Cawangan Pemakanan Komuniti
& Inter Agensi

Fungsi Cawangan Pemakanan Komuniti & Inter Agensi

SEKTOR KAWALAN OBESITI DAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT BERKAITAN PEMAKANAN

Pencegahan Obesiti dan Penyakit Tidak Berjangkit Berkaitan Makanan di Komuniti

Pengenalan
Di Malaysia, masalah berlebihan berat badan dan obes semakin meningkat dan berada di tahap yang membimbangkan. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 (NHMS 2019) mendapati separuh dari dewasa Malaysia (50.1%) mempunyai masalah berlebihan berat badan (30.4%) dan obes (19.7%). Prevalen berlebihan berat badan di Malaysia menunjukkan peningkatan saban tahun jika dibandingkan dengan kajian lepas seperti NHMS 2006 (29.0%), NHMS 2011 (29.4%), dan NHMS 2015 (30.0%). Prevalen obes juga menunjukkan peningkatan yang agak tinggi berbanding kajian sebelumnya iaitu NHMS 2006 (14.0%), NHMS 2011 (15.1%) dan NHMS 2015 (17.7%).

Pengambilan makanan berlemak dan minuman bergula secara berlebihan serta kurang melakukan aktiviti fizikal boleh meningkatkan risiko berlebihan berat badan, obesiti dan penyakit tidak berjangkit. Berdasarkan dapatan NHMS 2019, seramai 38.9% rakyat Malaysia mengambil minuman bergula sedia di minum (Ready to drink) sekurang-kurangnya sekali seminggu dan 4.2% rakyat Malaysia mengambil minuman tersebut setiap hari. Secara purata, dewasa Malaysia mengambil 6 sudu teh gula tambahan melalui pengambilan minuman bergula sedia di minum (Ready to drink) setiap hari. Pengambilan gula tambahan yang berlebihan berkait rapat dengan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes mellitus. Tinjauan NHMS 2019 juga mendapati bahawa pesakit diabetes mellitus semakin meningkat apabila seramai 18.3% dewasa Malaysia menderita kerana diabetis mellitus pada 2019 berbanding 11.2% pada 2011 (NHMS 2011) dan 13.4% pada 2015 (NHMS 2015).

Inisiatif dan Pendekatan KKM
• Pelbagai aktiviti pendidikan dan promosi pemakanan telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan di samping promosi aktiviti gaya hidup sihat untuk mendorong masyarakat untuk bergerak aktif. Namun begitu, pendekatan ini didapati kurang berkesan dalam memerangi masalah berlebihan berat badan dan obesiti. Justeru, aktiviti pendidikan dan promosi pemakanan diteruskan dengan pelaksanaan hard policy untuk mengekang peningkatan masalah berlebihan berat badan dan obesiti.

• Kementerian Kesihatan bersama beberapa kementerian dan agensi luar, ahli akademik, badan professional dan badan bukan kerajaan (NGO) telah membentuk satu jawatankuasa untuk memerangi obesiti yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam). Jawatankuasa ini memainkan peranan penting dalam mengenal pasti faktor risiko obesiti dan mewujudkan polisi bagi membendung masalah obesiti di Malaysia (Policy Options to Combat Obesity in Malaysia).

• Sebanyak 48 polisi melibatkan komponen pemakanan dan aktiviti fizikal di 3 setting iaitu sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan komuniti telah dipersetujui dan dimuktamadkan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan sebagai strategi untuk memerangi masalah berlebihan berat badan dan obes. Pelaksanaan cukai ke atas minuman bergula merupakan salah satu pilihan polisi yang telah dipersetujui oleh Kabinet untuk mengurangkan pengambilan gula dalam kalangan pengguna dan seterusnya mencegah obesiti dan penyakit tidak berjangkit.

Pelaksanaan Cukai ke Atas Minuman Manis Bergula
• Cadangan untuk mengenakan cukai eksais ke atas minuman manis bergula (SSBs) telah bermula pada Jun 2014. Lanjutan daripada itu, beberapa siri pertemuan dengan pihak berkepentingan seperti Jabatan Kastam Diraja, Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), ahli akademik dan pihak industri telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan cukai eksais ke atas minuman manis bergula di Malaysia dengan lebih lanjut.

• Pada Mei 2018, Malaysia telah dilantik untuk menjadi lead country bagi Bengkel Establishment of Framework for the Fiscal Measure for Sugar-Sweetened Beverages (SSBs) yang diadakan di Pullman Putrajaya Lakeside Hotel, Putrajaya. Bengkel ini disertai oleh 9 negara ASEAN, sekretariat ASEAN, wakil UNICEF, wakil WHO dan beberapa perunding dari Malaysia dan Australia. Bengkel ini bertujuan untuk menetapkan satu framework untuk SSBs sebagai rujukan dan panduan negara anggota ASEAN dalam pelaksanaan pengenaan cukai eksais SSBs di negara masing-masing.


• Cukai eksais ke atas minuman manis bergula berkuatkuasa pada 1 Julai 2019 pada kadar harga RM0.40 seliter untuk minuman berkarbonat dan tidak berkarbonat yang mengandungi lebih 5 gram gula bagi setiap 100 ml, jus buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi lebih 12 gram gula bagi setiap 100 ml serta minuman berasaskan susu berperisa UHT yang mengandungi lebih 7 gram gula bagi setiap 100 ml.

