan berat badan wanita hamil (GWG)
7. Advokasi dan konsultasi berkenaan penjagaan pemakanan wanita selepas bersalin .
8. Demonstrasi masakan pemakanan wanita hamil.

Untuk maklumat lanjut, hubungi pegawai kami:
Nurul Zaiza Zainuddin
03-88924461
Iodin merupakan zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan manusia dalam kuantiti yang sedikit namun peranannya penting dalam proses sintesis hormon tiroid di kelenjar tiroid. Hormon ini bertanggungjawab dalam pertumbuhan, perkembangan dan kawalan proses metabolisma badan manusia di semua peringkat usia. Malah, keperluan zat iodin meningkat sebaik saja hamil. Zat iodin adalah penting dalam pembentukan otak janin terutama bagi perkembangan otak serta fungsi saraf selain bertujuan mencegah wanita hamil daripada masalah goiter dan hipotirodisme.

Pengiodinan Garam Secara Universal (Universal Salt Iodization, USI) merupakan strategi utama yang telah dicadangkan oleh WHO, UNICEF dan ICCIDD (2007) dalam menghapuskan masalah gangguan akibat kekurangan iodin (Iodine Deficiency Disorder, IDD) di peringkat populasi. Ia dilaksanakan dengan menambah zat iodin ke dalam garam yang dijual dan dipasarkan kepada masyarakat secara menyeluruh. Sehubungan itu, pada November 2018, seluruh Malaysia telah diwartakan untuk menggunakan garam beriodin secara mandatori bagi kegunaan isi rumah dan akan mula berkuatkuasa mulai 30 September 2020.

Garam kegunaan isi rumah dipilih sebagai medium untuk melaksanakan proses pengiodinan kerana:
1. Bahan makanan asas yang digunakan oleh hampir setiap lapisan masyarakat tanpa mengira status ekonomi.
2. Kos pengiodinan garam adalah lebih murah berbanding kos fortifikasi makanan yang lain.
3. Penambahan iodin tidak memberi apa-apa perubahan kepada rupa, rasa dan bau apabila digunakan dalam masakan.
4. Pengiodinan garam ini juga telah mengambil kira strategi pengurangan garam Malaysia iaitu menyarankan penggunaan garam beriodin tidak melebihi 5 gram (1sudu teh) sehari selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Objektif
Objektif Program Pengiodinan Garam Secara Universal atau dikenali sebagai USI adalah untuk mengawal dan mencegah gangguan akibat kekurangan iodin (Iodine Deficiency Disorder, IDD) terutama dalam kalangan kumpulan rentan seperti ibu hamil dan kanak-kanak.

Aktiviti
1. Advokasi kepada pengilang, peruncit dan pengguna berkaitan penggunaan dan penyimpanan garam beriodin yang betul di setiap peringkat.
2. Menjalankan latihan kepada anggota kesihatan, penguatkuasa dan lain-lain agensi yang berkaitan.
3. Menjalankan penguatkusaan di peringkat pintu masuk, kilang dan domestik.
4. Menjalankan pemantauan paras kepekatan iodin dalam urin dan garam dalam kalangan ibu hamil dan kanak-kanak sekolah
5. Menjalankan penilaian program USI secara menyeluruh untuk melihat keberkesanan dan impak kepada kesihatan masyarakat.

Untuk maklumat lanjut, hubungi pegawai kami:
Nur Amalina Muhamad
03-88924477
Bahan Penerbitan
Garis Panduan dan Manual
Garis Panduan Pelaksanaan Program Pengiodinan Garam Secara Universal di Malaysia (Universal Salt Iodization, USI)
Modul Latihan Pelaksanaan Program Pengiodinan Garam Secara Universal di Malaysia (Universal Salt Iodization, USI)
Video
Apa Itu Garam Beriodin?
Pengendalian Garam Beriodin oleh Pengeluar dan Penjual garam Beriodin
Pengendalian Garam Beriodin oleh Pengguna Garam Beriodin
Infografik
Apa Itu Zat Beriodin?
Apa Itu Garam Beriodin?
Kepentingan Iodin Kepada Ibu Hamil dan Menyusukan Bayi
Kaedah Pembungkusan dan Pelabelan Garam Beriodin
Kaedah Penyimpanan Garam Beriodin Di Setiap Peringkat
Cara Pemilihan Garam Beriodin Semasa Pembelian Di Kedai
Cara Penyimpanan Garam Beriodin Di Rumah
Cara Memasak Menggunakan Garam Beriodin

Pengenalan

Kursus ini dibangunkan di bawah platform E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) kendalian pihak Institut Tadbir Negara (INTAN). Kursus ini merupakan modul khas terbuka hanya kepada anggota kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Objektif

Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan anggota kesihatan berkaitan pengurusan pemantauan peningkatan berat badan wanita hamil (GWG) menggunakan kriteria IOM 2009 yang telah digunakan di semua klinik kesihatan semenjak tahun 2021.

Untuk Siapa?

Peserta bagi kursus ini adalah terdiri daripada Pegawai Perubatan, Pegawai Sains Pemakanan, Jururawat Terlatih dan Pelatih Pos Basik. Walau bagaimanapun lain-lain anggota kesihatan KKM dialu-alukan untuk menghadiri kursus ini bagi menambah ilmu pengetahuan berkaitan.

Tatacara pendaftaran kursus EZA 0290

  1. Anggota hendaklah mempunyai akaun untuk akses ke laman sesawang EPSA terlebih dahulu. Jika masih belum mempunyai akaun EPSA, sila daftar di  https://www.epsa.gov.my/

  2. Anggota hendaklah mengisi borang pendaftaran bagi mengikuti kursus ini yang akan dibuka mengikut masa ditetapkan.  Sila daftar di https://bit.ly/EPSAGWGSESI2024

  3. Seterusnya anggota boleh mula mengikuti kursus di laman sesawang EPSA. Rujuk katalog dan masukkan kata kunci ‘GWG’ untuk ke halaman kursus ini. Kursus akan dibuka selama 3 bulan untuk setiap sesi.

  4. Sijil akan diberi secara auto-generate ke emel peserta oleh pihak INTAN setelah selesai mengikuti semua modul dan menjawab semua soalan kuiz yang terdapat dalam modul kursus ini.

