Komited dan sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada setiap pelanggan dengan :
Sentiasa memberi layanan dengan sopan dan mesra;
Menyediakan perkhidmatan profesional yang berkualiti dengan mengambil kira keperluan pelanggan;
Semua aduan terhadap Bahagian Amalan Perubatan akan diberi maklumbalas bertulis dalam tempoh 14 hari dari terikh penerimaan;
80% aktiviti tahunan Cawangan / Unit yang dirancang akan dilaksanakan setiap tahun; dan
Menyediakan atau menyiapkan dokumen / maklumbalas / laporan / polisi / garis panduan / sijil / perakuan / lesen / bayaran / penilaian permohonan / tawaran dalam masa yang ditetapkan kepada pelanggan-pelanggan luaran.