Kerajaan Malaysia sentiasa prihatin terhadap kesihatan rakyat Malaysia terutamanya dalam memerangi obesiti dan penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan. Pelaksanaan cukai eksais ke atas minuman manis bergula merupakan strategi untuk mengurangkan pengambilan gula dalam kalangan pengguna lantaran kenaikan harga minuman bergula kerana cukai. Pengguna akan lebih cenderung untuk mengambil minuman yang lebih sihat seperti air mineral dan susu sebagai pengganti minuman bergula dan secara tidak langsung boleh mengurangkan pengambilan gula yang seterusnya dapat mencegah obesiti dan penyakit tidak berjangkit. Pengenaan cukai eksais ini juga menggalakkan pihak industri untuk merumus semula produk mereka kepada produk yang lebih sihat atau kurang gula berikutan pelepasan membayar cukai sekiranya kandungan gula dalam produk minuman di bawah nilai ambang. Seterusnya, Kementerian Kesihatan pada masa ini bercadang untuk memperluas polisi pengenaan cukai eksais ini ke atas minuman manis yang lain iaitu dari kategori pra-campuran (minuman 3 dalam 1, minuman 2 dalam 1 dan sebagainya) dan makanan yang tinggi kandungan gula di masa akan datang.

Pegawai untuk dihubungi:
Sektor Kawalan Obesiti dan Penyakit Tidak Berjangkit Berkaitan Pemakanan
Cawangan Pemakanan Komuniti dan Interagensi
Bahagian Pemakanan
Pengenalan
Program Pengurusan Berat Badan Trim & Fit telah dijalankan bermula tahun 2012 yang merupakan program intervensi di tempat kerja kepada individu yang obes. Program ini dilaksanakan selama 6 bulan di jabatan/ agensi tempat kerja.

Objektif Program
• Memberi kesedaran kepada peserta mengenai risiko obesiti serta kaitannya dengan penyakit tidak berjangkit.
• Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada peserta dalam pengurusan berat badan yang sihat dan selamat melalui melibatkan amalan pemakanan yang sihat, rutin aktiviti fizikal serta motivasi diri.
• Mencapai penurunan berat badan sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam tempoh enam bulan program.

Kumpulan Sasaran
Warga kerja yang mempunyai IJT di antara 30.0 kg/m2 hingga 35.0 kg/m2 (Obes Tahap 1), berminat dan bersetuju mengikuti segala aktiviti intervensi di sepanjang program.

Aktiviti Intervensi yang Dijalankan
• Komponen Pemakanan
1. Ceramah pemakanan
2. Runding cara pemakanan (RCP)
3. Aktiviti Pemakanan Sihat di Pasaraya
4. Demonstrasi Masakan
5. Pemantauan kendiri MyNutriDiari 2
6. Makan Sihat Weekly Challenge

• Komponen Aktiviti Fizikal & Rekreasi
1. Senaman mingguan berkumpulan
2. Aktiviti Mendaki Bukit
3. Fun Run/ Fun Walk
4. Aktiviti Rekreasi Berkumpulan – Nutri Hunt (treasure hunt), aquarobik
5. Pertandingan Sukan berkumpulan – futsal, fitballrobik

• Komponen Motivasi
1. Seminar motivasi
2. Sharing session testimoni yang berjaya
3. Latihan dalam kumpulan

• Bahan Penerbitan
1. Garis Panduan Program Pengurusan Berat Badan Trim & Fit
2. Modul Program Pengurusan Berat Badan Trim & Fit

Pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Sektor Kawalan Obesiti dan Penyakit Tidak Berjangkit Berkaitan Pemakanan
Cawangan Pemakanan Komuniti dan Inter-agensi
Bahagian Pemakanan
Pengenalan
Program Pemerkasaan PIBG Bagi Menangani Masalah Obesiti di Kalangan Murid Sekolah yang juga dikenali sebagai Inisiatif C-HAT (Cara Hidup Anda Terbaik) merupakan mandat daripada YBMK untuk dilaksanakan pada tahun 2016 – 2018. Ia merupakan hasil kolaborasi pintar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai salah satu strategi untuk menangani masalah obesiti di kalangan pelajar sekolah. Inisiatif ini menggunakan PIBG yang dilatih sebagai duta atau agen perubahan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti ke arah amalan pemakanan dan gaya hidup sihat.

Taklimat dan latihan diadakan secara berfasa selama 3 tahun bermula 2016 – 2018 manakala pemantauan pelaksanaan aktiviti-aktiviti pemakanan dan gaya hidup sihat dijalankan pada tahun 2019. Mengikut sasaran Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia III (NPANM III, 2016-2025), bermula tahun 2019, sekurang-kurangnya 1 aktiviti berkaitan pemakanan atau kesihatan perlu dijalankan di setiap daerah pada setiap tahun. Pada tahun 2020, Inisiatif C-HAT juga telah dipilih untuk menjadi Key Performance Indicator (KPI) bagi Pengarah Bahagian Pemakanan iaitu peratus daerah yang melaksanakan sekurang-kurangnya satu aktiviti C-HAT, dengan sasaran 100% daerah melaksanakan aktiviti ini.

Strategi yang digunakan dalam pelaksanaan inisiatif ini termasuklah meningkatkan pengetahuan dan kesedaran ibu bapa serta guru mengenai kepentingan pemakanan sihat dan aktiviti fizikal dan seterusnya menterjemahkan pengetahuan yang diperolehi dengan mengamal dan membudayakan amalan pemakanan sihat dan aktiviti fizikal secara berterusan di sekolah dan di luar sekolah. PIBG yang dilatih dapat mengeratkan hubungan, bertukar pandangan dan pendapat, membina keyakinan serta keupayaan untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti pemakanan dan kesihatan yang sesuai bagi menyampaikan maklumat kepada pelajar sekolah.

Objektif
• Membentuk murid yang sihat dan produktif melalui pembudayaan amalan gaya hidup sihat dengan pemerkasaan PIBG.
• Memantapkan program promosi dan intervensi menangani masalah obesiti di sekolah dengan menambah nilai program atau aktiviti sedia ada di peringkat sekolah dan komuniti.
• Meluaskan capaian program PIBG bagi membentuk sekumpulan pasukan yang terlatih dalam membantu menangani masalah obesiti di sekolah.
• Menurunkan prevalen obesiti dalam kalangan murid sekolah.