  5. Hantarkan sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran kursus di emel maternalnutritionmoh@gmail.com

  6. Sekiranya terdapat masalah berkaitan pendaftaran masuk ke laman sesawang EPSA, sijil dan lain-lain, sila hubungi pihak EPSA di talian 03-20847689 atau emel esupport@intanbk.intan.my

 

PENGUMUMAN PENTING KURSUS 

EPSA GWG SESI 2/2024

SESI PENDAFTARAN KURSUS: 1 Julai – 31 Julai 2024 (Sila daftar di https://bit.ly/EPSAGWGsesi2)

SESI KURSUS DIBUKA: 15 Ogos - 31 Disember 2024

 

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI
Puan Nurul Zaiza Zainuddin
Penolong Pengarah Kanan, C44
03-88924461
nzaiza@moh.gov.my

 

 


Pengenalan

Pengenalan Kursus ini dibangunkan di bawah platform E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) kendalian pihak Institut Tadbir Negara (INTAN). Kursus ini merupakan modul terbuka kepada semua penjawat awam. Objektif Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan penjawat awam terutama wanita dalam amalan pemakanan dan gaya hidup sihat. Ini merupakan salah satu aktiviti dibawah Inisiatif Healthy Eating Responsibility for Women atau dikenali dengan singkatan HER sebagai usaha pemerkasaan wanita dalam meningkatkan status pemakanan wanita agar dapat meningkatkan taraf kesihatan mereka.

SEKTOR PEMAKANAN BAYI DAN KANAK-KANAK BAWAH 5 TAHUN

Penyusuan Susu Ibu dan Makanan Pelengkap

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur dan melaksanakan pelbagai strategi dalam mempromosikan penyusuan susu ibu. Salah satu strategi untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia adalah melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi.

Inisiatif Hospital Rakan Bayi adalah merupakan satu inisiatif global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang bertujuan untuk memastikan setiap bayi mendapat permulaan kehidupan yang terbaik melalui persekitaran yang menyokong penyusuan susu ibu. Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI) telah dilancarkan pada tahun 1991. Sehingga kini lebih daripada 20,000 hospital di seluruh dunia telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi. Malaysia telah melaksanakan inisiatif ini semenjak daripada tahun 1993. Pada tahun 1998, Malaysia telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai negara ketiga di dunia mempunyai 100% hospital kerajaan yang diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi.

Untuk mendapat pengiktirafan Sebagai Hospital Rakan Bayi, hospital perlu melaksanakan 10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya menggunakan WHO/UNICEF Baby-Friendly Hospital Initiative Global Criteria. 10 Langkah ini merupakan kriteria yang telah ditetapkan pada tahun 1989 dalam pelaksanaan Hospital Rakan Bayi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Children Fund). 10 langkah tersebut adalah seperti berikut:

Langkah 1:
Mempunyai polisi bertulis penyusuan susu ibu yang disampaikan kepada semua anggota kesihatan secara berkala.

Langkah 2:
Melatih semua anggota kesihatan dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.

Langkah 3:
Memberitahu semua ibu hamil tentang kebaikan susu ibu dan pengurusan penyusuan susu ibu.

Langkah 4:
Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran. Bayi menerima sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran untuk sekurang-kurangnya 1 jam. Bantu ibu untuk mengenal pasti tanda-tanda bayi mahu menyusu dan berikan bantuan sekiranya perlu.

Langkah 5:
Memberi tunjuk ajar kepada ibu-ibu cara menyusu dan mengekalkan penyusuan walaupun mereka terpisah daripada bayi.

Langkah 6:
Tidak memberikan bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.

Langkah 7:
Mengamalkan pendekatan ibu bersama bayi setiap masa (rooming-in) dengan memastikan ibu dan bayi bersama-sama selama 24 jam sehari.

Langkah 8:
Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi (on demand) atau dorongan bayi (baby-led feeding) atau apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cues).

Langkah 9:
Tidak memberikan puting tiruan atau puting kosong kepada bayi yang menyusu susu ibu.

Langkah 10:
Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar dari hospital atau klinik.

United Nation Children Fund (UNICEF) dan World Health Organization (WHO) telah mengemas kini kriteria global iaitu 10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya di mana aspek pematuhan Tata Etika, sokongan kepada ibu-ibu yang tidak menyusukan anak dengan susu ibu, amalan mesra ibu (Mother Friendly Care) dan Pemakanan Bayi HIV (HIV and infant feeding) di ambil kira dalam pelaksanaan kriteria global tersebut.

Objektif
Hospital Rakan Bayi dibentuk untuk melindungi, mempromosi dan menyokong Penyusuan Susu Ibu iaitu dengan :-
1. Mewujudkan sebuah persekitaran yang menyokong ibu-ibu bagi menyusukan anaknya dengan susu ibu.
2. Menyediakan sebuah perkhidmatan yang membantu ibu menyusukan anaknya.
3. Menjalankan polisi yang melindungi penyusuan susu ibu.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi:
Rashadiba Binti Ibrahim @ Rahman
rashadiba@moh.gov.my
03 – 88924453

Nur Azlina bt Abdul Aziz
nur_azlina@moh.gov.my
03 – 88924471
Senarai Hospital Kerajaan dan Swasta yang diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi 2022
Pelaksanaan Klinik Rakan Bayi (KRB) adalah salah satu usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mempromosi, melindungi dan menyokong penyusuan susu ibu di kemudahan kesihatan yang memberikan perkhidmatan kesihatan kepada ibu dan anak (Klinik Kesihatan, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak dan Klinik Desa) di seluruh Negara. Ia juga merupakan kesinambungan daripada Pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi di hospital.

Klinik Rakan Bayi bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan dan persekitaran yang mempromosi dan menyokong amalan penyusuan susu ibu. Penubuhan ini merupakan salah satu strategi KKM untuk menggalakkan ibu-ibu untuk menyusukan bayi mereka dengan susu ibu secara eksklusif sejak lahir sehingga 6 bulan pertama dan meneruskannya sehingga bayi berumur 2 tahun.

Sesebuah Klinik Rakan Bayi perlu melaksanakan Sembilan Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya Di Peringkat Klinik yang telah diubah suai daripada The Seven Point Plan for Sustaining Breastfeeding in Community, UNICEF UK Baby Friendly Initiative (Revised, September 2008).

Sembilan Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya Di Peringkat Klinik adalah seperti berikut :

Langkah 1:
Mempunyai polisi penyusuan susu ibu secara bertulis yang menerangkan dengan jelas mengenai galakan, sokongan dan perlindungan kepada penyusuan susu ibu.

Langkah 2:
Melatih semua anggota kesihatan yang terlibat dalam perkhidmatan kesihatan ibu dan anak dengan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.

Langkah 3:
Memberitahu semua ibu hamil mengenai kebaikan penyusuan susu ibu dan cara pengurusannya.

