Clinical Services Quality Indicator (CSQI) – KPI Perkhidmatan Klinikal
PENGENALAN
KPI Perkhidmatan Klinikal telah diwujudkan bagi memantau kualiti dan prestasi perkhidmatan-perkhidmatan klinikal yang diberikan di hospital-hospital KKM. Pemantauan Perkhidmatan Klinikal melalui KPI telah disepakati oleh semua Ketua Perkhidmatan KKM pada tahun 2013 melalui mesyuarat bersama Ketua Perkhidmatan KKM serta surat arahan KPK: Penyediaan KPI Perkhidmatan Klinikal kepada semua Ketua Perkhidmatan Klinikal Kebangsaan melalui surat ruj: KKM87/P3/12/6/6 Jld.2 (40) bertarikh 09 September 2013.
Bermula 2014, KPI Perkhidmatan Klinikal telah mula dipantau di hospital-hospital KKM yang mempunyai pakar dan menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan klinikal tersebut. Sejak 2014 sehingga kini, KPI Perkhidmatan Klinikal ini telah berkembang dan ditambahbaik dengan penambahan perkhidmatan klinikal serta pembaharuan indikator-indikator yang dipantau.
SKOP
Unit Survelan Pencapaian Klinikal (CPSU)
- Pembangunan dan pengemaskinian indikator secara berkala bersama Ketua Perkhidmatan KKM serta pakar-pakar klinikal dengan melihat dari pelbagai aspek seperti kaedah pengukuran, sasaran dan sebagainya.
- Penyelarasan pengumpulan dan pembersihan data di peringkat kebangsaan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) melalui Penyelaras Kualiti Negeri (PQN) dan Penyelaras Kualiti Hospital (PQH).
- Pelaksanaan analisa bagi data-data yang diterima termasuk ketidakcapaian (Shortfall in Quality – SIQ)
- Pemakluman dan hebahan pencapaian kepada Pengurusan Tertinggi KKM, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), hospital dan pemegang taruh (stakeholder) lain yang berkaitan.