Aktiviti
Secara kumulatif, sebanyak 8,426 (82.6%) buah sekolah telah diberi taklimat dan latihan meliputi seramai 16,013 orang ahli PIBG dari tahun 2016 hingga 2018. Taklimat dan latihan C-HAT merangkumi 4 Modul seperti berikut:

Senario Masalah Obesiti Di Malaysia
• Peranan PIBG dalam Menangani Masalah Obesiti Di Sekolah
• Pemerkasaan PIBG Melalui Program Pemakanan Sihat Di Sekolah dan Pemantauan (BMI)
• Pemerkasaan PIBG Melalui Aktiviti Fizikal Di Sekolah

Selain itu, Mesyuarat Pengukuhan Inisiatif C-HAT juga telah diadakan di Zon Utara & Tengah, Zon Selatan, Zon Timur, Sabah, Sarawak dan Labuan pada tahun 2018 dan 2019 untuk melatih lebih banyak Jurulatih Utama (JU) C-HAT dan membentuk Pelan Tindakan C-HAT negeri masing-masing. Sehingga kini, terdapat seramai 215 orang JU C-HAT telah dilatih bagi melaksanakan aktiviti C-HAT di seluruh negeri.

Kesimpulan
Kesedaran mengenai kepentingan amalan pemakanan dan cara hidup sihat serta penglibatan ibu bapa dan guru dalam usaha menangani masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah masih di tahap yang kurang memberangsangkan. Kerjasama padu Pegawai Sains (Pemakanan) dengan PIBG sekolah akan lebih memberi semangat dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti C-HAT di sekolah. Kolaborasi berterusan di antara PSP dan PIBG amat perlu bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan aktiviti-aktiviti C-HAT dan dapat meningkatkan semangat dan motivasi mereka dalan menjalankan aktiviti-aktiviti pemakanan dan kesihatan.

Bahan Penerbitan
Garis Panduan Pelaksanaan Pemerkasaan PIBG Dalam Menangani Masalah Obesiti Dalam Kalangan Murid Sekolah (C-HAT)

Pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Sektor Kawalan Obesiti dan Penyakit Tidak Berjangkit Berkaitan Pemakanan
Cawangan Pemakanan Komuniti dan Interagensi
Bahagian Pemakanan

Pencegahan Obesiti dan Penyakit Tidak Berjangkit Berkaitan Makanan di Tempat Kerja/Sekolah

Pengenalan
Program Pemerkasaan PIBG Bagi Menangani Masalah Obesiti di Kalangan Murid Sekolah yang juga dikenali sebagai Inisiatif C-HAT (Cara Hidup Anda Terbaik) merupakan mandat daripada YBMK untuk dilaksanakan pada tahun 2016 – 2018. Ia merupakan hasil kolaborasi pintar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai salah satu strategi untuk menangani masalah obesiti di kalangan pelajar sekolah. Inisiatif ini menggunakan PIBG yang dilatih sebagai duta atau agen perubahan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti ke arah amalan pemakanan dan gaya hidup sihat.

Taklimat dan latihan diadakan secara berfasa selama 3 tahun bermula 2016 – 2018 manakala pemantauan pelaksanaan aktiviti-aktiviti pemakanan dan gaya hidup sihat dijalankan pada tahun 2019. Mengikut sasaran Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia III (NPANM III, 2016-2025), bermula tahun 2019, sekurang-kurangnya 1 aktiviti berkaitan pemakanan atau kesihatan perlu dijalankan di setiap daerah pada setiap tahun. Pada tahun 2020, Inisiatif C-HAT juga telah dipilih untuk menjadi Key Performance Indicator (KPI) bagi Pengarah Bahagian Pemakanan iaitu peratus daerah yang melaksanakan sekurang-kurangnya satu aktiviti C-HAT, dengan sasaran 100% daerah melaksanakan aktiviti ini.

Strategi yang digunakan dalam pelaksanaan inisiatif ini termasuklah meningkatkan pengetahuan dan kesedaran ibu bapa serta guru mengenai kepentingan pemakanan sihat dan aktiviti fizikal dan seterusnya menterjemahkan pengetahuan yang diperolehi dengan mengamal dan membudayakan amalan pemakanan sihat dan aktiviti fizikal secara berterusan di sekolah dan di luar sekolah. PIBG yang dilatih dapat mengeratkan hubungan, bertukar pandangan dan pendapat, membina keyakinan serta keupayaan untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti pemakanan dan kesihatan yang sesuai bagi menyampaikan maklumat kepada pelajar sekolah.

Objektif
• Membentuk murid yang sihat dan produktif melalui pembudayaan amalan gaya hidup sihat dengan pemerkasaan PIBG.
• Memantapkan program promosi dan intervensi menangani masalah obesiti di sekolah dengan menambah nilai program atau aktiviti sedia ada di peringkat sekolah dan komuniti.
• Meluaskan capaian program PIBG bagi membentuk sekumpulan pasukan yang terlatih dalam membantu menangani masalah obesiti di sekolah.
• Menurunkan prevalen obesiti dalam kalangan murid sekolah.