Langkah 4:
Memberi tunjuk ajar kepada ibu-ibu cara menyusu dan mengekalkan penyusuan walaupun mereka terpisah dengan bayi.

Langkah 5:
Menggalakkan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan dan penyusuan mengikut kehendak bayi (on demand), dorongan bayi (baby-led feeding) atau apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cues).

Langkah 6:
Menyediakan ruang dan kemudahan yang sesuai untuk ibu-ibu menyusu.

Langkah 7:
Membuat lawatan ke rumah untuk memberikan bantuan berkaitan penyusuan susu ibu selepas kelahiran dilaporkan di klinik kesihatan.

Langkah 8:
Menubuh atau mengukuhkan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu dan merujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini untuk membantu mereka dalam penyusuan susu ibu.

Langkah 9:
Semua anggota kesihatan perlu mematuhi Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan.
Semua kemudahan kesihatan yang memberikan perkhidmatan kesihatan kepada ibu dan anak (Klinik Kesihatan, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak dan Klinik Desa) di seluruh Negara adalah disasarkan untuk diiktiraf sebagai Klinik Rakan Bayi.


Objektif Am
Memastikan perkhidmatan serta persekitaran di klinik menyokong, melindungi dan mempromosi penyusuan susu ibu.

Objektif Khusus
1. Memastikan pihak klinik melaksanakan Sembilan Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya Di Peringkat Klinik.
2. Memastikan semua anggota kesihatan yang memberikan perkhidmatan kepada ibu dan anak adalah dilatih dalam pengurusan penyusuan susu ibu.
3. Memastikan semua anggota kesihatan memberikan khidmat nasihat, tunjuk ajar dan merujuk mereka kepada kumpulan 4. sokongan di peringkat komuniti.
5. Memastikan pihak klinik menyediakan ruang yang sesuai atau selesa untuk ibu-ibu menyusu di klinik kesihatan.
6. Memastikan semua anggota kesihatan mematuhi Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan.

Aktiviti
1. Pemantauan Dalaman Pelaksanaan Klinik Rakan Bayi
2. Pengiktirafan Klinik Rakan Bayi
3. Penilaian Semula Klinik Rakan Bayi

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi:
Puan Rashadiba Ibrahim @ Rahman
rashadiba@moh.gov.my
03-8892 4453


Puan Azura bt Abdullah
azura.abdullah@moh.gov.my
03-88924479
Penyusuan susu ibu adalah merupakan satu-satunya makanan kepada bayi dari lahir sehingga berumur enam bulan. Makanan pelengkap dimulakan pada usia bayi berumur enam bulan. Sehubungan itu, promosi penyusuan susu ibu merupakan salah satu aspek penting dalam konteks pemakanan bayi dan kanak-kanak serta dalam mempromosikan penyusuan susu ibu.

Promosi penyusuan susu ibu merupakan usaha penting Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha untuk meningkatkan amalan penyusuan susu ibu di kalangan para ibu di Malaysia. Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia menyatakan “Semua Ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun”. Sebagai usaha untuk memastikan bahawa setiap bayi yang lahir diberi susu ibu sahaja dari lahir sehingga umurnya mencapai enam bulan, peratus bayi pada umur enam bulan yang menyusu susu ibu secara ekslusif dipantau secara berterusan di klinik kesihatan yang menyediakan perkhidmatan ibu dan anak di seluruh Negara.

Pelbagai medium yang digunakan dalam mempromosikan penyusuan susu ibu, antaranya adalah melalui media massa, kemudahan kesihatan, pertubuhan masyarakat setempat dan bermacam-macam lagi. Aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah mengikut keadaan semasa bagi memastikan promosi penyusuan susu ibu berkesan kepada semua lapisan ibu di Negara kita tanpa mengira adat, bangsa, agama dan sosio ekonomi mereka. Ini adalah penting bagi memastikan para ibu merasakan tiada halangan bagi mereka untuk menyusukan bayi mereka tanpa mengira apa jua keadaan pun.

• Mempromosikan penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu di seluruh Negara.
• Memberi pengetahuan kepada para ibu tentang kebaikan dan kepentingan penyusuan susu ibu kepada ibu dan anak.
• Memberi pengetahuan kepada para ibu tentang teknik-teknik penyusuan yang berkesan.
• Memberi pengetahuan kepada ibu tentang kepentingan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi (on-demand) atau dorongan bayi (baby-led feeding) atau apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cues).
• Memberi pengetahuan kepada para ibu bagaimana untuk mengekalkan penyusuan susu ibu sekiranya berjauhan dari anak.


Aktiviti
1. Promosi penyusuan susu ibu di media massa
• Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia (1 hingga 7 Ogos)

2. Promosi penyusuan susu ibu di kemudahan kesihatan
• Pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI)
• Perlaksanaan Inisiatif Klinik Rakan Bayi (KRB)
• Perlaksanaan pemantauan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan
• Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu (1 hingga 7 Ogos)
• Latihan penyusuan susu ibu kepada anggota kesihatan
• Kemudahan fasiliti untuk menyusukan – Bilik Penyusuan
• Pameran dan aktiviti-aktiviti tentang Penyusuan Susu Ibu
• Pendidikan penyusuan kepada ibu hamil dan ibu postnatal
• Ceramah penyusuan kepada ibu hamil dan ibu postnatal
• Kaunseling penyusuan kepada para ibu
• Pengedaran bahan pendidikan penyusuan kepada para ibu

3. Promosi penyusuan susu ibu melalui masyarakat setempat :
• Penubuhan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi:
Rashadiba Binti Ibrahim @ Rahman
rashadiba@moh.gov.my
03 – 88924453

Nur Azlina bt Abdul Aziz
nur_azlina@moh.gov.my
03 – 88924471
PROMOSI PENYUSUAN SUSU IBU DI MEDIA MASSA : SLOT BELLA
PROMOSI PENYUSUAN SUSU IBU DI KEMUDAHAN KESIHATAN
PROMOSI PENYUSUAN SUSU IBU : SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU PERINGKAT KEBANGSAAN
Muat turun Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu
Muat turun Action Folder Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2021(BM)
Muat turun Action Folder World Breastfeeding Week 2021(English)
Pemakanan yang mencukupi adalah kritikal bagi kesihatan dan perkembangan kanak-kanak. Tempoh dari lahir sehingga berumur dua tahun adalah penting kerana pertumbuhan dan perkembangan fizikal sedang berlaku. Amalan pemakanan yang tidak sempurna merupakan penyumbang kepada masalah pemakanan seperti kekurangan zat makanan atau kegemukan. Oleh itu, promosi bagi pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil adalah penting bagi mendapatkan amalan pemakanan optima di kalangan bayi dan kanak-kanak kecil.

