Bengkel Training of Trainer (ToT) Pain Free Hospital (PFH) peringkat Kebangsaan

Bengkel Training of Trainer (ToT) Pain Free Hospital (PFH) peringkat Kebangsaan diadakan pada 29 April 2024 dan 30 April 2024 di Auditorium Aras 5, Blok D8, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 1, Putrajaya.

Seramai 150 orang peserta bengkel yang hadir pada kali ini. Peserta terdiri daripada Pegawai Perubatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri,Pakar Perubatan Pembedahan, Pakar Bius, Pegawai Perubatan dan Paramedik daripada hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia. 10 orang sekretariat yang diketuai oleh Dr. Faizah binti Muhamad Zin dan 18 Ahli JK Kebangsaaan PFP yang hadir dan telah memberi ceramah bengkel PFP di peringkat kebangsaan pada tahun 2024 ini.Ucapan penutupan bengkel ini telah disampaikan oleh Pengerusi Pain Free Program Kebangsaan , Dr Aminuddin bin Ahmad.