FAQ CKAPS

AKTA 586
1) Apakah Akta 586?

Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] adalah suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan & pengawalan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta (KPJKS) & kemudahan dan perkhidmatan lain yang berhubungan dengan kesihatan & bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Akta 586 telah diwartakan pada 27 Ogos 1998 dan telah dikuatkuasakan bermula dari 1 Mei 2006. Akta 586 telah diwartakan bagi menggantikan Akta Hospital Persendirian 1971 [Akta 43].

2) Apakah agensi yang menguatkuasakan Akta 586?

Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (CKAPS HQ) dan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, di setiap Jabatan Kesihatan Negeri dan Wilayah Persekutuan (CKAPS JKN/WP) telah ditubuhkan untuk mengawal (control), mengawalselia (regulate) dan memantau (monitor) pelbagai jenis kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selaras dengan peruntukan bawah Akta 586

3) Apakah kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta (KPJKS) bawah Akta 586?

Selaras dengan seksyen 2, Akta 586, KPJKS disifatkan sebagai “mana-mana premis selain kemudahan jagaan kesihatan Kerajaan yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan kesihatan…”, dan “…apa-apa kemudahan yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi mengadakan perkhidmatan jagaan kesihatan yang ditubuhkan, disenggarakan, dikendalikan atau disediakan oleh Kerajaan tetapi tidak termasuk kemudahan jagaan kesihatan Kerajaan yang diswastakan atau yang diperbadankan.” 

4) Apakah jenis fasiliti KPJKS yang dikawal dan dikawalselia bawah Akta 586?

Selaras dengan seksyen 3 dan 4, Akta 586, kategori KPJKS bawah Akta 586 adalah seperti berikut:

  • (i). Hospital Swasta
  • (ii). Hospital Psikiatri Swasta
  • (iii). Pusat Jagaan Ambulatori Swasta
  • (iv). Rumah Jagaan Kejururawatan Swasta
  • (v). Rumah Jagaan Kejururawatan Psikiatri Swasta
  • (vi). Rumah Bersalin Swasta
  • (vii). Bank Darah Swasta
  • (viii). Pusat Hemodialisis Swasta
  • (ix). Hospis Swasta
  • (x). Pusat Kesihatan Mental Masyarakat Swasta
  • (xi). Kemudahan Gabungan
  • (xii). Klinik Perubatan Swasta
  • (xiii). Klinik Pergigian Swasta
5) Apakah perbezaan antara Prosedur Pelesenan dan Pendaftaran bawah Akta 586?

KPJKS berlesen merujuk kepada KPJKS yang tertera pada seksyen 3, Akta 586 [4(i)-4(xi) di atas], manakala KPJKS berdaftar merujuk kepada seksyen 4, Akta 586, iaitu klinik perubatan atau klinik pergigian swasta. Secara dasarnya perbezaan prosedur di antara pelesenan dan pendaftaran bawah Akta 586 adalah seperti berikut:

  • (i). Permohonan kelulusan dan permohonan lesen baru bagi KPJKS berlesen, dimana KPJKS berlesen melibatkan 2 peringkat permohonan sebelum boleh beroperasi. Manakala bagi KPJKS berdaftar hanya melibatkan satu peringkat permohonan, iaitu permohonan pendaftaran klinik swasta; dan
  • (ii). Permohonan pembaharuan lesen setiap dua tahun bagi KPJKS berlesen, manakala KPJKS berdaftar tidak melibatkan permohonan pembaharuan pendaftaran.
PEMEGANG LESEN/ PEMEGANG PERAKUAN PENDAFTARAN/ ORANG YANG DIBERI KUASA (OYDK)
1) Siapakah yang dimaksudkan “Pemegang Lesen” dan “Pemegang Perakuan Pendaftaran” bawah Akta 586?

Pemegang Lesen bagi KPJKS berlesen boleh diberikan kepada entiti selaras dengan seksyen 6, Akta 586, manakala Pemegang Perakuan Pendaftaran bagi KPJKS berdaftar diberikan selaras dengan seksyen 7, Akta 586.

Kategori pemegang lesen/perakuan pendaftaran adalah seperti di jadual di bawah.

50% daripada ahli lembaga pengarah mestilah pengamal pergigian berdaftar seperti yang dinyatakan dalam seksyen 48, Akta Pergigian 2018 dan nature of business terhad kepada perniagaan pergigian sahaja.

2) Apakah tanggungjawab pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran?
  • (i). Memastikan KPJKS dikendalikan oleh seorang orang yang bertanggungjawab
  • (ii). Memeriksa KPJKS secara berkala
  • (iii). Memastikan orang yang diambil bekerja atau diguna khidmat oleh KPJKS didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang yang mengawal selia pendaftaran mereka
  • (iv). Mematuhi apa-apa kewajipan dan tanggungjawab lain sebagaimana yang ditetapkan
3) Saya bakal meletak jawatan dari klinik kesihatan kerajaan. Bolehkah saya menghantar permohonan untuk menubuhkan klinik perubatan/pergigian swasta dahulu sebelum saya meletak jawatan?

Tidak boleh. Penjawat awam tidak boleh menubuhkan (sebagai pemegang perakuan pendaftaran atau OYB) klinik perubatan/pergigian swasta selagi belum meletakkan jawatan dan mengemukakan surat peletakan jawatan dengan tarikh kuat kuasa peletakan jawatan.

4) Klinik baru saya akan beroperasi dengan jenis usahaniaga pertubuhan perbadanan. Adakah wajib untuk pemegang perakuan pendaftaran dan/atau OYB berada dalam senarai ahli lembaga pengarah pertubuhan perbadanan tersebut?
  • (i). Klinik perubatan swasta: Tidak.
  • (ii). Klinik pergigian swasta: Tidak, namun sekiranya pemegang perakuan pendaftaran adalah pertubuhan perbadanan, perlu memastikan dalam senarai ahli lembaga pengarah terdiri daripada sekurang-kurangnya 50% pengamal pergigian berdaftar
5) Siapakah yang layak menjadi Orang Yang Diberi Kuasa (OYDK)?
  • (i). OYDK hendaklah merupakan seorang pemegang KPPN;
  • (ii). OYDK bagi pihak perkongsian atau pertubuhan perbadanan atau pertubuhan hendaklah mengemukakan surat pemberian kuasa; dan
  • (iii). Bukan penjawat awam.
6) Siapakah yang layak untuk untuk memohon Borang 1 dan menjadi pemegang lesen bagi rumah jagaan kejururawatan swasta?
  • (i). Bagi pemilik tunggal (sole proprietor), pemohon hendaklah seorang pengamal perubatan berdaftar dan mempunyai perakuan amalan tahunan semasa (APC) atau seorang jururawat berdaftar [dengan Lembaga Kejururawatan Malaysia dan mempunyai perakuan amalan tahunan semasa (APC)] yang mempunyai perkiraan kontraktual dengan seorang pengamal perubatan berdaftar.
  • (ii). Bagi perkongsian (partnership), salah seorang ahli perkongsian hendaklah seorang pengamal perubatan berdaftar.
  • (iii). Bagi pertubuhan perbadanan (body corporate), hendaklah berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 [digantikan dengan Akta Syarikat 2016] dan salah seorang dari ahli lembaga pengarah hendaklah seorang pengamal perubatan berdaftar.
ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB (OYB)
1) Apakah yang dimaksudkan dengan “Orang Yang Bertanggungjawab” bawah Akta 586?