Bagi mencapai pertumbuhan dan tumbesaran yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak kecil, semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya shinga mencapai umur dua tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan. Makanan pelengkap merupakan makanan yang sesuai sebagai tambahan kepada susu ibu, rumusan bayi atau rumusan susulan untuk bayi dari umur enam bulan sehingga 24 bulan seperti makanan pejal, separa pejal dan lembut yang diberi kepada bayi. Ini termasuk kanji, bubur, bijirin komersial, biskut, buah-buahan dan lain-lain.

Objektif
1.Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan tentang pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil.
2. Untuk menyediakan panduan teknikal pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil kepada profesional kesihatan dan semua yang terlibat dengan penjagaan bayi dan kanak-kanak kecil.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Rashadiba Binti Ibrahim @ Rahman
rashadiba@moh.gov.my
03 – 88924453

Wan Fazlily Binti Wan Mahmud
fazlily@moh.gov.my
03 – 88924509
Bahan Advokasi Pendidikan Penyusuan Susu Ibu dan Pemakanan Kanak-Kanak
Muat turun Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-Kanak Kecil
Klik untuk muat turun Bahan Advokasi Pendidikan Penyusuan Susu Ibu dan Pemakanan Kanak-Kanak (Buku Rekod Kesihatan)

Advokasi dan Pemulihan Pemakanan Kanak-Kanak Bawah 5 Tahun

Pengenalan
Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan (PPKZM) telah dilancarkan pada tahun 1989 sebagai usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan status pemakanan kanak-kanak berusia 6 bulan hingga bawah 6 tahun daripada keluarga miskin tegar merujuk kepada Paras Garis Kemiskinan 2009. Dalam program ini, kanak-kanak yang memenuhi kriteria kelayakan diberi bantuan makanan untuk membantu mereka memperolehi makanan yang seimbang dan berkhasiat, supaya dapat mencapai pertumbuhan fizikal dan mental yang optima.Kanak-kanak yang terbabit juga akan diberi rawatan sekiranya menghidap sebarang penyakit, imunisasi, pendidikan kesihatan dan jagaan kesihatan serta pengawasan yang rapi.

Objektif
Program PPKZM ini adalah bertujuan untuk meningkatkan status pemakanan kanak-kanak yang berumur di antara 6 bulan hingga bawah 6 tahun yang mengalami masalah kurang berat badan (KBB) sehingga dapat mencapai berat badan yang memuaskan

Pencapaian
Sepanjang lebih dua dekad program intervensi ini dilaksanakan, seramai 213, 558 orang kanak-kanak dalam kalangan miskin tegar, miskin dan mudah miskin telah menerima manfaat daripada bantuan bakul makanan ini. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM255.9 juta bagi memastikan usaha meningkatkan status pemakanan kanak-kanak ini dapat dilaksanakan.

Berdasarkan kajian penilaian program PPKZM bertajuk “An Evaluation Of The Programme For The Rehabilitation Of Undernourished Children From Hard-Core Poor Households” yang telah dijalankan pada tahun 2003, mendapati sebanyak 90% pelaksanaan program ini telah sampai kepada kumpulan sasaran iaitu kanak-kanak kekurangan zat makanan (KZM). Manakala, sebanyak 76% kes menunjukkan peningkatan berat badan. Melalui kajian rintis penilaian keberkesanan PPKZM yang telah dilaksanakan di Kelantan pada tahun 2006-2007 juga turut mendapati bahawa status pemakanan dan pengambilan nutrien kanak-kanak di bawah program semakin meningkat.

Program ini terbukti berkesan apabila peratus kanak-kanak pulih daripada program semakin meningkat iaitu sebanyak 8.5% pada tahun 1994 kepada 53.7% pada tahun 2015. Kejayaan ini ternyata memberi impak terhadap kesan sosio ekonomi keluarga tersebut dimana mereka turut dirujuk kepada agensi-agensi yang berkaitan bagi mendapatkan bantuan dan khidmat sokongan yang berada di luar bidang kuasa Kementerian Kesihatan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Wan Fazlily Binti Wan Mahmud
fazlily@moh.gov.my
03 – 88924509
Muat turun Garis Panduan Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan
Pengenalan
Program Community Feeding ini dilaksanakan melalui aktiviti pemberian makanan tambahan, Ready to Use Therapeutic Food (RUTF), dan bantuan bakul makanan yang sedia ada. Selain itu, program ini juga memperkasakan komuniti setempat melalui penglibatan sukarelawan bagi membantu pelaksanaan program. Program ini dijalankan di kawasan pedalaman yang mempunyai kes-kes kekurangan zat makanan yang tinggi di kalangan kanak-kanak Orang Asli/ Pribumi. Inisiatif ini adalah hasil kejayaan pelaksanaan Program Community Feeding yang telah dijalankan sebelum ini di Pos Kemar, Daerah Hulu Perak, Perak.

PCF dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2013 -2018 di pedalaman Orang Asli di Negeri Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Batang Padang), Pahang (Jerantut, Lipis, Cameron Highland dan Rompin) dan Kelantan (Gua Musang) dan jumlah keseluruhan PCF adalah 43 buah.

Objektif Am
Untuk meningkat dan mengekalkan status pemakanan kanak-kanak Orang Asli/ Pribumi yang berumur di antara 6 bulan hingga 6 tahun.

Objektif Khusus
• Untuk memastikan ≥95.0% kes kanak-kanak kekurangan zat makanan Orang Asli/ Pribumi diliputi di lokaliti di mana Program Community Feeding dilaksanakan.
• Untuk memulihkan ≥25.0% kes kanak-kanak kekurangan zat makanan Orang Asli/ Pribumi selepas 6 bulan berada dalam Program Community Feeding.
• Untuk mengekalkan status pemakanan normal kanak-kanak Orang Asli/ Pribumi sepanjang berada dalam Program Community Feeding.

Kumpulan Sasar
Kanak-kanak Orang Asli/ Pribumi berumur di antara 6 bulan hingga 6 tahun yang tinggal di lokaliti terpilih yang mengalami masalah kekurangan zat makanan dan berat badan normal.

Aktiviti
Program Community Feeding ini dijalankan oleh anggota kesihatan dengan bantuan sukarelawan yang terdiri daripada masyarakat Orang Asli/ Pribumi setempat yang telah dilatih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Aktiviti yang dijalankan bagi kanak-kanak 6 bulan sehingga 6 tahun di lokaliti PCF adalah pemberian bahan makanan tambahan (susu, makanan berasaskan karbohidrat dan protein dan multivitamin) 5 kali seminggu, pemberian ready to use therapeutic food (RUTF) bagi kanak-kanak yang mengalami masalah kurang zat makanan (KZM) dan program memperkasakan kesihatan komuniti. Kanak-kanak yang mematuhi kriteria yang digariskan di bawah Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan (PPKZM) akan didaftarkan.

