Menerapkan sikap yang positif dan komitmen terhadap penambahbaikan kualiti untuk semua kakitangan penjagaan kesihatan (termasuk pengurus) di samping menggunakan “Quality Assurance” sebagai alat pengukur bagi meningkatkan tahap perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Menyediakan kemahiran bagi kakitangan penjagaan kesihatan untuk menjalankan aktiviti “Quality Assurance”, termasuk mengenalpasti penyebab yang menyumbang ke arah kepincangan di dalam kualiti dan merumus serta melaksanakan langkah-langkah pemulihan.
Membangunkan sistem yang sesuai, diterimapakai dan peka bagi memantau kualiti penjagaan kesihatan.
Maklumat berkenaan kekurangan di dalam kualiti penjagaan kesihatan juga boleh diperolehi sekiranya diperlukan.
Membangunkan sistem yang berkesan bagi menilai program inisiatif kualiti.