AMALAN PERUBATAN ESTETIK

Sebelum menjalani sebarang prosedur estetik ada 3P yang perlu disemak untuk memastikan prosedur selamat dan meminimumkan risiko komplikasi. Apakah yang dimaksudkan dengan 3P?

1. PROSEDUR

Orang awam mesti menyemak dahulu prosedur yang akan dilakukan . Prosedur-prosedur ini telah dikategorikan kepada non-invasive, minimally invasive dan invasive. Terdapat juga prosedur yang tidak dibenarkan untuk dijalankan sama sekali di Malaysia.


2. PENGAMAL

Pengamal yang menjalankan prosedur perubatan estetik mestilah Pengamal Perubatan berdaftar yang mempunyai Letter Of Credentialing and Privileging (LCP)
Semak jika Pengamal Perubatan adalah seorang Pengamal berdaftar atau tidak dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
Semak jika Pengamal Perubatan mempunyai Sijil LCP atau tidak

3. PREMIS

Prosedur mestilah dijalankan di premis yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Semak sekiranya premis berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan boleh menyediakan perkhidmatan estetik atau tidak





wpChatIcon