Kesimpulan
Program Community Feeding ini adalah salah satu program yang dapat meningkatkan status berat badan kanak-kanak yang mengalami masalah Kekurangan Zat Makanan (KZM) di kalangan kanak-kanak Orang Asli/ Pribumi. Pemberian makanan secara aktif (active-feeding) dalam jangka masa tertentu sememangnya dapat membantu dalam meningkatkan berat badan dan taraf pemakanan kanak-kanak yang mengalami masalah KZM. Oleh itu program sebegini perlu diteruskan bagi memastikan taraf pemakanan kanak-kanak Orang Asli/ Pribumi adalah terjamin.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Nur Azlina bt Abdul Aziz
nur_azlina@moh.gov.my
03 – 88924471
Muat turun Garis Panduan Program Community Feeding

SEKTOR PEMAKANAN KANAK-KANAK DAN REMAJA

Advokasi & Pemulihan Pemakanan Kanak-Kanak dan Remaja

Pengenalan
Pemakanan adalah komponen penting untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan yang optimum bagi kanak-kanak. Amalan pemakanan yang sihat yang diterapkan sejak usia muda akan mempengaruhi corak dan status pemakanan kanak-kanak apabila dewasa kelak.

Kanak-kanak yang dihantar ke tabika/ prasekolah menghabiskan sebahagian masa mereka di sini. Oleh itu, tabika/ prasekolah merupakan institusi penting dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan optimum kanak-kanak. Selain itu, amalan makan secara sihat yang dipupuk di tabika/ prasekolah sejak kecil dapat membantu kanak-kanak mengamalkannya sehingga ke peringkat dewasa. Guru dan pengendali makanan tabika/ prasekolah turut memainkan peranan yang penting dalam memastikan kanak-kanak yang berada di tabika/ prasekolah memperoleh makanan yang berkhasiat dan memenuhi keperluan mereka.

Objektif
• Menyediakan menu sihat di tabika/ prasekolah.
• Meningkatkan pengetahuan pemakanan mengikut kumpulan sasar seperti kanak-kanak, ibu bapa, guru dan pengendali makanan tabika/ prasekolah.
• Meningkatkan kemahiran penyediaan makanan sihat melalui latihan/ kursus yang diberi kepada ibu bapa, guru dan pengendali makanan tabika/ prasekolah.
• Menilai taraf pemakanan kanak-kanak tabika/ prasekolah.

Promosi Pemakanan Sihat Murid Tabika/ Prasekolah dan Sekolah
Selaras dengan strategi yang telah digariskan di dalam Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia 2016-2025 (NPANM III), pelbagai aktiviti telah dijalankan dan pelbagai bahan pendidikan pemakanan sihat telah dibentuk. Tujuan promosi pemakanan sihat ini dijalankan adalah untuk menggalakkan amalan pemakanan sihat di kalangan murid, ibu bapa serta warga prasekolah/ tabika dan sekolah.

Antara aktiviti promosi pemakanan yang dijalankan adalah melalui ceramah, bimbingan, latihan, bengkel dan seminar yang disasarkan kepada murid, ibu bapa, guru serta warga prasekolah/ tabika dan sekolah. Selain itu, pelbagai bahan pendidikan pemakanan telah dihasilkan berbentuk infografik, risalah, poster, lembaran aktiviti, video animasi, apron sistem pencernaan manusia (alat bantu mengajar) dan permainan interaktif untuk digunakan di prasekolah/ tabika dan sekolah.

Kesemua bahan tersebut telah dihebahkan melalui media sosial serta turut diedarkan ke semua Jabatan Kesihatan Negeri dan agensi yang berkaitan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Pertanyaan lanjut:

Tabika/ Prasekolah
Encik Mohd Al-Saufreen Akhiruddin
03-88924507
saufreen@moh.gov.my

Sekolah Rendah
Encik Mohd Shah b Kamarudin
03-88924509
mohd.shah@moh.gov.my

Sekolah Menengah
Cik Umadevi Nadarajah
03-88924467
uma_devi@moh.gov.my

Bahan Terbitan
1. Modul Latihan Penyediaan Makanan di Taska, Tabika dan Prasekolah
2. Bahan-bahan lain sila rujuk di Promosi Pemakanan Sihat Murid Tabika/ Prasekolah dan Sekolah
Infografik
• Kunci Pemakanan Sihat
• Hidangan untuk Si Manja
• Snek Sihat untuk Si Manja
• Awasi Waktu Makan Anak Anda
• Ketahui Apa yang Anak Anda Makan
• Anak Cerewet Makan Sayur
• Jadilah Ibu Bapa yang Kreatif
• Berikan Anak Anda Susu atau Produk Tenusu Setiap Hari
• Ketahui Saiz Hidangan Buah untuk Anak Anda
• Ketahui Kebaikan Air Kosong kepada Anak Anda
• Air Kosong
• Kepentingan Minum Susu
• Terapkan Amalan Pemakanan Sihat
• Kepentingan Sarapan Pagi
• 5 Makanan Tinggi Kalori
• 500kcal Banyak Mana Tu
• Berapa Jumlah Yang Saya Boleh Makan Sehari
• Langkau Waktu Makan
Lembaran Aktiviti
• Makanan Sumber Kalsium
• Bijak Berbelanja
Risalah
• Jagalah Badan
Poster
• Hidup Aktif Badan Sihat
• Jauhi Makanan Ini kerana…Elakkan Makanan Ringan & Makanan Segera!
• Jika Saya Makan Secara Tidak Sihat…
• Jika Saya Tidak Makan Makanan Berkhasiat…
• Makan Buah & Sayur Pelbagai Warna Setiap Hari!
• Apa Itu Snek?
Video
• Animasi Jom Minum Air Kosong
• Animasi Sarapan Sihat
• Animasi Makanan Berkhasiat
Permainan Interaktif
• Double 2 R
Pengenalan
Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat yang telah diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011 telah disemak semula pada tahun 2016. Semakan ini menjadikan hanya dua kategori penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah iaitu makanan dan minuman yang boleh dijual dan dilarang dijual.