Seksyen 2, Akta 586 mentafsirkan Orang Yang Bertanggungjawab (OYB) “ertinya seseorang yang mempunyai apa-apa kelayakan, latihan dan pengalaman sebagaimana yang ditetapkan dan yang bertanggungjawab bagi pengurusan dan kawalan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang ada kena-mengena dengan sesuatu lesen atau pendaftaran”;

Kelayakan, latihan dan pengalaman OYB bagi KPJKS –

  • (i). berdaftar dinyatakan dalam Jadual Ketiga, Peraturan-Peraturan Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Klinik Perubatan Swasta Atau Klinik Pergigian Swasta) 2006 [U. (A) 137/2006]; dan
  • (ii). berlesen dinyatakan dalam Jadual Keempat, Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006 [U. (A) 138/2006].
2) Bolehkah OYDK dan Orang Yang Bertanggungjawab (OYB) merupakan orang yang sama?

Boleh, sekiranya OYDK dan OYB tersebut merupakan seorang Pengamal Perubatan Berdaftar (RMP).

3) Apakah perbezaan di antara OYDK dan OYB?
  • (i). OYDK merupakan wakil yang telah dilantik oleh pemohon jenis perkongsian, pertubuhan atau pertubuhan perbadanan untuk mengemukakan permohonan kepada pihak CKAPS. Segala surat-menyurat berkaitan permohonan tersebut akan diajukan kepada OYDK tersebut.
  • (ii). OYB adalah individu yang bertanggungjawab bagi pengurusan, kawalan, penyenggaraan dan pengendalian sesuatu KPJKS, sepertimana yang ditetapkan dalam Akta 586.
4) Saya telah menjadi OYB (Orang Yang Bertanggungjawab) di Klinik X. Bolehkah saya menjadi OYB di Klinik Y?

Tidak boleh. Seseorang individu pengamal perubatan berdaftar (RMP) hanya boleh menjadi OYB di satu klinik swasta sahaja. Pada masa yang sama, OYB/ Ketua Jabatan bagi KPJKS lain tidak boleh menjadi OYB bagi klinik swasta yang lain.

5) Permohonan pendaftaran klinik saya telah mendapat STH dan telah selesai pengubahsuaian. Tiba-tiba, OYB klinik saya telah meletakkan jawatan. Apa yang perlu saya buat?

Pemohon bagi permohonan pendaftaran tersebut perlu menamakan OYB yang baru atau mengemukakan surat tarik balik permohonan pendaftaran jika tiada OYB baru sebagai pengganti.

6) Saya dinamakan sebagai pemohon dan OYB bagi permohonan pendaftaran klinik baru. Setelah permohonan dikemukakan ke CKAPS HQ saya telah mendapat STH dan telah selesai renovasi. Setelah itu, saya tidak berminat untuk meneruskan permohonan tersebut. Apa perlu saya lakukan?

Anda perlu tarik balik permohonan pendaftaran klinik swasta tersebut dan fi pemprosesan tidak akan dikembalikan.

7) Adakah nama dan alamat klinik baru perlu diletakkan dalam APC (Annual Practicing Certificate) tahun semasa untuk OYB?

Perlu kemukakan permohonan ke Malaysian Medical Council (MMC)/ Malaysian Dental Council (MDC) untuk meminda tempat utama amalan/menambah pada APC

8) Saya merupakan pemohon dan OYB bagi permohonan pendaftaran klinik swasta dan mengemukakan permohonan pendaftaran pada Disember 2024. Dokumen APC tahun berapakah yang perlu dikemukakan bagi permohonan tersebut?

Sila sertakan APC bagi tahun semasa iaitu 2024 serta APC tahun 2025.

9) Apakah kriteria Orang Yang Bertanggungjawab (OYB) bagi sesebuah hospital swasta?
  • (i). Individu yang memegang Kad Pengenalan Pendaftaran Negara (KPPN);
  • (ii). Mempunyai kelayakan, latihan dan pengamalan sepertimana yang ditetapkan di dalam Jadual Keempat, P.U. (A) 138/2006; dan
  • (iii). Bukan penjawat awam.
10) Siapakah yang layak menjadi OYB di pusat hemodialisis swasta?

Pakar Nefrologi atau sekurang-kurangnya pegawai perubatan yang mempunyai latihan 200 jam dalam rawatan hemodialisis

11) Apakah tanggungjawab OYB di pusat hemodialisis swasta?

OYB perlu memantau dan merawat pesakit setiap hari. Memastikan pesakit dilihat oleh pakar buah pinggang (nephrologist) sekurang-kurangnya 3 bulan sekali. Bertanggungjawab terhadap segala isu atau masalah berkaitan pusat hemodialisisnya swasta tersebut.

12) Sekiranya pusat hemodialisis swasta ingin melantik OYB yang baru, adakah sebarang rujukan bagi mengenalpasti siapa Pegawai Perubatan yang mempunyai sijil 200 jam?

Pihak premis boleh berhubung terus dengan Malaysian Society of Nephrology (MSN) bagi mendapatkan nama Pegawai Perubatan yang telah mempunyai sijil 200 jam dalam rawatan hemodialisis.

13) Siapakah yang layak menjadi OYB di pusat jagaan ambulatori swasta?

OYB bagi sesuatu pusat jagaan ambulatori swasta boleh sama ada pengamal perubatan berdaftar pakar atau pengamal pergigian berdaftar pakar, selaras dengan mana-mana perkhidmatan kepakaran yang disediakan di pusat jagaan ambulatori swasta tersebut. Kelayakan, latihan dan pengalaman OYB bagi pusat jagaan ambulatori swasta boleh rujuk Jadual Keempat, Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006 [P.U. (A) 138/2006]

14) Siapakah OYB bagi Rumah Jagaan Kejururawatan Swasta?

Selaras dengan Jaduan Keempat P.U. (A) 138/2006, OYB bagi rumah jagaan kejururawatan swasta adalah seorang jururawat berdaftar dengan Lembaga Kejururawatan Malaysia yang terlatih sebaik-baiknya dalam bidang jagaan geriatrik atau pemulihan dan mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang kejururawatan.

JENIS USAHA NIAGA
1) Apakah yang dimaksudkan dengan “tuan punya tunggal”?

Tuan Punya Tunggal bawah seksyen 6(1)(a), Akta 586 bagi KPJKS berlesen dan seksyen 7(1), Akta 586 bagi KPJKS berdaftar merujuk kepada Pengamal Perubatan Berdaftar. Namun bagi seksyen 7(2), Akta 586 bagi klinik pergigian swasta, ia merujuk kepada Pengamal Pergigian Berdaftar.

Namun begitu Jururawat Berdaftar boleh menjadi pemegang lesen bagi rumah jagaan kejururawatan swasta dan Bidan Berdaftar bagi rumah bersalin swasta selaras dengan seksyen 6(2) dan 6(3), Akta 586.

2) Apakah yang dimaksudkan dengan “perkongsian”?

Suatu perkongsian yang sekurang-kurangnya seorang pekongsi adalah pengamal perubatan berdaftar, selaras dengan seksyen 6(1)(b), Akta 586. Jika usaha niaga klinik didaftarkan sebagai perkongsian (bagi klinik perubatan swasta sahaja), perlu kemukakan salinan profil Perkongsian Liabitili Terhad (PLT) yang terkini.

