PERIOPERATIVE MORTALITY REVIEW (POMR)
OBJEKTIF
POMR adalah salah satu Audit Klinikal Kebangsaan yang mana melibatkan semakan kematian perioperatif iaitu setiap kematian yang berlaku pada waktu perioperatif (pre-, intra-, post-operative) dilaporkan dan disemak oleh Jawatankuasa di peringkat kebangsaan. Ia merupakan salah satu indikator pemantauan di bawah Global Surgery 2030 dan ia bertujuan bagi mengenal pasti isu-isu yang berkaitan dengan kematian perioperatif agar penambahbaikan dapat dijalankan dan mengurangkan morbiditi dan mortaliti di kalangan pesakit yang menjalani pembedahan.
FUNGSI / SKOP
- Memastikan arahan (punca kuasa) berkaitan pelaksanaan dan pemantauan POMR di lapangan disediakan bagi kegunaan anggota di lapangan.
- Menyediakan dan mengemaskini Garis Panduan POMR dari masa ke semasa bagi kegunaan anggota di lapangan.
- Menyediakan bahan latihan berkaitan POMR bagi kegunaan (rujukan dan latihan) anggota di lapangan.
- Memberikan latihan dan mengadakan Roadshow secara berterusan (berkala) bagi mengukuhkan pengetahuan dan menjadi sebagai pendidikan berterusan bagi anggota di lapangan.
- Memberikan teknikal input dan maklum balas berkaitan POMR apabila diperlukan bagi membantu hospital dalam menjalankan POMR di hospital.
- Memastikan lantikan Assessor (ahli Jawantankuasa POMR Kebangsaan) sentiasa dikemaskini.
- Menyediakan laporan berkala (Reporting Rate) dan tahunan (e-Bulletin) sebagai sebahagian daripada aktiviti survelan di bawah POMR.
- Mengumpul, menyemak, menganalisa dan mendiseminasi data yang diterima dari seluruh Malaysia secara berterusan melalui kaedah pelaporan sedia ada (borang vPOMR dan QAPOM).
- Memastikan semakan kematian diadakan setiap 3-4 bulan setiap tahun dan mesyuarat di peringkat kebangsaan dijalankan bagi perbincangan kes dan juga mendapatkan kata putus bagi beberapa isu yang dikenal pasti agar langkah penambahbaikan dapat dilaksanakan.
- Memberikan maklum balas pada pemegang taruh.
Mengadakan konferen / persidangan yang berkaitan POMR setiap 2 tahun. - Menjalankan penyelidikan yang berkaitan POMR.
- Menjadi sebahagian daripada task force Global Surgery 2030 di peringkat KKM.