Sehubungan itu, bermula 2017, aktiviti pemantauan penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah telah dijalankan berpandukan senarai makanan dan minuman yang baharu. Pemantauan dijalankan secara berkala dan bimbingan secara berterusan diberikan kepada pengusaha kantin oleh Pegawai Sains (Pemakanan). Aktiviti ini
dijalankan bagi memastikan murid mendapat pendedahan awal ke arah pemilihan makanan dan minuman yang berkhasiat seterusnya menyediakan persekitaran yang menyokong amalan makan secara sihat dalam kalangan warga sekolah.

Objektif
1. Menyediakan persekitaran yang menyokong amalan makanan secara sihat di kalangan warga sekolah yang terdiri daripada murid, guru, penjawat awam sekolah dan pengusaha serta pekerja kantin.
2. Menilai tahap kepatuhan penjualan makanan dan minuman yang boleh dan dilarang dijual di kantin sekolah.
3. Meningkatkan tahap kefahaman dan kemahiran pengusaha dan pekerja kantin dalam penyediaan dan penjualan makanan secara sihat.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Puan Fadwa Ali
03-88924469
fadwa@moh.gov.my

Cik Umadevi Nadarajah
03-88924467
uma_devi@moh.gov.my
Pengenalan
Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS) adalah salah satu aktiviti promosi pemakanan sihat yang disasarkan untuk murid. Program ini merupakan hidangan pakej makanan berkhasiat yang terdiri daripada makanan utama seperti mi goreng yang dihidang bersama sumber protein, sayur-sayuran dan buah-buahan. Ianya memenuhi keperluan kalori dan nutrien murid mengikut waktu rehat di sekolah. Senarai menu hidangan berkhasiat bagi satu bulan disediakan oleh Pegawai Pemakanan, supaya murid-murid dapat menikmati hidangan yang berlainan setiap hari.

Objektif
1. Untuk memastikan murid mendapat hidangan berkhasiat mengikut keperluan mereka.
2. Untuk meningkatkan pengetahuan dan amalan makan secara sihat di kalangan murid.
3. Untuk menyediakan persekitaran yang membantu amalan makan secara sihat di sekolah.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Puan Fadwa Ali
03-88924469
fadwa@moh.gov.my

SENARAI SEKOLAH YANG MENYERTAI PROGRAM HIDANGAN BERKHASIAT DI SEKOLAH (HITS) SEHINGGA OKTOBER 2020
1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
• Sekolah Kebangsaan Sentul 1
• Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara

2. Wilayah Persekutuan Putrajaya
• Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1)
• Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 (1)
• Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1)

3. Selangor
• Sekolah Kebangsaan Cyberjaya, Sepang

4. Negeri Sembilan
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kuo Min, Seremban
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kampung Bahru Mambau, Seremban
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sin Min Kuala Sawah, Rantau
• Sekolah Kebangsaan Dato Abdul Manaf, Nilai

5. Johor
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chin Kwang Wahyu, Muar
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Hwa Ming, Muar
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa 1A, Muar
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pu Nan, Muar
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kepong, Muar
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Soon Mong, Muar
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) San Chai, Muar
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa 1B, Muar
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chi Sin, Muar
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sin Ming, Muar
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Ketiga, Muar
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C ) Yok Eng Pt Keroma, Muar
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yu Jern, Muar
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sing Hwa, Muar
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chian Kuo, Tangkak
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kung Yu, Tangkak
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Hwa, Tangkak
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nan Hwa, Tangkak
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Eng, Tangkak
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, Sungai Sendok
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khay Hian, Tangkak
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) San Yu, Tangkak
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yong Peng 2, Batu Pahat
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sulong, Batu Pahat
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ai Chun 1, Batu Pahat
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chern Hwa Bukit Pasir, Batu Pahat
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Panchor, Batu Pahat
• Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Seri Pelangi, Batu Pahat
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Hwa Segenting, Batu Pahat
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Hwa Senggarang, Batu Pahat
• Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Yong Peng 1,Batu Pahat
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Chun, Semerah, Batu Pahat
• Sekolah Jenis Kebangsaan(C) Ai Chun 2, Batu Pahat
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Hwa Rengit, Batu Pahat
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Sun, Pagoh
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Sun, Pagoh
• Sekolah Kebangsaan Taman Kota Kulai 2, Kulai
• Sekolah Kebangsaan Senibong, Johor Bahru
• Sekolah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bahru
• Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Dahlia, Johor Bahru
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 4,Johor Bahru

6. Kedah
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Hwa Min Lunas, Kulim
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Keat Hwa K, Kota Setar
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Eik Choon, Kota Setar

7. Pulau Pinang
• Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya, Seberang Perai Tengah
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Keow Kuang, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Teik, Daerah Barat Daya
• Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam, Daerah Seberang Perai Utara
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Wen Khai, Daerah Barat Daya
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Mak Mandin, Daerah Seberang Perai Utara
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Convent Datuk Keramat, Daerah Timur Laut

8. Melaka
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sin Wah, Durian Tunggal, Alor Gajah

9. Terengganu
• Sekolah Kebangsaan Sungai Las, Setiu
• Sekolah Kebangsaan Seri Langkap, Setiu
• Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kuala Kemaman, Kemaman
• Sekolah Kebangsaan Lubuk Periuk, Hulu Terengganu

10. Perak
• Sekolah Kebangsaan Matang Gerdu, Kerian

11. Perlis
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khoon Aik, Kangar
• Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah

12. Sabah
• Sekolah Kebangsaan Bawang, Tuaran

13. Labuan
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, Labuan

14. Pahang
• Sekolah Kebangsaan Kempadang, Kuantan

Jumlah Negeri : 14 buah negeri
Jumlah Sekolah : 72 buah sekolah
Jumlah Penyertaan : 18,138 orang murid
Muat turun Garis Panduan Pelaksanaan Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS)
Pengenalan
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyemak semula Menu Makanan Asrama Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai rujukan pihak bertanggungjawab di dalam menyediakan hidangan berkhasiat kepada murid asrama. Pada tahun 2018, aktiviti pemantauan hidangan sihat di asrama sekolah telah dijalankan dan bimbingan telah diberikan secara terus kepada Kontraktor Asrama oleh Pegawai Sains (Pemakanan) dalam memastikan kebolehdapatan makanan dan minuman yang berkhasiat di dewan makan sekolah.

Sehubungan itu, satu borang pemantauan juga telah dibentuk bagi membantu Pegawai Sains (Pemakanan) memantau tahap penyediaan dan penghidangan sihat seperti yang disarankan dalam Dokumen Standard Menu Makanan Asrama.