Aktiviti
Secara kumulatif, sebanyak 8,426 (82.6%) buah sekolah telah diberi taklimat dan latihan meliputi seramai 16,013 orang ahli PIBG dari tahun 2016 hingga 2018. Taklimat dan latihan C-HAT merangkumi 4 Modul seperti berikut:

Senario Masalah Obesiti Di Malaysia
• Peranan PIBG dalam Menangani Masalah Obesiti Di Sekolah
• Pemerkasaan PIBG Melalui Program Pemakanan Sihat Di Sekolah dan Pemantauan (BMI)
• Pemerkasaan PIBG Melalui Aktiviti Fizikal Di Sekolah

Selain itu, Mesyuarat Pengukuhan Inisiatif C-HAT juga telah diadakan di Zon Utara & Tengah, Zon Selatan, Zon Timur, Sabah, Sarawak dan Labuan pada tahun 2018 dan 2019 untuk melatih lebih banyak Jurulatih Utama (JU) C-HAT dan membentuk Pelan Tindakan C-HAT negeri masing-masing. Sehingga kini, terdapat seramai 215 orang JU C-HAT telah dilatih bagi melaksanakan aktiviti C-HAT di seluruh negeri.

Kesimpulan
Kesedaran mengenai kepentingan amalan pemakanan dan cara hidup sihat serta penglibatan ibu bapa dan guru dalam usaha menangani masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah masih di tahap yang kurang memberangsangkan. Kerjasama padu Pegawai Sains (Pemakanan) dengan PIBG sekolah akan lebih memberi semangat dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti C-HAT di sekolah. Kolaborasi berterusan di antara PSP dan PIBG amat perlu bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan aktiviti-aktiviti C-HAT dan dapat meningkatkan semangat dan motivasi mereka dalan menjalankan aktiviti-aktiviti pemakanan dan kesihatan.

Bahan Penerbitan
Garis Panduan Pelaksanaan Pemerkasaan PIBG Dalam Menangani Masalah Obesiti Dalam Kalangan Murid Sekolah (C-HAT)

Pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Sektor Kawalan Obesiti dan Penyakit Tidak Berjangkit Berkaitan Pemakanan
Cawangan Pemakanan Komuniti dan Interagensi
Bahagian Pemakanan

SEKTOR KOLABORASI INDUSTRI

Industri Produk Makanan & Minuman

Program MyChoice merupakan program baru di mana Logo MyChoice akan diberikan kepada hidangan makanan/ minuman yang memenuhi kriteria nutrien yang ditetapkan.Hidangan yang mempunyai Logo MyChoice merupakan pilihan yang lebih sihat di restoran tersebut. Tujuan program ini adalah untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan yang lebih bijak dengan memilih makanan/ minuman yang mempunyai Logo MyChoice. Secara tidak langsung, situasi ini dapat mewujudkan persekitaran yang menyokong amalan makan secara sihat. Selain itu, inisiatif ini juga bertujuan untuk menggalakkan industri perkhidmatan makanan untuk menghasilkan hidangan makanan dan minuman yang lebih sihat.

Setiap set hidangan makanan yang mendapat logo MyChoice mempunyai kalori tidak lebih daripada 500 kcal, kandungan natrium tidak lebih daripada 650 mg dan mempunyai sekurang-kurangnya satu sajian sayuran dan terdiri daripada kumpulan makanan yang seimbang.. Bagi kategori minuman pula, setiap hidangan minuman yang mendapat Logo MyChoice mempunyai kalori tidak lebih daripada 120 kcal dan jumlah gula tidak lebih daripada 5/ 7/ 12 bagi setiap 100 ml minuman bergantung kepada jenis minuman.

Program ini merupakan kesinambungan daripada program Pilihan Lebih Sihat (Healthier Choice Logo, HCL) yang memberi pengiktirafan kepada produk makanan berbungkus yang lebih sihat. Logo MyChoice akan diberikan kepada pilihan hidangan yang lebih sihat berbanding menu lain yang terdapat di restoran tersebut.

Pemaparan logo MyChoice ini diharap memudahkan pelanggan memilih makanan dan minuman yang lebih sihat sewaktu makan di luar. KKM tidak mempromosikan mana-mana rangkaian restoran, tetapi memberi pengesahan bagi pilihan menu yang lebih sihat yang ada di restoran berkenaan. Permohonan terbuka kepada semua rangkaian restoran di Malaysia yang mempunyai menu yang sama di semua cawangan. Rangkaian restoran ini termasuk restoran francais, syarikat makanan segera dan syarikat persendirian.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Sekretariat MyChoice
Bahagian Pemakanan,
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 1, Blok E3, Kompleks E, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya.

03-8892 4457/4556
mychoice@moh.gov.my
Bahan Terbitan
Garis Panduan Logo MyChoice
Sticker MyChoice
Logo MyChoice
Roll-up MyChoice
Risalah MyChoice
Infografik
MyChoice 1
MyChoice 2
MyChoice 3
MyChoice 4
Senarai Restoran MyChoice
Senarai Restoran yang Mempunyai Menu MyChoice
Borang Permohonan
Borang Permohonan MyChoice Minuman
Borang Permohonan MyChoice Set Menu
Video MyChoice
MyChoice
Ikon Pek Hadapan untuk tenaga merupakan panduan bagi merancang pengambilan tenaga harian dalam diet individu.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Puan Tan Yen Nee
tanyennee@moh.gov.my
03-8892 4457


Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Puan Tan Yen Nee
tanyennee@moh.gov.my
03-8892 4457


Industri Perkhidmatan Makanan

Inisiatif ini telah dimulakan pada 2014 yang telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada syarikat makanan segera. Selain itu, mesyuarat secara berasingan juga diadakan bersama syarikat makanan segera. Tedapat 12 syarikat makanan segera yang menyertai inisiatif ini.

Objektif inisiatif ini adalah untuk:

1. Membantu pengguna membuat pilihan yang lebih sihat di restoran makanan segera.
2. Menggalakkan amalan yang baik di kalangan pengusaha restoran makanan segera dalam menghasilkan makanan lebih sihat
3. Meningkatkan amalan pemakanan sihat bagi jangka masa panjang di kalangan rakyat, mengurangkan prevalen penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan.
4. Mewujudkan rakyat yang lebih peka terhadap kandungan kalori dalam makanan yang diambil.

