Seminar on Antimicrobial Resistance (AMR) Awareness Among Non-Livestock Agriculture and Environment Sectors Policymakersasil kerjasama Unit Kawalan Infeksi, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan (CKPP), Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan Malaysia One Health University Network (MyOHUN), Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM).
Objektif seminar ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai isu AMR, khususnya dalam kalangan penggubal dasar bagi sektor pertanian bukan ternakan dan sektor alam sekitar bagi mengukuhkan strategi dalam menangani isu AMR melalui pendekatan One Health. Para penceramah merupakan pakar sektor berkaitan daripada KKM, Universiti Putra Malaysia, NAHRIM, United Nations Environment Programme (UNEP), WHO dan Jabatan Alam Sekitar. Sepanjang tempoh program tersebut, para peserta telah terlibat secara aktif melalui sesi soal jawab serta ‘pre dan post test’ bagi menguji tahap pengetahuan mereka sebelum dan selepas seminar.
Seminar ini adalah lanjutan daripada sesi Rundingan Meja Bulat AMR dalam kalangan Ahli Parlimen yang melibatkan sektor Kesihatan Manusia, Kesihatan Haiwan, Kesihatan Tumbuhan dan Alam Sekitar yang telah diadakan pada 29 April 2024 di Suruhanjaya Tinggi Britain sebagai persediaan mesyuarat High-Level Meeting on AMR yang akan diadakan di United Nations General Assembly (UNGA) pada September 2024.
YBhg Dato’ Indera Dr Nor Azimi Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) telah diwakili oleh YBrs Dr Azlihanis Abdul Hadi, Timbalan Pengarah CKPP dalam memberi kata aluan. Seminar ini telah dihadiri oleh 59 orang peserta dalam kalangan pembuat dasar dan pegawai teknikal daripada KKM, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dan wakil daripada World Health Organization Country Office Malaysia.