Objektif
1. Meningkatkan tahap kefahaman dan kemahiran pengendali makanan dalam penyediaan makanan secara sihat.
2. Menyediakan persekitaran yang menyokong amalan makan secara sihat di kalangan murid, pengendali makanan, kontraktor makanan dan penyelia asrama.
3. Menilai tahap penyediaan dan penghidangan makanan sihat di dewan makan asrama sekolah.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Cik Umadevi Nadarajah
03-88924467
uma_devi@moh.gov.my
Pengenalan
Selaras dengan strategi yang telah digariskan di dalam Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia 2016-2025 (NPANM III), pelbagai aktiviti telah dijalankan dan pelbagai bahan pendidikan pemakanan sihat telah dibentuk. Tujuan promosi pemakanan sihat ini dijalankan adalah untuk menggalakkan amalan pemakanan sihat di kalangan murid, ibu bapa serta warga prasekolah/ tabika dan sekolah.

Antara aktiviti promosi pemakanan yang dijalankan adalah melalui ceramah, bimbingan, latihan, bengkel dan seminar yang disasarkan kepada murid, ibu bapa, guru serta warga prasekolah/ tabika dan sekolah. Selain itu, pelbagai bahan pendidikan pemakanan telah dihasilkan berbentuk infografik, risalah, poster, lembaran aktiviti, video animasi, apron sistem pencernaan manusia (alat bantu mengajar) dan permainan interaktif untuk digunakan di prasekolah/ tabika dan sekolah.

Kesemua bahan tersebut telah dihebahkan melalui media sosial serta turut diedarkan ke semua Jabatan Kesihatan Negeri dan agensi yang berkaitan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Tabika/ Prasekolah
Encik Mohd Al-Saufreen Akhiruddin
03-88924507
saufreen@moh.gov.my

Sekolah Rendah
Puan Fadwa Ali
03-88924469
fadwa@moh.gov.my

Sekolah Menengah
Cik Umadevi Nadarajah
03-88924467
uma_devi@moh.gov.my

SEKTOR PEMAKANAN DEWASA DAN WARGA EMAS

Advokasi & Pemulihan Pemakanan Dewasa dan Warga Emas

Amalan makan di luar sudah sinonim dengan masyarakat Malaysia. Ini disebabkan faktor kekangan masa dan tuntutan kerja yang mendorong masyarakat untuk membeli makanan di luar, sama ada di kedai makan, gerai atau restoran.

Namun, kekurangan premis makanan yang menawarkan pilihan makanan yang lebih sihat, bersih dan selamat merupakan salah satu cabaran kepada masyarakat untuk mengamalkan makan secara sihat.

Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia mengiktiraf kafeteria atau premis makanan yang memenuhi kriteria pemakanan sihat dan keselamatan makanan yang ditetapkan. Ini bagi mengalakkan lebih banyak premis makanan yang menghidangkan pilihan makanan yang lebih sihat kepada masyarakat ketika makan di luar.

Objektif :
• Membantu masyarakat mengamalkan makan secara sihat.
• Membantu pengusaha menyediakan pilihan makanan yang lebih berkhasiat, bersih dan selamat kepada pelanggan.
• Membantu pengusaha menyediakan pilihan makanan yang lebih berkhasiat, bersih dan selamat kepada pelanggan.

Komponen Penilaian :
• Bagi mendapatkan pengiktirafan Kafeteria Sihat, komponen utama yang perlu dipatuhi adalah :
• Komponen Keselamatan dan Kualiti Makanan
• Komponen Pemakanan Sihat

Bimbingan teknikal secara percuma akan diberikan oleh KKM kepada pengusaha makanan yang berminat dan layak sehingga pengiktirafan tersebut diperoleh.

Cara Memohon :

Sila hubungi Jabatan Kesihatan Negeri. 
Klik pautan bagi maklumat Pegawai Sains Pemakanan Negeri
Muat turun Senarai Kafeteria yang telah mendapat Pengiktirafan Kafeteria Sihat di seluruh Malaysia

Bahan Penerbitan

Panduan Pengiktirafan Kafeteria Sihat

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Puan Nadrah Binti Mohamad Hafizoo
nadrah.hafizoo@moh.gov.my
03-88924469

Secara amnya seseorang pekerja akan menghabiskan satu pertiga daripada hari mereka di tempat kerja. Menyedari hakikat ini, penyajian hidangan sihat semasa mesyuarat (PHSSM) atau majlis rasmi amat penting untuk memastikan ahli mesyuarat mendapat makanan berkhasiat. Ia secara tidak langsung dapat membudayakan amalan makan secara sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Objektif
Untuk menggalakkan amalan makan secara sihat dan menyediakan pilihan makanan yang lebih sihat kepada ahli-ahli mesyuarat.

Aktiviti
Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat merangkumi beberapa komponen iaitu :
 1. Pelabelan kalori* bagi makanan dan minuman yang dihidangkan semasa mesyuarat.
 2. Pengasingan gula daripada minuman panas
 3. Penyediaan buah-buahan
 4. Penyediaan sayur-sayuran dalam hidangan makanan utama (contoh : Nasi lemak dengan hirisan timun)
 5. Penyediaan air kosong

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Puan Nadrah Mohamad Hafizoo
nadrah.hafizoo@moh.gov.my
03-8892 4469

Bahan Penerbitan

Buku Panduan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat
Buku kecil Panduan Nilai Kalori 200 Jenis Makanan
Senarai Kalori Bagi Makanan dan Minuman
MyMeal merupakan pengiktirafan yang diberikan bagi set makanan lengkap berdasarkan konsep Pinggan Sihat Malaysia (Suku Suku Separuh) yang dijual dengan harga yang berpatutan. Inisiatif ini boleh dilaksanakan kepada semua menu makanan yang dijual secara set di Malaysia yang mematuhi komponen penilaian yang ditetapkan.