3) Apakah yang dimaksudkan dengan “pertubuhan perbadanan”?
  • (i). Selaras dengan seksyen 2, Akta 586, pertubuhan perbadanan ditafsirkan sebagai pertubuhan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [digantikan dengan Akta Syarikat 2016]. Dalam seksyen 6(1)(c), Akta 586, lembaga pengarah dalam pertubuhan perbadanan mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang pengamal perubatan berdaftar bagi KPJKS yang disenaraikan bawah Seksyen 3, Akta 586.
  • (ii). Pada masa yang sama, bagi klinik pergigian berdaftar, seksyen 7(2), Akta 586 menetapkan pertubuhan perbadanan bagi pemegang perakuan pendaftaran adalah seperti yang dinyatakan dalam Akta Pergigian 1971 [digantikan dengan Akta Pergigian 2018].
4) Klinik baru saya akan beroperasi dengan jenis usahaniaga pertubuhan perbadanan. Adakah wajib untuk pemegang perakuan pendaftaran dan/atau OYB berada dalam senarai ahli lembaga pengarah pertubuhan perbadanan tersebut?
  • (i). Klinik perubatan swasta: Tidak.
  • (ii). Klinik pergigian swasta: Tidak, namun sekiranya pemegang perakuan pendaftaran adalah pertubuhan perbadanan, perlu memastikan dalam senarai ahli lembaga pengarah terdiri daripada sekurang-kurangnya 50% pengamal pergigian berdaftar
KLINIK PERUBATAN/ PERGIGIAN SWASTA (PENDAFTARAN BAWAH AKTA 586)
PERSONEL
1) Saya telah menjadi OYB (Orang Yang Bertanggungjawab) di Klinik X. Bolehkah saya menjadi OYB di Klinik Y?

Tidak boleh. Seseorang individu pengamal perubatan berdaftar (RMP) hanya boleh menjadi OYB di satu klinik swasta sahaja. Pada masa yang sama, OYB/ Ketua Jabatan bagi KPJKS lain tidak boleh menjadi OYB bagi klinik swasta yang lain.

2) Saya bakal meletak jawatan dari klinik kesihatan kerajaan. Bolehkah saya menghantar permohonan untuk menubuhkan klinik perubatan/pergigian swasta dahulu sebelum saya meletak jawatan?

Tidak boleh. Penjawat awam tidak boleh menubuhkan (sebagai pemegang perakuan pendaftaran atau OYB) klinik perubatan/pergigian swasta selagi belum meletakkan jawatan dan mengemukakan surat peletakan jawatan dengan tarikh kuat kuasa peletakan jawatan.

3) Bolehkah kerja - kerja housekeeping klinik dijalankan oleh staf saya sendiri

Ya boleh dengan syarat ia dipantau oleh OYB klinik

4) Permohonan pendaftaran klinik saya telah mendapat STH dan telah selesai pengubahsuaian. Tiba-tiba, OYB klinik saya telah meletakkan jawatan. Apa yang perlu saya buat?

Pemohon bagi permohonan pendaftaran tersebut perlu menamakan OYB yang baru atau mengemukakan surat tarik balik permohonan pendaftaran jika tiada OYB baru sebagai pengganti.

5) Saya dinamakan sebagai pemohon dan OYB bagi permohonan pendaftaran klinik baru. Setelah permohonan dikemukakan ke CKAPS HQ saya telah mendapat STH dan telah selesai renovasi. Setelah itu, saya tidak berminat untuk meneruskan permohonan tersebut. Apa perlu saya lakukan?

Anda perlu tarik balik permohonan pendaftaran klinik swasta tersebut dan fi pemprosesan tidak akan dikembalikan.

6) Berapa lama tempoh sah untuk satu akuan berkanun (SD)?

2 tahun

7) Apakah perbezaan cara kerja lama dan cara kerja baru untuk permohonan pendaftaran klinik perubatan/pergigian?

Antara perbezaannya ialah STH akan dikeluarkan oleh CKAPS HQ dan bukan CKAPS JKN/WP dan lawatan akan dijalankan oleh CKAPS JKN/WP selepas klinik mendapat Borang B/C, iaitu setelah klinik beroperasi.

8) Adakah nama dan alamat klinik baru perlu diletakkan dalam APC (Annual Practicing Certificate) tahun semasa untuk OYB?

Perlu kemukakan permohonan ke Malaysian Medical Council (MMC)/ Malaysian Dental Council (MDC) untuk meminda tempat utama amalan/menambah pada APC

9) Saya merupakan pemohon dan OYB bagi permohonan pendaftaran klinik swasta dan mengemukakan permohonan pendaftaran pada Disember 2024. Dokumen APC tahun berapakah yang perlu dikemukakan bagi permohonan tersebut?

Sila sertakan APC bagi tahun semasa iaitu 2024 serta APC tahun 2025.

10) Klinik baru saya akan beroperasi dengan jenis usahaniaga pertubuhan perbadanan. Adakah wajib untuk pemegang perakuan pendaftaran dan/atau OYB berada dalam senarai ahli lembaga pengarah pertubuhan perbadanan tersebut?
  • (i). Klinik perubatan swasta: Tidak.
  • (ii). Klinik pergigian swasta: Tidak, namun sekiranya pemegang perakuan pendaftaran adalah pertubuhan perbadanan, perlu memastikan dalam senarai ahli lembaga pengarah terdiri daripada sekurang-kurangnya 50% pengamal pergigian berdaftar
FASILITI
1) Bolehkah saya dapatkan senarai semak bagi permohonan berkaitan klinik perubatan/pergigian swasta

Klik pautan:  https://hq.moh.gov.my/medicalprac/klinik-swasta/

2) Dimanakah saya boleh dapat Borang A untuk permohonan pendaftaran klinik baru?
3) Apakah keperluan untuk mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti certificate of fitness (CF), cukai taksiran, bil utiliti, tenancy agreement semasa menghantar permohonan pendaftaran klinik baru?

CF memastikan bangunan selamat diduduki, cukai taksiran, bil utiliti, tenancy agreement dijadikan sebagai rujukan untuk mendapatkan alamat premis yang lengkap.

4) Apakah yang wajib dimasukkan dalam pelan lantai untuk Bilik Perundingan dan Bilik Rawatan semasa permohonan pendaftaran klinik perubatan swasta baru?

Bagi Klinik perubatan swasta boleh rujuk no. 10 dan no. 11 pada Senarai Semak Pelan Lantai Dan Pemeriksaan Pematuhan Piawaian (Klinik Perubatan Swasta). Senarai semak di pautan: https://hq.moh.gov.my/medicalprac/wp-content/uploads/2024/08/Lampiran-PL3P-PMC_Senarai-Semak-Pelan-Lantai-PMC-Ver.-Sept-2024.pdf

5) Setelah saya mengemukakan permohonan pendaftaran ke CKAPS HQ, bilakah saya boleh memulakan pengubahsuaian klinik?

Setelah Surat Tiada Halangan Pengubahsuaian (STH) dikeluarkan

6) Bilakah surat tiada halangan pengubahsuaian akan dikeluarkan?

Setelah memenuhi semua syarat berdasarkan Senarai Semak Dokumen Permohonan Pendaftaran Klinik Swasta

7) Adakah klinik saya boleh beroperasi selepas mendapat STH?

