
PENGENALAN
Program Kawalan Infeksi di Malaysia telah lama dilaksanakan di kebanyakan hospital Kementerian Kesihatan Malaysia. Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotik Kebangsaan telah ditubuhkan pada tahun 2001 untuk menyelaras program kawalan infeksi di peringkat kebangsaan. Edisi pertama Polisi dan Prosedur Kawalan Jangkitan telah dibangunkan pada tahun 2001 dan edisi ketiga terkini dikeluarkan pada tahun 2019.
Program dibawah unit ini meliputi:
- Program Kawalan Infeksi
- Program Pengawalan Antimicrobial Resistance (AMR)
- Program Penjagaan Luka
Program-program ini memerlukan koordinasi di peringkat kebangsaan dan juga antara kementerian serta penglibatan di peringkat antarabangsa seperti Program Kawalan Infeksi dan Antimicrobial Resistance. Unit Kawalan Infeksi berperanan dalam merancang, mengkoordinasi serta menjalankan aktivi-aktiviti yang bersesuaian agar pencegahan dan kawalan jangkitan termasuk AMR dapat dijalankan dengan baik, seterusnya menjamin kualiti dan keselamatan pesakit semasa penyampaian perkhidmatan kesihatan.
