23 Februari 2023, Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Safe Surgery Saves Lives Bil. 1/2023 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat 4, Aras 1, Blok E1, KKM. Mesyuarat ini adalah yang pertama bagi sesi lantikan 2023-2025 yang dipengerusikan oleh Dr Azmi Alias, Pakar Perunding Kanan Neurosurgeri, Hospital Kuala Lumpur. Pakar-Pakar Perunding wakil dari pelbagai Displin Pembedahan dan Anestesiologi dari seluruh Malaysia telah hadir bagi membincangkan peranan, struktur organisasi, halatuju dan perancangan Jawatankuasa Pemandu Safe Surgery Saves Lives bagi sesi 2023-2025. Antara yang hadir adalah Dato’ Dr Muhammad Arif (Pakar Perunding Kanan Pembedahan Kardiotorasik), Dato’ Dr Aruku Naidu (Pakar Perunding Kanan Pembedahan Payudara & Endokrin), Dr Siti Hawa Tahir (Pakar Perunding Kanan Ortopedik), Dr Zalina Abd Razak (Pakar Perunding Anestesiologi) dan Dr Zakinah Yahaya (Pakar Perunding ENT). Mesyuarat ini telah membincangkan isu-isu yang dialami dalam implementasi program SSSL serta beberapa langkah penambahbaikan yang akan dilaksanakan pada tahun 2023-2025. Ini bagi memastikan semua pesakit menerima perkhidmatan pembedahan yang selamat dan berkualiti.