Tidak boleh. Klinik swasta hanya boleh beroperasi selepas mendapat Perakuan Pendaftaran, Borang B atau Borang C bawah Akta 586

8) Bolehkah saya pamerkan polisi ketidakpuasan hati pelanggan, prosedur bil, pengenalan diri staf dan carta organisasi di dalam kaunter pendaftaran dan bilik konsultasi sahaja?

Semua dokumen tersebut hendaklah dipamerkan ditempat yang mudah dilihat pesakit/pelanggan anda

9) Apakah penggunaan slogan dibenarkan pada papan tanda klinik perubatan/pergigian swasta?

Slogan/tagline tidak dibenarkan pada papan tanda utama klinik

10) Bolehkah papan tanda nama klinik diletakkan perkataan dimiliki oleh / diuruskan oleh syarikat pemohon (jenis usahaniaga: pertubuhan perbadanan)?

Mohon rujuk Garis Panduan Papan Tanda Klinik Swasa Bawah Akta 586 di pautan: https://hq.moh.gov.my/medicalprac/wp-content/uploads/2024/08/Garis-Panduan-Papan-Tanda-Klinik-Swasta_Sept-2024.pdf

11) Saya telah menyewa premis 2 tingkat tetapi saya hanya menggunakan Ground Floor sahaja sebagai kawasan klinik perubatan/pergigian saya. Bolehkah saya jadikan First Floor sebagai pusat tuisyen/ perniagaan lain selain klinik perubatan?
  • (i). Tidak boleh sekiranya ada physical link di antara Ground Floor dan First Floor, contohnya laluan tangga yang melalui kawasan premis Ground Floor untuk ke First Floor.
  • (ii). Boleh sekiranya tiada physical link di antara klinik di Ground Floor tersebut dengan di First Floor.
12) Bolehkah saya membuat ramp depan klinik saya sehingga koridor bangunan dan sehingga sampai tempat parking kereta di tepi jalan?

Perlu dapat kelulusan Joint Management of Building dan juga Pihak Berkuasa Tempatan

13) Boleh saya gunakan portable ramp untuk klinik saya?

Boleh dan perlu mengemukakan SOP penggunaan portable ramp.

14) Premis klinik saya di Ground Floor, tetapi nombor lot yang sama dengan Tingkat Satu, iaitu kedua-duanya adalah no. 2. Bagaimana saya hendak spesifikkan alamat premis saya hanya di Ground Floor

Boleh tulis sebagai no. 2 (Ground Floor)

15) Tuan punya premis tiba-tiba hendak menamatkan kontrak sewa premis klinik saya dan saya terpaksa berpindah ke premis lain untuk meneruskan perkhidmatan klinik saya. Apa yang perlu saya buat?

Anda perlu mengemukakan permohonan pelupusan perakuan pendaftaran klinik (Borang E) di premis sedia ada, dan mohon semula pendaftaran klinik perubatan/pergigian di premis baru dengan kadar segera untuk memastikan kelangsungan operasi klinik anda.

16) Premis klinik saya di Ground Floor, tetapi nombor lot berbeza dengan Tingkat Satu, iaitu 2-G dan 2-I. Adakah perlu menambah di nombor lot menjadi 2-G (Ground Floor)?

Hanya perlu meletakkan nombor lot di alamat premis sebagai 2-G, dan pastikan semakan dengan alamat yang tertera di bil cukai taksiran atau tenancy agreement perlu sama, jika berkaitan

17) Saya tidak bercadang untuk adakan sinki double-compartment dalam bilik utiliti klinik saya kerana tidak cukup ruang. Adakah ini dibenarkan?
  • (i). Klinik perubatan swasta: Boleh, pemohon perlu sediakan justifikasi bahawa hanya disposable items yang akan digunakan di klinik
  • (ii). Klinik pergigian swasta: Tidak boleh, Klinik pergigian swasta perlu menyediakan double compartment sink kerana terdapat peralatan untuk rawatan yang memerlukan pembersihan sebelum disterilkan
18) Bolehkah tiada sinki disediakan dalam dispensary area?

Boleh, pemohon perlu kemukakan surat justifikasi bahawa tiada pembancuhan ubat di klinik dan hanya menyediakan ubat pre-packed.

19) Bagaimana untuk membuat anggaran tarikh penubuhan klinik?

Anggaran dalam 3 bulan dari tarikh permohonan dikemukakan ke CKAPS.

20) Bagi klinik yang mempunyai aras mezzanine (tetapi hanya ada 1 entrance & tiada laluan lain untuk ke aras mezzanine tersebut), adakah perlu letak “mezzanine” pada alamat klinik?

Ya perlu, contohnya: No. 5  (Aras Bawah & Mezzanine), Jalan …

21) Apakah kriteria untuk papan tanda utama klinik?

Mohon rujuk Garis Panduan Papan Tanda Klinik Swasa Bawah Akta 586 di pautan: https://hq.moh.gov.my/medicalprac/wp-content/uploads/2024/08/Garis-Panduan-Papan-Tanda-Klinik-Swasta_Sept-2024.pdf

22) Berapakah had bilangan Bilik Perundingan, Bilik Rawatan dan Bilik Pembedahan Kecil di klinik Perubatan Swasta?
  • (i). Had bilangan Bilik Perundingan bagi klinik perubatan (termasuk dengan perkhidmatan estetik sebagai area of interest) adalah berdasarkan bilangan Pengamal Perubatan Berdaftar dengan nisbah 1 pengamal kepada 1 bilik:
    • (a)sekiranya ingin menambah bilangan Bilik Perundingan, nama Pengamal Perubatan tambahan hendaklah dikemukakan (Pengamal Perubatan Berdaftar yang menjadi OYB di KPJKS lain tidak boleh dinamakan sebagai pengamal perubatan berdaftar tambahan); dan
    • (b)bilangan Bilik Perundingan untuk kegunaan Pengamal Perubatan Berdaftar lokum adalah terhad kepada satu (1) sahaja (sekiranya tiada Pengamal Perubatan Berdaftar tetap dinamakan).
  • (ii). Had bilangan Bilik Rawatan bagi klinik perubatan adalah dua (2), manakala klinik perubatan dengan perkhidmatan estetik sebagai area of interest adalah empat (4). Namun, pemohon perlu mengemukakan justifikasi kegunaan bilik-bilik tersebut ketika mengemukakan permohonan; dan
  • (iii). Had maksima Bilik Pembedahan Kecil bagi klinik perubatan (termasuk dengan perkhidmatan estetik sebagai area of interest) adalah satu (1).
PERKHIDMATAN (SERVIS)
1) Adakah ECG masih diperlukan sekiranya pihak klinik telah menyediakan mesin AED?

Klinik perubatan swasta perlu menyediakan ECG selaras dengan Jadual Kelima,  P.U. (A) 137/2006

2) Apakah senarai asas untuk menyediakan emergency drugs?

Sekurang-kurangnya dapat menyediakan (minima):

  • (i). Atropine
  • (ii). Adrenaline
  • (iii). Normal saline
  • (iv). D50%
3) Selain emergency drugs, apakah peralatan kecemasan lain yang perlu disediakan oleh pihak klinik?

