16 Februari 2023 (Khamis),
Unit Keselamatan Pesakit, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan telah dijemput oleh Jabatan Perkembangan dan Amalan Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya sebagai penceramah bagi Bengkel Root Cause Analysis (RCA). Root Cause Analysis merupakan kaedah siasatan yang digunakan bagi siasatan kes Keselamatan Pesakit bagi tujuan penambahbaikan sistem kesihatan. Bengkel ini telah dihadiri seramai 63 org warga kerja dari pelbagai kategori yg terlibat dalam pengurusan insiden keselamatan pesakit di PPUM. Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan ) PPUM, Dr. Mohmmad Salleh bin Yahya juga turut hadir dan telah menyampaikan cenderahati tanda penghargaan kepada Unit Keselamatan Pesakit KKM. Tajuk ceramah yang telah disampaikan merangkumi Prinsip Keselamatan Pesakit, Proses Root Cause Analysis dan Pembangunan Pelan Tindakan Pencegahan Insiden Keselamatan Pesakit. Sesi petang pula, latihan ringkas telah dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi pemahaman berkenaan kaedah menjalankan RCA dengan menggunakan contoh insiden keselamatan pesakit.
Bengkel ini telah mendapat sambutan yang baik oleh para peserta terutama dalam sesi soal jawab. Diharap sesi perkongsian dan sesi pengukuhan program keselamatan pesakit ini dapat diteruskan dalam usaha sama Malaysia mencapai Liputan Kesihatan Sejagat (UHC).