Melalui inisaitif ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan agar pengusaha restoran makanan segera untuk

1. Mengurangkan saiz hidangan makanan
2. Memperkenalkan pilihan yang lebih sihat (kurang lemak, kurang gula, kurang sodium, tingkatkan kandungan serat dalam makanan)
3. Pertukaran air berkarbonat kepada air mineral secara percuma
4. Memperkenalkan set makanan yang kurang kandungan kalori

Di samping itu, KKM turut menyarankan pengusaha restoran makanan segera untuk membuat pelabelan kandungan kalori dan nutrien bagi makanan segera seperti yang disarankan dalam Garis Panduan Pengiklanan dan Pelabelan Makanan Segera 2008.

Pelabelan maklumat pemakanan hendaklah dibuat sama ada pada pembungkus, kotak, pelapik dulang, brosur, pamplet atau poster. Brosur, pamplet atau poster (sekiranya digunakan) perlulah diletakkan di kawasan yang mudah dilihat oleh pengguna

1. Maklumat pemakanan yang perlu dipaparkan dalam panel maklumat pemakanan bagi semua produk adalah kandungan tenaga, karbohidrat, lemak dan protein. Sebagai tambahan, maklumat kandungan gula perlu dilabelkan bagi produk minuman, manakala maklumat kandungan garam pula dilabelkan bagi produk makanan.
2. Peratusan yang dicapai daripada saranan pengambilan nutrien bagi tenaga, karbohidrat, lemak, protein, gula dan garam dalam setiap produk perlu dipaparkan dalam panel maklumat pemakanan.
3. Bagi produk biasa, peratus saranan pengambilan nutrien yang dicapai perlulah berdasarkan purata saranan bagi golongan dewasa berumur 19-65 tahun, manakala bagi hidangan untuk kanak-kanak, peratus saranan pengambilan harian yang dicapai perlulah berdasarkan purata saranan bagi kanak-kanak berumur 4-9 tahun.
4. Contoh format pelabelan maklumat pemakanan yang perlu dipaparkan bagi produk makanan dan minuman adalah seperti berikut:

i) Produk makanan
(% RNI berasaskan 2130 kcal)

ii) Produk minuman
(% RNI berasaskan 2130 kcal)

5.Pihak industri juga boleh menggunakan format lain yang lebih menarik bagi memaparkan maklumat pemakanan tersebut seperti menggunakan “nutritional signpost” tetapi masih perlu merujuk kepada saranan pengambilan harian yang dinyatakan dalam garis panduan ini.

6. Maklumat tambahan seperti saiz hidangan makanan dan minuman sama ada kecil (small) , biasa (regular) atau besar (large) juga perlu dinyatakan pada label.

Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan

Susu ibu merupakan makanan yang terunggul bagi bayi di mana ia mengandungi semua keperluan untuk tumbesaran bayi yang optima. Namun, penghasilan produk susu formula bayi serta promosi produk gantian susu ibu tersebut yang agresif oleh pengilang produk makanan bayi boleh mempengaruhi kepercayaan ibu untuk menyusukan anak-anak mereka. Pelbagai bentuk pemasaran digunakan oleh industri formula untuk mempengaruhi ibu-ibu seperti iklan yang mengelirukan, pemberian sampel dan hadiah percuma serta edaran pelbagai risalah dan kajian kepada profesional kesihatan yang menunjukkan susu gantian adalah “lebih baik atau hampir sama dengan susu ibu” didapati menggugat amalan penyusuan susu ibu. Rentetan ini, pelaksanaan Tata Etika amat diperlukan bagi melindungi, menyokong serta mempromosikan amalan penyusuan susu ibu melalui pengawalan tekanan pemasaran produk-produk makanan bayi dan peralatan penyusuan bayi ke atas ibu-ibu.

Tata Etika ini dihasilkan dengan kerjasama industri-industri susu yang beroperasi di Malaysia. Tata Etika untuk Produk Susu Formula Bayi telah diterbitkan pada tahun 1995 sebagai pindaan kali ke-3 berdasarkan beberapa keperluan perubahan mengikut situasi negara.

Edisi terbaru buku tersebut dinamakan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi Dan Produk Berkaitan, dan telah dilancarkan pada 1 Ogos 2008 oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan Dato’ Liow Tiong Lai. Tata Etika ini merangkumi panduan amalan etika dan pemberian maklumat berkaitan produk-produk tersenarai iaitu:-

1. Rumusan Bayi (0-12 bulan) termasuk Rumusan Sedia Diminum
2. Rumusan Susulan (6 bulan – 3 tahun) termasuk Rumusan Sedia Diminum
3. Rumusan Khas (rumusan bayi atau rumusan susulan) bagi bayi berkeperluan khas termasuk rumusan sedia diminum.
4. Mana-mana produk lain yang dipasarkan sebagai makanan bayi 0-6 bulan
5. Botol Susu, Puting Susu, Puting Kosong

Objektif
Matlamat Tata Etika adalah untuk menyumbang kepada promosi pemakanan yang selamat dan optima bagi bayi dengan melindungi dan mempromosikan penyusuan susu ibu dan memastikan penggunaan produk gantian susu ibu yang betul (sekiranya perlu) dengan menyediakan informasi yang mencukupi melalui kaedah pemasaran dan pengedaran yang terkawal.

Aktiviti
Di antara aktiviti yang dilaksanakan ialah:

1. Penapisan dan pemberian kod kelulusan kepada bahan-bahan maklumat produk seperti label produk serta risalah dan iklan untuk profesional kesihatan. Penapisan dijalankan oleh Jawatankuasa Penapisan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan.
2. Pemantauan pematuhan kepada amalan etika oleh industri susu dan anggota serta professional kesihatan.