Klinik perubatan swasta

  • (i). Sistem panggilan kecemasan
  • (ii). Oksigen;
  • (iii). Airways and manual breathing bag;
  • (iv). Intravenous therapy supplies;
  • (v). Mesin elektrokardiogram;
  • (vi). Laryngoscope dan endotracheal tubes;
  • (vii). Suction machine; dan
  • (viii). Urinary catheters

Klinik pergigian swasta

  • (i). Sistem panggilan kecemasan
  • (ii). Airways and manual breathing bag;
  • (iii). Suction machine
4) Adakah rawatan intravenous drip boleh disediakan di klinik swasta?. Adakah drip stand tidak boleh digunakan/ bukan menjadi keperluan asas?

Boleh, tetapi terhad kepada kes-kes kecemasan sahaja untuk menstabilkan pesakit sebelum pesakit dirujuk ke fasiliti kesihatan lain.

5) Adakah sebuah klinik perubatan/pergigian swasta boleh mengadakan/menyediakan bilik non-klinikal seperti Photo Room, Playing Area, Discussion Room, Meeting Room yang mana pesakit juga menggunakan ruangan ini?

Boleh dan perlu memastikan bukaan lega pintu laluan pesakit adalah sekurang-kurangnya 1.2m. Namun, Discussion Room & Meeting Room adalah untuk kegunaan staff sahaja.

6) Saya bercadang untuk mengadakan perkhidmatan imunisasi atau vaksinasi di klinik saya, apakah yang perlu ada dalam pelan lantai saya?

Perlu ditunjukkan lokasi peti sejuk dalam pelan lantai dan dilabelkan di legend

7) Adakah waktu rehat perlu dinyatakan dalam waktu operasi klinik?

Waktu operasi klinik adalah waktu OYB berada (bekerja) di klinik. Waktu rehat hendaklah dinyatakan dengan jelas, sebagai contoh: Klinik beroperasi secara keseluruhan dari 8.00am-10.00pm (rehat 1.00pm-2.00pm dan 7.00pm-8.00pm). Oleh itu, waktu operasi yang perlu dimohon dalam Borang A dan jika dipamerkan di glass door adalah seperti berikut: 8.00am-1.00pm, 2.00pm-7.00pm, 8.00pm-10.00pm

8) Adakah dental instruments bagi klinik pergigian swasta dibenarkan untuk disimpan dalam bilik OPG (OPG + stor bagi dental instruments)?

Tiada halangan sekiranya tiada isu dari segi kebersihan, keselesaan & keselamatan pesakit (jika premis dapat memastikan tiada risiko jangkitan silang) serta memastikan pergerakan keluar masuk ke bilik x-ray dapat dikurangkan sebagai kawalan dedahan kepada radiasi.

9) Perkhidmatan Stress Test di Klinik Perubatan Swasta

Secara dasarnya, perkhidmatan stress test perlu disediakan sekurang-kurangnya di pusat jagaan ambulatori swasta. Namun, perkhidmatan stress test boleh disediakan di Klinik Perubatan Swasta Pakar Internal Medicine atau Kardiologi sahaja, dengan mematuhi perkara seperti berikut:

  • (i). skop prosedur stress test tersebut adalah terhad kepada screening test sahaja (contohnya saringan kesihatan)
  • (ii). Personel:
  • OYB perlu mempunyai sijil National Specialist Register (NSR) Internal Medicine atau Kardiologi; dan
  • Kakitangan yang membantu mengendalikan prosedur screening treadmill stress test hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang paramedik (Jururawat atau Medical Assistant) yang-
    • berdaftar dengan badan profesyen masing-masing;
    • mempunyai Annual Practicing Certificate (APC) yang sah laku; dan
    • mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan sijil Basic Life Support (BLS) yang sah laku.; dan
  • (iii). Kemudahan & Peralatan:
  • Bilik rawatan khas untuk prosedur screening treadmill stress test dan setaraf dengannya (eg: Echocardiography); dan
  • Troli kecemasan yang dilengkapi dengan peralatan dan ubat-ubatan yang bersesuaian termasuklah mesin defibrillator atau automated external defibrillator (AED), cardiac monitor dan bekalan oksigen yang mencukupi.; dan
  • (iv). Menyediakan Standard Operating Procedure (SOP) pemindahan dan rujukan pesakit sekiranya berlaku kecemasan.
10) Bolehkah Perkhidmatan Enhanced External Counterpulsation (EECP) di sediakan di Klinik Perubatan Swasta?

Perkhidmatan EECP hanya boleh –

  • (i). dijalankan di KPJKS yang berlesen bawah Akta 586, sekurang-kurangnya sebagai pusat jagaan ambulatori swasta [Ambulatory Care Centre(ACC)]. Ini kerana prosedur tersebut memerlukan post-procedure observation; dan
  • (ii). dikendalikan oleh personel yang mempunyai kelayakan sebagai Pakar Kardiologi atau Pakar Perubatan Dalaman (Internal Medicine Physician), bagi tujuan pengendalian  possible complications  susulan daripada prosedur tersebut.
11) Perkhidmatan Extracorporeal Shock Wave Therapy (ESWT) untuk rawatan Erectile Dysfunction (ED)

Perkhidmatan ESWT:

  • (i). telah dibukti secara saintifik berupaya untuk merawat penyakit vasculogenic erectile dysfunction.
  • (ii). Boleh dijalankan di premis KPJKS yang berdaftar sebagai sebuah Klinik Perubatan Pakar Urologi atau berlesen bawah Akta 586, sekurang-kurangnya sebagai pusat jagaan ambulatori swasta [Ambulatory Care Centre(ACC)]; dan
  • (iii). dikendalikan oleh personel yang mempunyai kelayakan sebagai Pakar Urologi yang mempunyai pengalaman dalam rawatan lelaki yang mengalami masalah erectile dysfunction (ED).
12) Perkhidmatan Fototerapi di rumah oleh Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta

Secara amnya, perkhidmatan fototerapi di rumah boleh disediakan oleh Klinik Perubatan Swasta Pakar Pediatrik,  pusat jagaan ambulatori swasta [Ambulatory Care Centre (ACC)] yang mana Pakar Pediatrik sebagai orang yang bertanggungjawab atau  Hospital Swasta yang mempunyai Pakar Pediatrik atau Neonatologist residen. Kriteria lain yang perlu dipatuhi boleh rujuk Arahan Ketua Pengarah Kesihatan Bilangan 1 Tahun 2018: Garis Panduan Untuk Menubuhkan Dan/Atau Menyediakan Kemudahan Dan Perkhidmatan Fototerapi Di Rumah Oleh Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta

13) Perkhidmatan spa kecantikan atau “Wellness Centre”

Secara amnya, spa kecantikan adalah diluar kawalan dan kawalseliaan Akta 586. Walau bagaimanapun, sekiranya sesebuah spa kecantikan didapati menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan yang menjadikannya KPJKS yang dikawal dan kawalselia di bawah Akta 586, sesebuah spa kecantikan tersebut boleh dikenakan tindakan perundangan selaras dengan ketetapan Akta 586.

14) Perkhidmatan dan Rawatan Aesthetic Medicine oleh Pengamal Perubatan

Boleh rujuk Guidelines on Aesthetic Medical Practice for Registered Medical Practitioners, second edition (Medical Practice Division, Ministry of Health Malaysia, 2020)

PELESENAN BAWAH AKTA 586
Dimanakah saya boleh perolehi garis panduan berkaitan permohonan -permohonan yang terlibat untuk mendapatkan Lesen beroperasi dan permohonan - permohonan lain yang berkaitan dengan Perakuan Kelulusan Atau Lesen untuk semua fasiliti kesihatan swasta yang berlesen bawah Akta 586?

