Fungsi CKAPS
- Melaksana dan menguatkuasakan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Swasta 1998 [Akta 586], peraturan-peraturannya, perintah dan perkara yang berkaitan dengannya.
- Memproses permohonan yang berkaitan dengan pendaftaran dan pelesenan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta seperti berikut :
- Pendaftaran (Klinik Perubatan Swasta dan Klinik Pergigian Swasta);
- Pelesenan kemudahan jagaan kesihatan swasta (Hospital Swasta, Hospital Psikiatri Swasta, Pusat Jagaan Ambulatori Swasta, Rumah Jagaan Kejururawatan Swasta, Rumah Jagaan Kejururawatan Psikiatri Swasta, Rumah Bersalin Swasta, Pusat Hemodialisis Swasta, Hospis Swasta, Pusat Kesihatan Mental Masyarakat Swasta).
3. Mengendalikan aduan & aktiviti penguatkuasaan bagi kemudahan & perkhidmatan jagaan kesihatan swasta & perkara yang berkaitan
dengannya
4. Mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan Akta 586 termasuk :
4.1) Melaksana dan menguatkuasakan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan peningkatan kualiti yang berterusan seperti berikut :
- Incident Reporting
- Assessable Death (NMAC)
- Quality Assurance Programme
- Board of Visitor
- Medical Advisory Committee
- Grievances Mechanism
- Social Contribution, dan sebagainya.
Menyelaras, memproses dan mengeluarkan kad kuasa mengikut peruntukan di bawah Akta 586 bagi Inspektor (Perubatan) yang dilantik oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia untuk menjalankan tugas penguatkuasaan.
Menyelaras, mengemaskini dan menyediakan maklumbalas berkaitan daftar-daftar di bawah Akta 586 termasuk carian daftar bagi Daftar Klinik (Klinik Perubatan Swasta), Daftar Klinik (Klinik Pergigian Swasta), Daftar Kelulusan Penubuhan atau Penyenggaraan KPJKS, Daftar Lesen KPJKS, Daftar MCO dan Daftar Inspektor.
Membangun, menyenggarakan, menyediakan maklumbalas dan memantapkan sistem permohonan online melalui “MedPCs” untuk semua kategori permohonan.
Menyelaras dan memastikan hal-hal berkaitan e-reporting, sumbangan sosial dan sebagainya bagi kemudahan jagaan kesihatan swasta.
Menjadi rujukan dan menyediakan khidmat nasihat serta maklumbalas untuk CKAPS JKN/JKWP dan pihak pemohon yang berkaitan termasuk mengadakan roadshow, perbincangan dan taklimat.
Mengumpul dan menganalisa data serta menyediakan maklumbalas berkaitan status pendaftaran dan pelesenan kemudahan jagaan kesihatan swasta
Menyediakan kertas kerja dan draf bagi pembentukan polisi baharu berkaitan dengan pendaftaran dan pelesenan semua kategori kemudahan dan perkhidmatann jagaan kesihatan swasta seperti obstestrik dan ginekologi, estetik, hiperbarik, hemodialisis dan sebagainya.
Mengumpul, menganalisa dan menyediakan maklumbalas ke atas cadangan pindaan Akta 586 dan Peraturan-peraturannya.
Melaksana dan menguatkuasakan akta-akta yang berkaitan dengan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta seperti Akta Kesihatan Mental 2001, Akta Makmal Patologi 2007, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 dan lain-lain.
Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.