Objektif
• Meningkatkan kebolehdapatan makanan yang lebih sihat dengan harga berpatutan di premis makanan di Malaysia.
• Membantu pengguna mengenalpasti set makanan yang lebih sihat dengan mudah dan cepat apabila makan di luar.
• Membantu menangani masalah pemakanan dan penyakit tidak berjangkit dalam kalangan rakyat Malaysia yang memilih untuk makan di luar.
Komponen Penilaian
Bagi mendapatkan pengiktirafan MyMeal, beberapa komponen penilaian perlu dipatuhi oleh pengusaha premis makanan iaitu:

1. Set MyMeal
• Mengandungi 1 sajian daripada kumpulan nasi, bijirin lain, produk makanan berasaskan bijirin penuh dan ubi-ubian;
• Mengandungi 1 sajian daripada kumpulan ikan, ayam, telur, daging dan legum;
• Mengandungi 1 sajian daripada kumpulan sayur-sayuran;
• Mengandungi 1 sajian air kosong (minimum 200ml);
• Anggaran kalori ialah 400 hingga 500 kcal;
• Makanan tidak terlalu masin/ manis;
• Makanan tidak terlalu berminyak/ berlemak

2. Harga Menu MyMeal
Harga menu berasaskan nasi adalah seperti berikut:
• RM8 atau kurang (Semenanjung); atau
• RM10 atau kurang (Sabah, Sarawak dan Labuan)

Bagi menu makanan kategori mi/ bihun/ kuetiau/ bubur nasi/ lontong dan lain-lain, harga menu MyMeal adalah seperti berikut:
• RM6 atau kurang (Semenanjung); atau
• RM8 atau kurang (Sabah, Sarawak dan Labuan)

3. Keselamatan dan Kualiti Makanan:
• Markah pemeriksaan premis 71% dan ke atas atau mendapat sekurang-kurangnya gred B.

Untuk pertanyaan lanjut:
Puan Noor Faezah Abdul Jalil
faezahjalil@moh.gov.my
03-8892 4481

Cara Memohon
Untuk memohon, sila hubungi Jabatan Kesihatan Negeri:
Muat turun Alamat Pegawai Pemakanan Negeri
Muat turun Senarai Syarikat/Menu yang Mendapat Pengiktirafan MyMeal
Bagi memastikan masyarakat dapat mengamalkan pemakanan sihat apabila makan di luar, premis makanan perlu menawarkan pilihan makanan yang lebih sihat kepada pelanggan. Oleh yang demikian, pengusaha premis makanan dan pengendali makanan merupakan pihak yang memainkan peranan penting dalam mewujudkan persekitaran yang menyokong amalan pemakanan sihat. Pengendali makanan yang terlatih dapat menyediakan makanan yang lebih sihat untuk dihidangkan kepada pelanggan.

Justeru, Latihan Katering Sihat disasarkan kepada pengusaha dan pengendali makanan seperti di restoran, kedai makan, kafeteria, perkhidmatan katering, kantin sekolah dan tempat kerja dengan tujuan meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran pengendali makanan mengenai penyediaan hidangan yang sihat.

Objektif:
Meningkatkan tahap pengetahuan pengusaha premis makanan dan pengendali makanan mengenai pemakanan sihat dan penyediaan hidangan secara sihat.

Skop Latihan:
Latihan ini memberi penekanan kepada skop-skop berikut:
1. Makan Secara Sihat
2. Penyediaan Hidangan Sihat.

Kumpulan Sasaran :
1.Pengusaha premis makanan dan pengendali makanan di premis berikut:
         a. Restoran
         b. Kedai makan
         c. Kafeteria
         d. Kantin
         e. Mana-mana premis makanan

2. Pengusaha premis makanan dan pengendali makanan yang terlibat dalam perkhidmatan katering

3. Pengusaha premis makanan dan pengendali makanan yang terlibat dalam perkhidmatan penghantaran makanan

Ingin menyertai?
Sila hubungi Jabatan Kesihatan Negeri. (Klik pautan bagi maklumat Pegawai Sains Pemakanan Negeri)

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Puan Nadrah Binti Mohamad Hafizoo
nadrah.hafizoo@moh.gov.my
03-88924469
Muat turun Alamat Pegawai Pemakanan Negeri
Muat turun Modul Latihan Katering Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia
Bahagian Pemakanan telah bekerjasama dengan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Institut Kesihatan Umum, Institut Sosial Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Jabatan kebajikan Masyarakat bagi memperkasakan perkhidmatan kesihatan terutamanya pemakanan sihat dalam kalangan warga emas.

Objektif
• Untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman keperluan pemakanan sihat dalam kalangan warga emas.
• Menyokong penuaan sihat dan kondusif dalam menghadapi status negara tua menjelang tahun 2030.

Aktiviti
• Sesi libat urus bersama agensi (kerajaan/bukan kerajaan) yang berkaitan
• Memperkasakan aktiviti pemakanan di komuniti seperti di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)
• Ceramah mengenai Saranan keperluan makanan mengikut kumpulan sasar
• Terlibat dengan semakan/pembentukan Pelan Tindakan serta Dasar berkaitan warga emas

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Puan Irma Hanim Abdullah
irmahanim@moh.gov.my
03-8892 4502
PENGENALAN SHINE@IPT

Inisiatif SHINE@IPT merupakan satu pakej intervensi pemakanan sihat di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) atau institusi latihan yang lain. SHINE@IPT merupakan akronim Supporting Healthy Food Intake and Nutrition Empowerment yang bermatlamat untuk membudayakan amalan pemakanan sihat dapat diamalkan oleh pelajar di IPT dan institusi latihan. SHINE@IPT terdiri daripada 6 aktiviti seperti yang telah digariskan di dalam Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM III), 2016-2025 iaitu:
•Kafeteria sihat di IPT.
•Advokasi dan intervensi pemakanan sihat di IPT dan institusi latihan.
•Pemerkasaan pelajar bagi menjalankan program/ aktiviti pemakanan sihat di IPT dan institusi latihan.
•Hebahan mesej pemakanan melalui media sosial dan massa.
•Pengukuhan Latihan Katering Sihat.
•Perluasan MyMeal di IPT.

PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI:
Puan Noor Faezah Abdul Jalil
faezahjalil@moh.gov.my
03-8892 4481
PENGENALAN

Bagi memastikan persekitaran yang menyokong amalan pemakanan sihat dan memastikan kebolehdapatan makanan berkhasiat di semua premis jualan di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kawalan terhadap penjualan makanan yang kurang berkhasiat telah diperkukuhkan.

Inisiatif ini juga dilaksanakan sebagai usaha ke arah pengiktirafan Kafeteria Sihat di kafeteria, kantin atau premis makanan yang terdapat di fasiliti kesihatan KKM.

Senarai Makanan dan Minuman yang telah ditetapkan boleh diperoleh di pautan berikut:
Muat Turun Senarai Makanan dan Minuman
Hubungi Kami
Bahagian Pemakanan,
Kementerian Kesihatan Malaysia, 
Aras 1, Blok E3 Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590, Putrajaya

Tel. : +603-88924503/4556
Faks : +603-88924511/4512
Hakcipta Terpelihara © 2023 Bahagian Pemakanan | Kementerian Kesihatan Malaysia
PENAFIAN: Bahagian Pemakanan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada portal. Paparan Terbaik : Mozilla Firefox 9+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Google Chrome 11+ dengan resolusi 1024x768. Boleh juga dilayari di telefon pintar atau gajet pintar yang lain (Responsive Design)
chevron-down