Boleh rujuk “Garis Panduan Pemprosesan Permohonan Pelesenan Dan Permohonan-Permohonan Berkaitan Dengan Kelulusan Atau Lesen Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta” di pautan: https://hq.moh.gov.my/medicalprac/prosedur-permohonan/

HOSPITAL SWASTA
1) Dimana saya boleh perolehi senarai semak permohonan hospital swasta?
2) Apakah kriteria Orang Yang Bertanggungjawab (OYB) bagi sesebuah hospital swasta?
  • (i). Individu yang memegang Kad Pengenalan Pendaftaran Negara (KPPN);
  • (ii). Mempunyai kelayakan, latihan dan pengamalan sepertimana yang ditetapkan di dalam Jadual Keempat, P.U. (A) 138/2006; dan
  • Bukan penjawat awam.
3) Siapakah yang layak menjadi Orang Yang Diberi Kuasa (OYDK)?
  • (i). OYDK hendaklah merupakan seorang pemegang KPPN;
  • (ii). OYDK bagi pihak perkongsian atau pertubuhan perbadanan atau pertubuhan hendaklah mengemukakan surat pemberian kuasa; dan
  • (iii). Bukan penjawat awam.
4) Bolehkah OYDK dan Orang Yang Bertanggungjawab (OYB) merupakan orang yang sama?

Boleh, sekiranya OYDK dan OYB tersebut merupakan seorang Pengamal Perubatan Berdaftar (RMP).

5) Apakah perbezaan di antara OYDK dan OYB?
  • (i). OYDK merupakan wakil yang telah dilantik oleh pemohon jenis perkongsian, pertubuhan atau pertubuhan perbadanan untuk mengemukakan permohonan kepada pihak CKAPS. Segala surat-menyurat berkaitan permohonan tersebut akan diajukan kepada OYDK tersebut.
  • (ii). OYB adalah individu yang bertanggungjawab bagi pengurusan, kawalan, penyenggaraan dan pengendalian sesuatu KPJKS, sepertimana yang ditetapkan dalam Akta 586.
6) Bayaran fi bagi permohonan peluasan yang dikenakan adalah sebanyak RM 1,000.00. Adakah bayaran tersebut merujuk kepada bilangan permohonan Borang 5, atau mengikut bilangan perkara yang diubah/dipinda?

Bayaran tersebut untuk setiap permohonan Borang 5, tidak mengambilkira bilangan unit/fasiliti yang di ubahsuai/peluasan.

PUSAT HEMODIALISIS SWASTA
1) Dimana saya boleh perolehi senarai semak permohonan berkaitan pusat hemodialisis swasta?
2) Siapakah yang layak menjadi OYB di pusat hemodialisis swasta?

Pakar Nefrologi atau sekurang-kurangnya pegawai perubatan yang mempunyai latihan 200 jam dalam rawatan hemodialisis

3) Apakah tanggungjawab OYB di pusat hemodialisis swasta?

OYB perlu memantau dan merawat pesakit setiap hari. Memastikan pesakit dilihat oleh pakar buah pinggang (nephrologist) sekurang-kurangnya 3 bulan sekali. Bertanggungjawab terhadap segala isu atau masalah berkaitan pusat hemodialisisnya swasta tersebut.

4) Bagaimanakah cara untuk Pegawai Perubatan swasta memohon untuk mendapatkan sijil latihan 200 jam dalam rawatan hemodialisis?

Pegawai Perubatan yang berminat untuk mengikuti kursus 200 jam ini boleh berurusan dengan Malaysian Society of Nephrology (MSN) di website www.msn.org.my

5) Sekiranya pusat hemodialisis swasta ingin melantik OYB yang baru, adakah sebarang rujukan bagi mengenalpasti siapa Pegawai Perubatan yang mempunyai sijil 200 jam?

Pihak premis boleh berhubung terus dengan Malaysian Society of Nephrology (MSN) bagi mendapatkan nama Pegawai Perubatan yang telah mempunyai sijil 200 jam dalam rawatan hemodialisis.

6) Bolehkah meletakkan kerusi rawatan tambahan untuk pesakit berehat sementara menunggu rawatan atau persediaan atau berehat selepas rawatan di ruang rawatan pesakit Hemodialisis?

Tidak dibenarkan meletakkan kerusi rawatan/ kerusi dialisis tambahan tanpa permohonan peluasan (Borang 5) dan pindaan lesen diperakui terlebih dahulu.

7) Seandainya lot premis yang ditubuhkan berada di tengah-tengah sempadan di antara 2 negeri, bagaimana menentukan negeri mana yang sepatutnya didaftarkan?

Pihak premis boleh merujuk alamat di dalam Cukai Taksiran atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

8) Mengapakah CCTV tidak dibenarkan dipasang di Bilik Rawatan dan Bilik Perundingan dan mana-mana ruang rawatan pesakit?

CCTV tidak dibenarkan di Bilik Perundingan dan Bilik Rawatan dan mana-mana ruang rawatan pesakit bagi menjaga hak kebersendirian (privasi) pesakit.

9) Adakah cara lain seperti membuat permohonan atau membuat justifikasi yang membolehkan pihak premis memasang CCTV tersebut?

Pihak premis boleh membuat surat justifikasi pemasangan CCTV di premis bagi tujuan pemantauan kakitangan atau keselamatan. CCTV tersebut hendaklah dihadapkan ke laluan masuk atau keluar dan perlu memastikan CCTV tidak menunjukkan ruang rawatan pesakit.

PUSAT JAGAAN AMBULATORI SWASTA
1) Dimana saya boleh perolehi senarai semak permohonan berkaitan pusat jagaan ambulatori swasta?
2) Siapakah yang layak menjadi OYB di pusat jagaan ambulatori swasta?

OYB bagi sesuatu pusat jagaan ambulatori swasta boleh sama ada pengamal perubatan berdaftar pakar atau pengamal pergigian berdaftar pakar, selaras dengan mana-mana perkhidmatan kepakaran yang disediakan di pusat jagaan ambulatori swasta tersebut. Kelayakan, latihan dan pengalaman OYB bagi pusat jagaan ambulatori swasta boleh rujuk Jadual Keempat, Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006 [P.U. (A) 138/2006]

3) Adakah pesakit dibenarkan untuk menginap di pusat jagaan ambulatori swasta?

Selaras dengan seksyen 2, Akta 586, penginapan bagi pesakit di pusat jagaan ambulatori swasta perlu tidak lebih daripada 23 jam.

RUMAH JAGAAN KEJURURAWATAN SWASTA
1) Apakah yang dimaksudkan rumah jagaan kejururawatan swasta?

Rumah jagaan kejururawatan swasta adalah mana-mana premis bukan Kerajaan yang digunakan bagi menerima dan menyediakan jagaan kejururawatan bagi orang-orang yang mengidap atau sedang berehat supaya sembuh daripada apa-apa penyakit, kecederaan atau kelemahan.

2) Apakah yang dimaksudkan dengan jagaan kejururawatan?