3. Menjalankan tindakan disiplin ke atas pelanggaran Tata Etika yang dilaporkan. Penalti yang dikenakan bergantung kepada tahap dan kekerapan perlanggaran Tata Etika.
Bahan Terbitan
Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi Dan Produk Berkaitan


PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI:
Puan Siti Dinie Syazwani Bt Azlam
sitidinie@moh.gov.my
03-8892 4464

SEKTOR PEMAKANAN INSTITUSI

Pengenalan
Pemakanan di peringkat bayi dan kanak-kanak akan mempengaruhi corak dan status pemakanan apabila dewasa kelak. Kanak-kanak yang berada di Taska adalah berumur antara 2 bulan hingga bawah 5 tahun. Bayi dan kanak-kanak pada peringkat umur ini memerlukan jumlah tenaga dan nutrien yang mencukupi bagi membantu dan menyokong pertumbuhan fizikal dan mental yang optimum. Bayi dan kanak-kanak yang dihantar ke Taska akan menghabiskan masa hampir 6 hingga 10 jam di situ. Oleh itu, selain ibu bapa, pendidik dan pengasuh juga memainkan peranan penting dalam memupuk amalan pemakanan sihat kepada kanak-kanak.

Objektif
1. Memastikan bayi dan kanak-kanak mendapat makanan yang seimbang dan bersesuaian mengikut keperluan dan umur melalui cadangan menu di Taska.
2. Meningkatkan pengetahuan berkaitan pemakanan kepada kumpulan sasar; kanak-kanak, ibu bapa, pendidik dan pengasuh melalui advokasi secara berkala melalui advokasi yang berterusan di media cetak, media elektronik dan lapangan.
3. Menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pemakanan di Taska.
4. Meningkatkan kemahiran penyediaan makanan bayi dan kanak-kanak kepada ibu bapa, pendidik/pengasuh dan penyedia makanan melalui kursus dan latihan.
5. Memantau status pemakanan bayi dan kanak-kanak di Taska.

Bahan Terbitan
• Infografik
1. Kunci Pemakanan Sihat
2. Hidangan Untuk Si Manja
3. Awasi Waktu Makan Anak Anda
4. Snek Sihat untuk Si Manja
5. Ketahui Apa yang Anak Anda Makan
6. Anak Cerewet Makan Sayur?
7. Jadilah Ibu Bapa yang Kreatif
8. Ketahui Saiz Hidangan Buah untuk Anak Anda
9. Ketahui Kebaikan Air Kosong kepada Anak Anda

• Buku
1. Garis Panduan Perancangan Menu di Taska
2. Panduan Pengendalian dan Pemberian Susu yang Selamat di Pusat Jagaan dan Taska
3. Modul Latihan Penyediaan Makanan di Taska, Tabika dan Pra Sekolah

• Poster
1. Contoh Sukatan Makanan Bayi dan Kanak-kanak

• Permainan Interkatif
1. Dam Ular Gergasi
2. Permainan Magnetik Pinggan Sihat Saya

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Puan Nur Liana bt. Abdul Latiff
nur_liana@moh.gov.my
03-88924458
Sektor Pemakanan Institusi berfungsi dalam penyelarasan isu-isu teknikal makanan dan pemakanan mengikut kumpulan sasar dan agensi berkaitan (multidisiplin). Ia termasuklah memberi advokasi penerapan amalan makan secara sihat dalam dalam pengurusan makanan di Taska, institusi pemulihan/ kebajikan dan tahanan, memberi khidmat nasihat dan menjadi sumber rujukan teknikal dalam pemakanan institusi di peringkat kebangsaan inter dan intra agensi serta membangunkan dan menyemak semula resipi dan menu seragam bagi operasi pemakanan di institusi.

Selain itu, Sektor Pemakanan Institusi juga turut membentuk modul, garis panduan, prosedur operasi standard (SOP) dan bahan advokasi mengikut keperluan kumpulan sasar serta menjalankan latihan kemahiran amalan makanan secara sihat berasaskan Panduan Diet Malaysia.

Sektor Pemakanan Institusi sentiasa memantau dan menilai prestasi pengurusan pemakanan di institusi menerusi sistem pemantauan dan pelaksanaan program/ aktiviti pemakanan di institusi secara berterusan yang dibantu oleh Pegawai Sains Pemakanan di lapangan.

Sektor Pemakanan Institusi menjalankan fungsi-fungsi sektor di fasiliti berikut :
a) Taman Asukan Kanak-kanak (Taska)
b) Rumah Kebajikan Warga Emas
c) Rumah Kebajikan Kanak-kanak
d) Rumah Perlindungan Wanita
e) Pusat Aktiviti Warga Emas
f) Pusat Gelandangan
g) Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
h) Institusi OKU
i) Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC) AADK
j) Sekolah Juvana/ Sekolah Pemulihan Akhlak
k) Lokap Polis
l) Lokap Depoh Tahanan
m) Penjara
n) Lain-lain institusi
Klik untuk muat turun Modul Latihan Penyediaan Makanan di Taska, Tabika & Prasekolah

SEKTOR PERKHIDMATAN DAN ADVOKASI PEMAKANAN

Perkhidmatan dan Advokasi Pemakanan Komuniti

Pengenalan
Pusat Maklumat Pemakanan merupakan sebuah pusat yang berfungsi menyebarkan maklumat pemakanan yang tepat dan terkini kepada rakyat. Ianya juga menyediakan kemudahan pembelajaran mengenai pemakanan dengan menggunakan teknologi yang terkini, berkesan dan mesra pelanggan. Pusat Maklumat Pemakanan juga merupakan pusat rujukan pemakanan bagi organisasi dalam dan luar Kemententerian Kesihatan Malaysia.

