Program Pengawalan Antimicrobial Resistance (AMR)
Program Pengawalan AMR merupakan program baru yang diwujudkan pada tahun 2017. Ini adalah berikutan pengiktirafan dunia terhadap AMR yang dikenalpasti sebagai ancaman kesihatan awam global. Deklarasi politik yang diterima pakai semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2016 meminta negara anggota untuk membangunkan pelan tindakan kebangsaan yang melibatkan semua pihak berkepentingan melalui pendekatan “One Health” iaitu kesihatan manusia dan haiwan, keselamatan makanan serta alam sekitar. Negara anggota disarankan untuk melaksanakan strategi dan aktiviti yang telah digariskan agar dapat mengurangkan kejadian AMR secara global.