Jagaan kejururawatan (nursing care) bermaksud apa-apa penjagaan bagi pesakit yang diberikan oleh jururawat berdaftar mengikut arahan pengamal perubatan berdaftar atau pengamal pergigian berdaftar dan amalan kejururawatan yang diterima (any care for patient that is provided by a registered nurse in accordance with the directions of a registered medical practitioner or registered dental practitioner and accepted nursing practice).

3) Dimana saya boleh perolehi senarai semak permohonan berkaitan rumah jagaan kejururawatan swasta?
4) Siapakah yang layak untuk untuk memohon Borang 1 dan menjadi pemegang lesen bagi rumah jagaan kejururawatan swasta?
  • (i). Bagi pemilik tunggal (sole proprietor), pemohon hendaklah seorang pengamal perubatan berdaftar dan mempunyai perakuan amalan tahunan semasa (APC) atau seorang jururawat berdaftar [dengan Lembaga Kejururawatan Malaysia dan mempunyai perakuan amalan tahunan semasa (APC)] yang mempunyai perkiraan kontraktual dengan seorang pengamal perubatan berdaftar.
  • (ii). Bagi perkongsian (partnership), salah seorang ahli perkongsian hendaklah seorang pengamal perubatan berdaftar.
  • (iii). Bagi pertubuhan perbadanan (body corporate), hendaklah berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 [digantikan dengan Akta Syarikat 2016] dan salah seorang dari ahli lembaga pengarah hendaklah seorang pengamal perubatan berdaftar.
5) Siapakah OYB bagi Rumah Jagaan Kejururawatan Swasta?

Selaras dengan Jaduan Keempat P.U. (A) 138/2006, OYB bagi rumah jagaan kejururawatan swasta adalah seorang jururawat berdaftar dengan Lembaga Kejururawatan Malaysia yang terlatih sebaik-baiknya dalam bidang jagaan geriatrik atau pemulihan dan mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang kejururawatan.

ADUAN TERHADAP KPJKS BAWAH AKTA 586
1) Apakah yang saya boleh adukan kepada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS)?

Aduan terhadap 13 jenis KPJKS yang di bawah kawalan dan kawalseliaan Akta 586

2) Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?

Boleh, walau bagaimanapun perlu dinyatakan hubungan anda dengan pesakit dan anda perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada pesakit dan dilampirkan di dalam aduan. Pengadu perlu mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pesakit.

3) Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberitahu maklumat peribadi?

Boleh, sekiranya aduan melibatkan kepentingan awam dan negara serta maklumat yang diberikan adalah mencukupi untuk membolehkan siasatan dimulakan bawah peruntukan perundangan yang berkaitan.

4) Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh CKAPS?

Sebarang aduan berkaitan kemudahan, perkhidmatan dan personel yang disediakan oleh KPJKS bawah Akta 586

5) Adakah semua aduan boleh dirujuk kepada CKAPS?

Semua aduan terhadap KPJKS berkaitan kemudahan, perkhidmatan dan personel boleh dirujuk kepada CKAPS selaras dengan peruntukan di bawah Akta 586 dan peraturan-peraturannya. Walau bagaimanapun, jika didapati aduan berkenaan melibatkan bidang kuasa agensi lain seperti Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu (BSKB), Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau lain-lain agensi kerajaan, aduan anda akan dipanjangkan kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

6) Adakah CKAPS boleh mengambil tindakan terhadap pengamal perubatan / pergigian?

Tidak, aduan yang melibatkan tata etika profesional dan kompetensi pengamal perubatan / pengamal pergigian berdaftar adalah di bawah bidang kuasa Majlis Perubatan Malaysia [Malaysian Medical Council (MMC)] / Majlis Pergigian Malaysia [Malaysian Dental Council (MDC)].

7) Bolehkah saya memohon pihak CKAPS untuk memulakan saman ke atas KPJKS yang terlibat dalam aduan saya?

Tidak, perkara tersebut adalah di luar bidang kuasa Akta 586.

8) Adakah pengadu akan mendapat hasil laporan siasatan CKAPS sekiranya siasatan dijalankan ke atas KPJKS susulan aduan yang dibuat?

Tidak, hasil siasatan CKAPS adalah untuk kegunaan dalaman dan tidak akan diberikan kepada pihak lain kecuali atas perintah mahkamah.

9) Apa yang perlu saya masukkan dalam aduan kepada CKAPS?

Aduan anda perlu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk membolehkan CKAPS menilai asas aduan tersebut. Pengadu perlu membekalkan maklumat- aklumat peribadi seperti yang tertera dalam laman web myCKAPS. Sila nyatakan dengan jelas butiran aduan dan hasil yang dikehendaki. Berikan sebanyak mungkin maklumat termasuk salinan-salinan surat atau dokumen yang berkaitan.

10) Bolehkah pihak CKAPS membantu saya mendapatkan pengurangan caj, tuntutan ganti rugi atau pembayaran balik bil yang telah dikenakan?

Sebarang bentuk pengurangan caj, tuntutan ganti rugi atau pembayaran balik adalah bergantung sepenuhnya atas budi bicara pihak KPJKS yang terlibat. Pengadu boleh merujuk aduan tersebut kepada peguam atau mahkamah sivil.

11) Apakah tindakan CKAPS kepada aduan saya?
  • (i). SPAB akan mengeluarkan nombor kes untuk rujukan setelah didaftar dalam sistem
  • (ii). SPAB akan menghantar Surat Akuan Terima kepada pengadu dalam tempoh 1 hari
  • (iii). Pertimbangan yang teliti akan diberikan ke atas aduan yang diterima dan tatacara pengendalian aduan akan mengikut tatacara pengendalian aduan terhadap KPJKS berdasarkan Akta 586 dan peraturan-peraturannya.
  • (iv). Surat arahan Grievence Mechanism (GM) atau penjelasan akan dikeluarkan kepada KPJKS yang terlibat, di mana KPJKS terlibat perlu memberi penjelasan kepada pengadu dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan.
  • (v). Sekiranya aduan tersebut memerlukan tindakan siasatan, kes akan dipanjangkan kepada CKAPS JKN/WP untuk tindakan selanjutnya. Pengadu tidak akan menerima sebarang maklum balas untuk kes seperti ini.
  • (vi). Semua urusan surat-menyurat berhubung dengan tindakan yang diambil akan disalinkan kepada pengadu sebagai makluman (sekiranya berkaitan)
12) Berapa lamakah masa yang diambil CKAPS untuk membuat siasatan?

Setiap aduan akan diambil tindakan sewajarnya mengikut ketetapan bawah Akta 586. Bagi kes-kes yang mudah, masa yang diperlukan adalah 30 hari. Walau bagaimanapun, bagi kes-kes yang rumit dan melibatkan siasatan di peringkat negeri atau tindakan penguatkuasaan, ia mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk diselesaikan

13) Bagaimana cara untuk saya menyemak maklumat status aduan saya?

Status aduan boleh diketahui melalui Semak Maklum Balas menggunakan nombor rujukan / kes yang telah didaftar di dalam sistem MyCKAPS.SPAB

14) Bagaimana cara membuat aduan?