Objektif Am :
Meningkatkan taraf pemakanan masyarakat melalui penyebaran maklumat pemakanan

Objektif Khusus :
• Menyebarkan maklumat pemakanan terkini kepada masyarakat
• Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan amalan makan secara sihat
• Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masyarakat dalam mengamalkan makan secara sihat
• Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masyarakat dalam pengurusan berat badan

Aktiviti
• Pameran Pemakanan
• Saringan Status Berat
• Runding Cara Pemakanan
• Edaran Bahan Pendidikan
• Kem Pengurusan Berat Badan
• Senamrobik

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Puan Farah Dahlia Ahmad Ghazali
farahdahlia@moh.gov.my
03-8892 4490
Pengenalan
Projek Dapur Sihat Masyarakat (DSM) diwujudkan sebagai satu usaha untuk mempertingkatkan lagi pelaksanaan dan keberkesanan aktiviti promosi pemakanan yang dijalankan oleh anggota kesihatan di klinik-klinik kesihatan. Pelaksanaan projek ini juga adalah untuk memperkembangkan skop promosi pemakanan meliputi aspek penyediaan hidangan makanan keluarga dan ekonomi rumahtangga termasuk perancangan menu, pengubahsuaian resipi, kebersihan dan keselamatan makanan dan pengurusan dapur. Ianya juga adalah satu usaha untuk memperluaskan kumpulan sasaran aktiviti promosi pemakanan kepada suri rumah tangga, ahli-ahli keluarga, murid-murid sekolah, golongan remaja, orang dewasa dan masyarakat keseluruhannya.
Direktori Dapur Sihat Masyarakat Seluruh Malaysia.
Objektif
Untuk meningkatkan kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan dan hidangan di rumah melalui tunjuk ajar secara interaktif, participative, hands-on dan holistic dengan mengutamakan perkongsian bijak (smart partnership) dalam kalangan masyarakat, agensi kerajaan dan pihak swasta.
Aktiviti
• Sesi Masakan
1. Uji cipta dan perujian resepi sihat
2. Sesi memasak hidangan keluarga

• Demonstrasi
1. Demonstrasi memasak resepi sihat
2. Demonstrasi memproses makanan
3. Demonstrasi mencegah kemalangan di dapur
4. Demonstrasi penggunaan garam beriodin, minyak sawit merah, produk kacang soya di bawah Program Promosi Pilihan Bijak

• Sesi Ceramah
1. Pemakanan sihat
2. Keselamatan makanan
3. Pengurusan dapur

• Penyaringan Kesihatan
1. Pemantauan berat badan dan Indeks Jisim Tubuh (BMI)
2. Pemantauan tekanan darah
3.Penyaringan glukosa, kolesterol dan trigliserida

• Aktiviti Ekonomi
1. Penjualan buku resepi
2. Perkongsian pembelian borong bahan-bahan dapur dan makanan

• Aktiviti Riadah
1. Sesi senaman
2. Sesi bercucuk tanam
3. Sesi marhaban

• Latihan
1. Kursus keselamatan makanan semasa cuti sekolah
2. Penyelenggaraan pusat sumber
3. Dapur siber

• Kempen Seranta
1. Pertandingan memasak
2. Penggredan dan pertandingan kebersihan dapur
3. Percetakan buletin Dapur Sihat Malaysia
4. Hari terbuka Dapur Sihat Malaysia

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Puan Farah Dahlia Ahmad Ghazali
farahdahlia@moh.gov.my
03-8892 4490
Pengenalan
Pasar raya merupakan tempat tumpuan orang ramai untuk mendapatkan bekalan makanan seisi keluarga. Oleh itu, pemilihan bahan makanan di pasar raya boleh menentukan jenis makanan yang dimakan di rumah dan seterusnya boleh mempengaruhi tahap kesihatan keluarga. Aktiviti Promosi Pemakanan Sihat Di Pasar Raya merupakan satu aktiviti pendidikan pemakanan sihat yang menggunakan pendekatan yang inovatif dan menarik. Aktiviti ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan orang ramai mendapatkan maklumat pemakanan yang tepat semasa membuat pemilihan makanan di pasar raya. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia pada 8 Oktober 2011 bertempat di pasar raya besar Giant Shah Alam.

Objektif Umum:
Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengguna tentang pemakanan sihat.

Objektif Khusus:
• Untuk menerapkan amalan pemakanan yang sempurna dan pemakanan sihat ke dalam kehidupan harian melalui cara yang praktikal.
• Untuk menyebarkan mesej-mesej makan secara sihat kepada pengunjung pasar raya.
• Untuk menyediakan maklumat pemakanan di tempat pemilihan makanan dilakukan.
• Untuk mendidik pengguna membuat pilihan makanan yang lebih bijak.
• Untuk meningkatkan kesedaran individu dan masyarakat terhadap kepentingan, faedah dan peluang untuk mengamalkan makan secara sihat.
• Untuk meningkatkan bilangan orang ramai yang mengamalkan makan secara sihat.

Aktiviti
Kembara Pemakanan Sihat Di Pasar Raya merupakan aktiviti utama dalam Promosi Pemakanan Sihat Di Pasar Raya. Dalam aktiviti ini, peserta akan dibawa mengembara ke seksyen-seksyen makanan mengikut kumpulan makanan. Aktiviti ini dikendalikan oleh 2 orang pemandu kembara yang terdiri daripada Pegawai Sains Pemakanan dan Pegawai Teknologi Makanan atau Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran. Bilangan peserta yang disarankan ialah seramai 10 – 20 orang peserta.

