Pengenalan Cawangan Medico-Legal
Latar Belakang
- Pada peringkat permulaan, pengurusan kes-kes berpotensi medico-legal dan kes-kes medico-legal diuruskan oleh bahagian Perkembangan Perubatan. Walaubagaimanapun, pada pertengahan tahun 2004, pengurusan kes-kes berpotensi legal telah diambilalih oleh Bahagian Amalan Perubatan dan Unit Medico-Legal telah ditubuhkan. Unit Medico Legal pada masa itu diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah U48 dengan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir N17.
- Tujuan Cawangan ini ditubuhkan adalah bagi menyiasat kes-kes aduan teknikal dan berpotensi medico-legal serta menyelaras dan mengendalikan kes-kes medico-legal termasuk kes-kes saman sivil kecuaian klinikal di premis kesihatan kerajaan.
- Cawangan ini juga ditubuhkan bagi memberi kesedaran kepada doktor dan paramedik mengenai isu-isu kecuaian klinikal dengan cara memberi ceramah-ceramah medico-legal dan menganjurkan kursus-kursus medico-legal bersama-sama dengan agensi kerajaan yang lain.
- Pada tahun 2006, Cawangan ini telah memulakan langkah bagi menyelesaikan kes-kes kecuaian klinikal di luar mahkamah melalui pembayaran ex gratia. Langkah ini diambil bagi mengurangkan kes-kes saman terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia yang mana boleh menjejaskan imej Kerajaan dan KKM. Dengan langkah ini juga, masa dan kos dapat dijimatkan kerana kes-kes yang dikendalikan oleh mahkamah boleh berlanjutan dan mengambil masa yang agak lama.