Terdapat beberapa tatacara untuk mengemukakan aduan, seperti berikut:

  • (i). Laman sesawang myckaps.spab.gov.my
  • (ii). Menghubungi CKAPS di talian: 03-8883 1362
  • (iii). Melalui surat rasmi yang dialamatkan kepada;

Timbalan Pengarah CKAPS
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3, Blok E1, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya

  • (iv). hadir sendiri ke CKAPS Ibu Pejabat atau CKAPS JKN/WP (bergantung kepada situasi semasa)
PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN BAWAH AKTA 586
1) Perkhidmatan Stress Test di Klinik Perubatan Swasta

Secara dasarnya, perkhidmatan stress test perlu disediakan sekurang-kurangnya di pusat jagaan ambulatori swasta. Namun, perkhidmatan stress test boleh disediakan di Klinik Perubatan Swasta Pakar Internal Medicine atau Kardiologi sahaja, dengan mematuhi perkara seperti berikut:

  • (i). skop prosedur stress test tersebut adalah terhad kepada screening test sahaja (contohnya saringan kesihatan)
  • (ii). Personel:
    • OYB perlu mempunyai sijil National Specialist Register (NSR) Internal Medicine atau Kardiologi; dan
    • Kakitangan yang membantu mengendalikan prosedur screening treadmill stress test hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang paramedik (Jururawat atau Medical Assistant) yang-
      • berdaftar dengan badan profesyen masing-masing;
      • mempunyai Annual Practicing Certificate (APC) yang sah laku; dan
      • mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan sijil Basic Life Support (BLS) yang sah laku.; dan
  • (iii). Kemudahan & Peralatan:
    • Bilik rawatan khas untuk prosedur screening treadmill stress test dan setaraf dengannya (eg: Echocardiography); dan
    • Troli kecemasan yang dilengkapi dengan peralatan dan ubat-ubatan yang bersesuaian termasuklah mesin defibrillator atau automated external defibrillator (AED), cardiac monitor dan bekalan oksigen yang mencukupi.; dan
  • (iv). Menyediakan Standard Operating Procedure (SOP) pemindahan dan rujukan pesakit sekiranya berlaku kecemasan.
2) Bolehkah Perkhidmatan Enhanced External Counterpulsation (EECP) di sediakan di Klinik Perubatan Swasta?

Perkhidmatan EECP hanya boleh –

  • (i). dijalankan di KPJKS yang berlesen bawah Akta 586, sekurang-kurangnya sebagai pusat jagaan ambulatori swasta [Ambulatory Care Centre(ACC)]. Ini kerana prosedur tersebut memerlukan post-procedure observation; dan
  • (ii). dikendalikan oleh personel yang mempunyai kelayakan sebagai Pakar Kardiologi atau Pakar Perubatan Dalaman (Internal Medicine Physician), bagi tujuan pengendalian  possible complications  susulan daripada prosedur tersebut.
3) Perkhidmatan Extracorporeal Shock Wave Therapy (ESWT) untuk rawatan Erectile Dysfunction (ED)

Perkhidmatan ESWT:

  • (i). telah dibukti secara saintifik berupaya untuk merawat penyakit vasculogenic erectile dysfunction.
  • (ii). Boleh dijalankan di premis KPJKS yang berdaftar sebagai sebuah Klinik Perubatan Pakar Urologi atau berlesen bawah Akta 586, sekurang-kurangnya sebagai pusat jagaan ambulatori swasta [Ambulatory Care Centre(ACC)]; dan
  • (iii). dikendalikan oleh personel yang mempunyai kelayakan sebagai Pakar Urologi yang mempunyai pengalaman dalam rawatan lelaki yang mengalami masalah erectile dysfunction (ED).
4) Perkhidmatan Fototerapi di rumah oleh Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta

Secara amnya, perkhidmatan fototerapi di rumah boleh disediakan oleh Klinik Perubatan Swasta Pakar Pediatrik,  pusat jagaan ambulatori swasta [Ambulatory Care Centre (ACC)] yang mana Pakar Pediatrik sebagai orang yang bertanggungjawab atau  Hospital Swasta yang mempunyai Pakar Pediatrik atau Neonatologist residen. Kriteria lain yang perlu dipatuhi boleh rujuk Arahan Ketua Pengarah Kesihatan Bilangan 1 Tahun 2018: Garis Panduan Untuk Menubuhkan Dan/Atau Menyediakan Kemudahan Dan Perkhidmatan Fototerapi Di Rumah Oleh Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta

5) Perkhidmatan di Pusat Penjagaan Ibu Selepas Bersalin (Confinement Centre), adakah tertakluk di bawah Akta 586?

Secara amnya, pusat penjagaan ibu selepas bersalin (Confinement Centre) adalah diluar kawalan dan kawalseliaan Akta 586 selagi mana pusat penjagaan ibu selepas bersalin (Confinement Centre) ini hanya menawarkan perkhidmatan jagaan ibu selepas bersalin dan bayi semasa tempoh berpantang serta tidak menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan bawah Akta 585.

6) Perkhidmatan spa kecantikan atau “Wellness Centre”

Secara amnya, spa kecantikan adalah diluar kawalan dan kawalseliaan Akta 586. Walau bagaimanapun, sekiranya sesebuah spa kecantikan didapati menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan yang menjadikannya KPJKS yang dikawal dan kawalselia di bawah Akta 586, sesebuah spa kecantikan tersebut boleh dikenakan tindakan perundangan selaras dengan ketetapan Akta 586.

7) Perkhidmatan dan Rawatan Aesthetic Medicine oleh Pengamal Perubatan

Boleh rujuk Guidelines on Aesthetic Medical Practice for Registered Medical Practitioners, second edition (Medical Practice Division, Ministry of Health Malaysia, 2020)

8) Iklan berkaitan Perkhidmatan di premis Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (KPJKS)

Secara dasarnya, CKAPS tidak mengawalselia iklan-iklan berkaitan perkhidmatan di premis KPJKS. Sebaliknya, iklan-iklan ini dikawal dan dikawalselia oleh Lembaga Iklan Ubat (LIU) bawah Program Perkhidmatan Farmasi.

Iklan perkhidmatan kesihatan berkaitan rawatan, pencegahan dan diagnosis apa-apa penyakit atau keadaan badan manusia yang ditawarkan oleh premis-premis tidak berdaftar dan/atau berlesen bawah Akta 586 adalah dilarang dan permohonan bagi mendapatkan kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU) tidak akan diterima.

9) Kemudahan dan Perkhidmatan Fisioterapi (stand alone)

Secara amnya, keperluan pelesenan di bawah Akta 586 bagi menyediakan kemudahan dan perkhidmatan fisioterapi ketika ini adalah seperti berikut:

  • (i). bagi pusat fisioterapi yang menyediakan perkhidmatan kepada pesakit walk-in, perlu dilesenkan di bawah Akta 586 terlebih dahulu sekurang-kurangnya sebagai pusat jagaan ambulatori swasta dan mematuhi semua keperluan Akta 586 dan U. (A) 138/2006, dimana berkaitan; dan
  • (ii). tiada keperluan pelesenan bagi pusat fisioterapi yang menyediakan skop kemudahan dan perkhidmatan fisioterapi kepada pesakit yang dirujuk oleh pengamal perubatan berdaftar tanpa melibatkan pesakit walk-in sehingga kemudahan tersebut diwartakan sebagai kemudahan yang perlu dilesenkan di bawah Seksyen 3, Akta 586 kelak, atau sekiranya terdapat perubahan dalam skop perkhidmatan yang disediakan.