Dalam aktiviti ini, para peserta dikehendaki mengisi borang pra kembara pemakanan sihat di pasar raya sebelum kembara dijalankan. Seterusnya, para peserta akan dibawa mengembara ke lima seksyen utama sambil diberi penerangan oleh PSP. Lima seksyen tersebut seperti berikut:

Seksyen 1 : Seksyen Beras

Seksyen ini mewakili makanan pada aras pertama Piramid Makanan Malaysia iaitu kumpulan nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian.

Seksyen 2 : Seksyen Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan

Seksyen ini mewakili makanan pada aras kedua Piramid Makanan Malaysia iaitu kumpulan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Seksyen 3 : Seksyen Ikan

Seksyen ini mewakili makanan pada aras ketiga Piramid Makanan Malaysia iaitu kumpulan ikan, ayam, daging, telur, kekacang, susu dan produk tenusu.

Seksyen 4 : Seksyen Minyak

Seksyen ini mewakili makanan pada aras keempat Piramid Makanan Malaysia iaitu kumpulan lemak, minyak, gula dan garam.

Seksyen 5 : Seksyen Membaca Label

Seksyen ini boleh dilakukan di peti sejuk yang meletakkan susu dan produk tenusu. Seksyen ini memberi pendidikan kepada peserta mengenai label dan cara membaca label.

Setelah selesai mengembara ke lima seksyen, para peserta diminta untuk mengisi borang pasca penilaian untuk menilai pengetahuan mereka.

Bahan Terbitan
1. Buku Panduan Membeli Belah Makanan Secara Sihat
2. Risalah kembara Pemakanan Sihat Di Pasar Raya
3. Risalah Betik
4. Risalah Sawi

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Puan Farah Dahlia Ahmad Ghazali
farahdahlia@moh.gov.my
03-8892 4490

Perkhidmatan Advokasi Pemakanan Klinik

Pengenalan
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) mendapati kadar obesiti telah meningkat sebanyak lima kali ganda iaitu dari 4.0% pada tahun 1996 ke 19.7% pada tahun 2019. Keadaan ini meningkatkan risiko penyakit berkaitan pemakanan seperti hipertensi dan diabetes yang merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada kematian akibat penyakit kardiovaskular di Malaysia.

Bagi mengawal dan memulihkan masalah kesihatan berkaitan dengan pemakanan, perkhidmatan runding cara pemakanan ditawarkan di klinik kesihatan kerajaan yang dikendalikan oleh Pegawai Sains (Pemakanan) mengikut temujanji. Perkhidmatan ini merupakan salah satu intervensi pemakanan kepada pelanggan yang berisiko atau yang telah didiagnosa dengan penyakit berkaitan pemakanan oleh Pakar Perubatan Keluarga atau Pegawai Perubatan. Perkhidmatan ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2007 di 17 buah klinik kesihatan secara rintis dan sehingga Disember 2019, sebanyak 302 buah klinik kesihatan di seluruh negara telah menyediakan perkhidmatan ini. Walau bagaimanapun, jumlah tersebut masih lagi kecil berbanding dengan jumlah klinik kesihatan di seluruh negara iaitu sebanyak 1090 buah.

Selari dengan penguatkuasaan Akta Profesion Kesihatan Bersekutu (Akta 774), perkhidmatan runding cara pemakanan oleh Pegawai Sains (Pemakanan) telah memfokuskan kepada masalah berkaitan berat badan di kalangan bayi, kanak-kanak, remaja, ibu (sebelum, semasa hamil dan selepas bersalin), dewasa dan warga emas, masalah penyusuan susu ibu, makanan pelengkap bayi, masalah anaemia (berkaitan kekurangan zat besi), serta kekurangan/ berlebihan nutrien tertentu bermula tahun 2019.

Objektif
Untuk mengawal dan memulihkan masalah kesihatan berkaitan pemakanan pelanggan melalui pendekatan runding cara pemakanan secara individu atau berkumpulan agar mereka dapat menikmati kehidupan yang normal dan dapat memberi sumbangan ke arah meningkatkan produktiviti negara.


• Prosedur Operasi Standard (SOP)
1. Pengurusan Pemakanan Orang Dewasa yang Berlebihan Berat Badan / Obes atau yang Mempunyai Faktor-Faktor Risiko Kardiovaskular.
2. Pengurusan Pemakanan Warga Emas Hiperlipidemia
3. Pengurusan Pemakanan Orang Dewasa dan Warga Emas Pra Diabetes dan Diabetes Jenis 2
4. Pengurusan Pemakanan Orang Dewasa dan Warga Emas Hipertensi
5. Pengurusan Pemakanan Remaja Berlebihan Berat Badan.

• Garis Panduan
1. Pengurusan Berat Badan Untuk Orang Dewasa yang Berlebihan Berat Badan & Obes.
2. Pengendalian Kanak-kanak/Remaja Berlebihan Berat Badan

• Muat Turun
1. Pengurusan Pemakanan Warga Emas Hiperlipidemia2. Pengurusan Pemakanan Orang Dewasa dan Warga Emas Pra Diabetes dan Diabetes Jenis 23. Pengurusan Pemakanan Orang Dewasa dan Warga Emas Hipertensi


Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Puan Nur Dayana Shaari
ndayana@moh.gov.my
03-8892 4462

Advokasi Pemakanan Melalui Teknologi Maklumat

Hubungi Kami
Bahagian Pemakanan,
Kementerian Kesihatan Malaysia, 
Aras 1, Blok E3 Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590, Putrajaya

Tel. : +603-88924503/4556
Faks : +603-88924511/4512
Hakcipta Terpelihara © 2023 Bahagian Pemakanan | Kementerian Kesihatan Malaysia
PENAFIAN: Bahagian Pemakanan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada portal. Paparan Terbaik : Mozilla Firefox 9+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Google Chrome 11+ dengan resolusi 1024x768. Boleh juga dilayari di telefon pintar atau gajet pintar yang lain (Responsive Design)
chevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram