SAMBUTAN DAN PERSIDANGAN HARI KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN SEDUNIA (WORLD OSH DAY) 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad bersama-sama warga KKM di Hospital Sungai Buloh dan Institut Latihan KKM meraikan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia (World OSH Day) 2024. Sambutan ini adalah selari dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), dengan tema tahun ini ‘Shaping the Future of OSH Excellence in Healthcare Industries’.

Tidak dapat dinafikan bahawa warga kerja kesihatan, khususnya di KKM, telah mengharungi cabaran besar; sama ada risiko ancaman biologi (Tibi,COVID-19), kimia dan radiasi, dan psikososial (keganasan, amang seksual) dalam kerja seharian; atau akibat darurat kesihatan global seperti pandemik COVID-19.

Membina budaya keselamatan yang lebih mantap dalam industri kesihatan adalah amat kritikal, bukan sahaja untuk menjamin kesejahteraan warga kerja, tetapi juga untuk menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan selamat kepada rakyat. Tanggungjawab ini perlu dipupuk dalam kalangan majikan dan pekerja umumnya.

Semoga sambutan World OSH Day ini dapat meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di setiap peringkat. Saya menyeru komitmen padu semua untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan produktif untuk semua.

KKMPrihatin #ILKKM #WorldOSHDay #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMadani


Pautan bagi bahan promosi dan dokumen sambutan World OSH Day 2024 :